Quantcast
Channel: [A].[X].[I].[M].[U].[D]
Viewing all 170 articles
Browse latest View live

SANAH HELWAH BUAT AYAHANDA TERCINTA!

$
0
0
Ayah suka travel. Dulu zaman kami kecik-kecik banyak tempat ayah duk bawa. Pusing 1 Malaysia ni road trip sama-sama. Dengan nature kerja ayah yang selalu kena pindah, maka memang sering bertukar tempat. Tak sempat nak dapat kawan yang steady dah kena pindah ke tempat lain pula. Jalan-jalan. Cari makan. Itu ayah punya minat. Dulu pun ayah belajar di England. So bahagian sana memang ayah expert juga.
 
Mak tak macam ayah. Tapi sebab ayah dah macam tu, mak kena lah ikut. Tempat isteri kan di sisi suami. Walau penat sekalipun terpaksa lah mak ikut juga. Lama kelamaan mak dah ok. Alah bisa tegal biasa. Apa salahnya jika belajar untuk minat apa yang pasangan kita suka. That's what love is all about kan. Yeah. They really truly love each other. Maybe in a weird way sebab selalu berselisih faham. Tapi hanya mereka berdua sahaja yang faham apa di dalam jiwa masing-masing. For that I'm so thankful. Thanks to Allah yang satukan dua jiwa ini menghasilkan kami 9 beradik dengan pelbagai ragam dan kerenah.
 
Sampai saat aku bekerja, aku mula memasang impian. Nak bawa ayah jalan-jalan. Nak bawak ayah dan mak pergi oversea. Aku mula discover yang aku memang mewarisi minat ayah. Suka jalan-jalan. Dan suka cari makan di tempat orang. Jadi bila dah mula ada duit sendiri ni lah masanya aku boleh buat apa yang kami suka sama-sama. Travel together with parents. I saw a lot of my friends do that. Be together with parents overseas. So happy and cool. Ambik gambar sama-sama. Dan nanti aku boleh frame gambar tunjuk pada anak-anak how we travel together to Europe. To africa. To south east Asia. To everywhere.
 
Tapi perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang manusia cuba bina.
 
Ketika aku mula-mula membina kerjaya, ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang. Maka terpaksa jalani hemodialisis seminggu 3 kali. Dan ada juga penyakit 3 serangkai itu menyebabkan pergerakan ayah makin terbatas. Arthritis mula mengungsi kaki ayah. Dari boleh berjalan terpaksa pakai tongkat. Aku masih ingat di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan ayah pakai tongkat masih lagi ayah gigih naik bas dengan mak ke pasar chow kit untuk cari makanan di situ! Orang yang tak boleh duduk statik memang memberontak jiwanya jika terpaksa diam tidak ke mana.. sampai satu tahap, kaki ayah makin teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda pula.
 
Bila ayah pakai kerusi roda, di waktu itu kami banyak habiskan masa di hospital sahaja. To be exact Hospital Kuala Lumpur. Bergelut dengan kencing manis, sakit buah pinggang dan juga ada blockage di jantung, keadaan memang tidak menyebelahi ayah. Keadaan ayah makin lemah dan pada 3 Mei 2012, ayah akhirnya dipanggil menghadap illahi ketika sedang menjalani hemodialisis di HKL. Di waktu itu, aku tiada bersama kerana berada di Korea. Balik dan hanya mampu melihat kubur ayah yang masih merah, adalah kenangan paling sedih dalam hidup aku. Allah lebih mengetahui. Jadi aku bersangka baik sahaja. Ada hikmah atas semua yang terjadi.
 
Atas apa yang berlaku, plan asal untuk aku bawa ayah dan mak travel sekarang tiada lagi dalam kamus kehidupan. Mak memang tak suka travel. Jadi bila ayah tak ada mak memang tak mahu kemana-mana. Cuma mak hanya mahu ke Mekah dan madinah sahaja jika ditanya. Speaking of which, aku bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kami dapat peluang untuk mengerjakan umrah bersama arwah ayah pada awal bulan Ramadhan tahun 2011. Dan itu lah satu-satunya trip pertama dan terakhir aku bersama arwah ayah ke luar negara. Lebih indah, Kota Mekah dan kota Madinah itu jadi saksi kami bergilir-gilir menolak kerusi roda ayah ketika mengerjakan tawaf dan sai'e di baitullah! Allahurabbi. Jika diminta galang ganti, aku takkan pernah ingin menukarkan pengalaman paling manis bersama arwah ayah itu di tanah suci dengan apa-apa sekalipun!!
 
Terima kasih Allah atas kesempatan itu.
 
Dalam keadaan sekarang, aku banyak ke hulu dan ke hilir juga. Masa banyak dihabiskan dalam kereta drive. Mak pernah cakap aku memang macam ayah. Masa banyak habis dalam kereta sebab selalu ada road trip. Indahnya kalau dapat bawa ayah berjalan-jalan serata dunia. Sebab itu kegemaran ayah. Dan itu cara paling baik untuk aku terus belajar mengenali ayah. Pernah satu ketika di hospital KL sebelum berangkat ke Vietnam, ayah cakap kat mak yang aku mesti akan kahwin lambat. Sebab duit tak pernah nak simpan asyik berjalan sahaja. Dan aku tersengeh sahaja.
 
Apa terjadi telah tertulis.
 
Semua itu dalam memori. Takdir Allah tiada siapa boleh sangkal. Kesal rasa hati kerana tak sempat untuk buat banyak benda bagi balas jasa ayah. Ayah.. maafkan saya atas semua perkara yang telah saya lakukan dan tak sempat lakukan untuk ayah.. moga ayah bahagia di alam sana, sabar lah menanti kami semua - moga nanti dihimpunkan bersama sama dalam syurga, kembali bahagia sebagai satu keluarga!!
 
Hari ini 23 Disember 2014.
 
Ulangtahun kelahiran arwah ayah. Kalau arwah masih ada, hari ini genap ayah berumur 66 tahun. Dan jika kesihatan ayah masih baik, mungkin di saat-saat begini kami boleh plan untuk travel kemana-mana tempat yang ayah hajati. Mungkin. Hanya tinggal perancangan. Sebab semua ini tak mungkin akan berlaku lagi.
 
Salam ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Semoga berbahagia di alam sana.. ayah tak pernah mati pun bagi aku. Sentiasa mekar segar dalam jiwa ini. Hanya bacaan ayat suci al-Quran yang boleh diberi pengganti segala habuan dunia untuk arwah ayah sebagai hadiah.. moga roh arwah ayah di tempat kan dikalangan para soleh dan solehin, di bawah lindungan rahmat- NYA.
 
Ameen.
 
So long December rain is falling now,
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
 
*Ayah. Gone. But not forgotten. Because you never really left at the first place. I Know, i'll see you again.









 IN MEMORY OF ALLAHYARHAM ASHAARY BIN CHEEK
23 DISEMBER 1948 - 3 MEI 2012
 

EMPTY

$
0
0
Please stay.

And don't go away.

At least, give me a chance.

To show you who i really am..

Please..

FINISHER PHOTO #SCMS2014

$
0
0
Salam.

Nak share gambar-gambar dari Marathon-Photo yang telah dibeli.. ada 18 Photo kesemuanya.. dan aku beli sebab gambar nya menarik.. especially yang ada flyers Singapore as a background tu. For me it worth it la beli.. kalau gambar setakat ada 5 keping baik takyah beli..kat bawah ni aku share lah beberapa keping yang best. enjoy!!











STANDARD CHARTERED MARATHON 
SINGAPORE 2014
/.

IMBASAN TAHUN 2014 AXIMUD. SELAMAT DATANG 2015!!

$
0
0
Akhirnya setelah seharian mengumpul maklumat dari awal tahun hingga hujung tahun 2014, maka segala kisah dan cerita hidupku telah saya himpunkan dalam imbasan 2014 seperti di bawah.. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam imbasan di bawah. Bermakna kalian adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya tahun ini!! Terima kasih banyak-banyak!!

2014 adalah tahun yang sibuk dan padat juga bagi saya. sentiasa ada agenda dan tidak banyak ruang untuk berehat. tapi dalam melakukan sesuatu yang saya suka iaitu travel dan Marathon, Masa bersama keluarga juga saya tidak abaikan.Yang paling saya suka, banyak perkara baru saya lakukan tahun ini. baru berwarna warni kehidupan (Ultramarathon, ambik lesen diving etc)

2014 sudah berada di penghujung nya. 

Banyak kisah suka dan duka. semua itu terhimpun dalam satu tahun ini membentuk kehidupan saya, menjadikan diri ini siapa pada hari ini. Kalau tak kerana apa yang berlaku, tak mungkin saya akan setabah sekarang. Apa makna hidup jika tiada cabaran dan ujian. sebab Ujian itu sunnatullah kehidupan. selama mana kita kata kita beriman kepada Allah, selagi itu lah kita akan sentiasa diuji dengan cabaran dan dugaan.

Kita manusia. kita tak akan dapat semua yang kita impikan. Allah akan beri kita apa yang kita perlu. bukan apa yang kita mahu. jadi bersyukur lah dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada kita! Untuk hal ini, saya amat bersyukur pada Allah atas setiap apa yang telah diberikan.

Tahun 2014 - tahun yang hebat bagi saya. sebab Tahun ini saya belajar banyak perkara dalam kehidupan. saya belajar dalam hidup tak semestinya kita akan sentiasa menang. ada masanya kita akan tersungkur kalah. tapi bukan bererti kita lemah.. tapi saya tidak terus mengalah. malah saya bangkit dan belajar bangun dari kekalahan , dan hingga kini saya sedang menuju ke medan kemenangan. Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar. saya yakin itu!!

Semoga segala kenangan manis dan kepahitan tahun ini jadi pengajaran sebagai kekuatan untuk saya terus melangkah gagah di masa hadapan. 

2015.

Saya sudah bersedia!

Maka terimalah imbasan tahun 2014 saya. Enjoy!!

***********************************************************

JANUARY 2014


3 January 2014 - Trip ke Kuala Lumpur. Ini lah masanya saya membeli kamrea Samsung Baru saya NX-300. Lebih kecil dan lebih ringan dari DSLR biasa.. sangat berguna untuk travel pada tahun 2014 ini. Saya ke Kuala Lumpur dengan Haji Ramli, kawan baik say atahun ini di Opis.. Tumpang rumah dia di Sentul dan dari situ naik LRT ke plaza Low Yatt cari kamera.


naik LRT sahaja.. dah siap beli.. lawa kan beg kamera tu. i like


 Ni gambar yang saya rakamkan guna kamera baru. superb!!

4 January 2014 - First run untuk tahun 2014. Bukan event. lari sendiri sahaja. di kawasan kelab desa rantau petronas. dapat 10km pun ok lah. Duduk di rumah mak di Kemasek, tempat nak berlari tak best sangat. so kawasan ni lah tempat saya kumpul mileage selalu.




4 January 2014 - berjalan ke Pantai Batu Burok bersama keluarga. Rehlah awal tahun. tengok anak sedara naik kuda. cool! Dari paka nak ke Kual aTerengganu tak jauh sangat dah.. so nak gi balik hari pun tak ada masalah. janji keluarga happy.



Mak bersama cucu-cucu nya

7 January 2014 - bertemu muka dengan Fahmi Hamid dan Hafsam Maghpor setelah lama tak jumpa. kebetulan ada di bangi masa ni kerana kena antar sampel ke TNBR... ambil kesempatan berjumpa di Restoran Mohd Chan Abdullah. Nice to meet you guys!!lama tak jumpa korang since zaman habis belajar.



10 - 11 January 2014 - berada di Hotel Pullman Putrajaya


 Pemandangan diambil sekitar area Hotel Pullman

13 January 2014 - Ulangtahun kelahiran Adik Da ku sayang!! salam ulangtahun kelahiran abang ucapkan. dah ada dua puteri dia sekarang.. Alhamdulillah Bahagia itu milik dia dan suami.:


Adik da dan anak no. 2 , Solehah

17 - 19 January 2014 - Trip to Myanmar. Jalan jalan tengok Mya nmar. Join acara Yoma Tangon Marathon pada 19 January. Catatan masa 5 jam 30 minit untuk habiskan Marathon event ini. jumpa apul, syed jay, faiez yang turut sama join this event. i like this Marathon! Permulaan tahun yang baik. :)



Myanmar terkenal lah dengan binaan ni



another finisher medal and finisher tee collected! pakai longyi sambil lari

31 January 2014 - Trip to Hong Kong dan Macao. Dapat solat jumaat di Masjid Kowloon Hong Kong sebab sampai pagi jumaat di sini. Trip ni nak ganti trip tahun 2013 yang tak jadi.. Alhamdulillah diperkenankan Allah dan izin sampai ke sini.


Jom pergi Hong Kong


Solat Jumaat di Masjid Kowloon


Avenue of Stars Hong Kong


Symphony of light show tak sempat tengok


Madame Tussaud museum atas the victoria peak


 View Hong Kong dari atas Victoria Peak. Subhanallah!


FEBRUARY 2014

1 - 2 February 2014 - Trip to Hong Kong dan Macao. Berjalan ke Lantau Island, Discover Disneyland. masa ni Cuti Chinese New Year. Berkesempatan ke Macao jugak sebelum pulang. Ini kali kedua saya pergi ke Hong Kong dan Macao. Boleh pergi lagi kot nanti .:)


Patung Buddha besar di Lantau Island


Discover Disneyland Hong Kong


 Mike and sullyivan


Show bunga Api yang sangat best!!


Disneyland Hong Kong at Night


The Venetian, Macao


Sedap suara yang bawak gondola ni. suara artis!


 Bukan peminat Man United

7-10 February 2014 - Trip to Bangkok. TNF Thailand di Pak Chong K hao Yai National Park. Kali pertama saya buat Ultra Marathon 50 KM Trail run pulak tu. Memang mencabar dengan cuaca yang panas membahang. Tapi it was really a good experience for me. Boleh buat lagi lah TNF Thai 2015 Insya Alla. habis race sempat berjalan jalan ke Banggkok tidur semalam di sana seblum pulang ke Malaysia.


Dalam flight AirAsia ke Bangkok


Bertemu Yim Heng fatt di Train Station. Otw ke Pak Chong


Racekit Collection at Bonanza Hotel Khao Yai


Ultra Friends!!


 suka dengan pemandangan sewaktu berlari!! banyak ambik gambar


Tiba-tiba berada di Padang Pasir yang tandus


Finisher Medal. walaupun 12 jam nak habiskan 50 KM Trail Run


 am so happy and most importantly, i'm survived!!

19 - 20 Februrary 2014 - Kusrus di Hotel Prinzpark Kuala Terengganu. Aku suka stay di Prinzpark ni. ada private beach. makanannya pun ok lah. romantik lah juga suasana di sini. Tahun 2014 banyak jugak kursus buat di Terengganu.


Private Beach di Kuala Ibai

22 February 2014 - Balik ke Penang kerana menuju ke Alor Setar. Ada majlis akad nikah sepupu di situ. Best jalan jalan cari makan di utara.


Depan Masjid Alor Setar

25 - 27 February 2014 - Conduct a workshop at Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu. i'm the fasilitator. Dapat lah bilik suite khas untuk tenaga pengajar. 


 Tudiaaa cikgu kita!!

28 Februaray 2014 - Trip to Cameroon Highland. Ada Kursus DACUM. so ambik mood sekali jalan jalan lah cari strawberry.  


 di ladang Teh


MAC 2014

1 Mac 2014 - Masih lagi berada di Cameroon Highland. Dari cameroon Highland terus shoot ke majlis perkahwinan kak leez dan saupi di Ampang. Habis majlis tu aku terus ke Airport LCCT untuk naik flight ke Singapore. Join 2XU Compression Marath on Singapore. Sampai Singapore cari aizat yanan dan Faiez Buer diorang lepak di Garden By the bay! nice. kemudian balik ke Sleepy Kiwi Hostel di Bussorah Street dekat dengan Masjid Sultan. tidor..zzzzz..


 Di cameroon Highland


Tahniah Kak Leez dan Saupi! Moga berbahagia till jannah!!


Daripada Majlis Kak Leez terus ke Singapore


 new attraction at Singapore - Garden By The Bay


2 Mac 2014 - Event 2XU Compression run Singapore. masih ingat lagi solat subuh berjemaah dengan azmi . Macam biasa lah mental bila berlari dalam ECP Par k. Masa habis larian first tim ejumpa Taufik Ali Alphalipid . Cuaca panas yang amat masa habis.. Penat!!


Another Finisher tee and finisher medal collected


 3-4 Mac 2014 - Balik Dari Singapore terus ke Kuala Terengganu pulak di Primula Beach Resort sebab ada teambuilding company. rush sungguh kehidupan.


8 Mac 2014 - Main Bowling santai bersama family di Mesra Mall. mengeratkan ukhuwah silaturrahim!!



 8 Mac 2014 - Sambutan Birthday Nurul Nadeah. Birthday nya dalam bulan February sebenarnya tapi baru sambut. Di rumah Adik Da.

10 - 11 Mac 2014 - Outstation ke Connaught Bridge Klang. Jalan jalan lah juga ke Shah Alam. tempat belajar dulu. tempat kenangan. Masa ni berjerebu ya keadaan. 


With my partner in crime


Stay hotel apa ntah ni di Klang. tak ingat nama


Time petang gi taman tasik shah alam


Bunga dan cupcake di taman tasik shah alam


Jadi tenaga pengajar


13 Mac 2014 - jenjalan di Icity Shah Alam. wax Museum. trick art Museum. fun!!









 
14 Mac 2014 - Dinner di De Palma Hotel Shah Alam bersama Ahmad Shukry Ashaary dan ayang ati. Tq abang!!


16 Mac 2014 - Malaysia Women Marathon bersama ayang ati.. sebab jerebu kami hanya dapat buat 21 km jer. ok lah tu. dapat jua skirt dan pendant finisher.


17 Mac 2014 - di Kemasek sedang bersantai tengok Majalah 3, Kak leez punya majlis kawen muncul dalam rancangan itu. glamour uols!


 
 18 Mac 2014 - Dinner kelab kilat. macam biasa aku menyampaikan sebuah dua buah lagu walaupun suara hazab ke laut. hehe. dapat hamper cabutan bertuah. nice night!
 





21 Mac 2014 - Trip ke KLCC kerana join seminar Asiawater conference


 
25 - 26 Mac 2014 - Outsation ke Port Dickson. singgah ke Melaka sekali. makan nasi arab damsyik di Seremba juga. sodap!!





29 Mac 2014 - Majlis amal palestin di Mesra Mall. pergi dengan Family. anak sedara meang peraduan mewarna. suka lah diorang.:)


30 Mac 2014 - Kuih Tat in the making. ada orang start bisnes kuih tat waktu ini.





 APRIL 2014

1 April 2014 - Akhirnya dapat kunci rumah kuarters. so boleh la mulakan plan untuk pindah rumah. since aku pindah ke Paka dari September 2013 sampai april 2014 ni memang stay rumah mak di Kemasek jer. Now boleh pindah rumah sendiri.




1 April 2014 - Jual Kuih Tat di Kantin Opis. Mulanya tak laku sebab orang tak pandai makan. lama-lama ok lah. 




5 April 2014 - menghadiri majlis kahwin Kak Leez di Besut. Tahniah sekali lagi buat korang berdua!!



5 April 2014 - Dari Majlis Kak leez dan Saupi aku terus ke KT sebab nak lawan bowling. Bowling tournament di TER Kuala terengganu. Sebelah Prinzpark Hotel. Our team menang!! Alhamdulillah. indah memori ni.




8 -11 April 2014 - Balik ke Penang. ada kursus DACUM di jalan Anson. 





11 Mac 2014 - Ulangtahun kelahiran adik ku faiz. Sanah helwah abang ucapkan!! Cheese Tart pengganti kek ya. ok jugak tu.:)



12 April 2014 - kenduri kahwin anak abang saufi husin. majlis di Dewan semarak felda. meriah. Thanks abang sebab jemput!!


17 April 2014 - MB Terengganu Mat Said lawat Stesen Pa ka. sekarang dia dah tak MB dah. hehee. MB Razif pulak sekarang.



18 April 2014 - Pindah rumah. bersih rumah. angkat barang barang. kehidupan bermula kembali di sini.






19 April 2014 - Dating di Air terjun menderu Kerteh. Fisrt time sampai!!



25 -27 April 2014 - Open Water Dive Course!! PADI di redang Island. Alhamdulillah akhirnya cita cita aku nak ambik lesen diving dari tahun 2012 tercapai pada tahun ini. asal ada impian insya Allah akan jadi kenyataan dengan izin Allah. Thanks Cikgu amri and the gang!!




 



MAY 2014

1 Mei 2014 - Majlis sempena kenaikan pangkat di Penang.. Alhamdulillah dapat kenaikan kali ketiga sepanjang berkhidmat dalam kompeni ini.. Rezeki semuanya dari Allah!!









1 Mei 2014 - pertama kali lalu di Second Bridge Penang Bridge. cantiknya lah hai dengan lampu kalerful!!



2 May 2014 - Dari Penang aku ke KL untuk ambik flight menuju ke Kota Kinabalu. Join Borneo Marathon waktu ini!! Sampai di KK abang Bear mari ambik dan kami gi makan di Restoran Gayang seafood. TQ abang Shah Muhammad Zain dan abang bear!




3 may 2014 - Berada di KK. lawat masjid bandaraya KK. makan lokan and so on. hari ni ulanhtahun kematian ayah.. dah 2 tahun ayah pergi meninggalkan kami.. Al-Fatihah.
4 May 2014 - Borneo I nternational Marathon. cuaca juga adalah panas!! masa ni first time saya jumpa lisa chew, hafeez amin, nampak lah diorang ada berlari sekali.. alhamdulillah berjaya habiskan lagi larian ini walau 6 jam lebih. :)



6 - 7 May 2014 - ada minggu keselamatan di Stesen. jemput ustaz Abdullah khaiiri sebagai penceramah. best ustaz ni. terima kasih atas motivasi yang diberikan moga berguna sepanjang zaman!






8 May 2014 - aku buat makan makan sikit di Sevction sempena kenaikan pangkat. Rezeki baik dikongsi. lebih kita beri lebih Allah membalas nya.


16 - 17 May 2014 - ke Kuala Lumpur. ada majlis kawn staff di Sungai Buloh. sebagai boss yang prihatin kena lah muncul memberikan sokongan kepada pasangan yang baru nak mendirikan rumah tangga ni. tahniah izuan dan pasangan!!



18 May 2014 - Beli peti sejuk kecil khas untuk letak barang-barang jual kuih sahaja.

20 - 21 May 2014 - MRM Meeting di The Qamar.. nak buat kat Z enith management tak bagi. so buat kat sini je lah.
21 May 2014 - Dinner Quality Night dengan tema retro. pakai macam orang lama kononnya. menyumbangkan majlis dengan lagu Goodbye by air supply. :)





23 May 2014 - Picnic di air terjun menderu dengan family. love!!






30 May 2014 - Buat majlis BBQ di rumah saya. sempena majlis abang shuk nak ke Papua New Guinea. dia pun naik pangkat dapat kerja di sana. Bulan may ni bulan bertuah. Alhamdulillah!!








31 May 2014 - menghadiri majlis kahwin kawan opis, Fauzi di Putrajaya. dari Putrajaya aku straight ke Singapore, naik flight. Untuk sundown Marathon Singapore.










 JUNE 2014

1 Jun 2014 - Tirai jun dibuka dengan larian Sundown Marathon di Singapore.. Mula malam 31 May, habis pagi 1 Jun 2014. Memang short trip je ni. habis lari terus aku balik. Make a new friend Daniel Mihalyi from Germany at Green Kiwi Backpackers Hostel Bussorah Street.





4-6 Jun 2014 - ke Penang. Audit SJ Gelugor. Ada majlis farewell untuk aku juga. tempat lama aku bekerja. Main Bowling di P rai. Kawan selamanya!!





9 Jun 2014 - makan megi ketam di dungun dengan kak Ina. First time try makan kat restoran ni setelah lama teringin.


11 Jun 2014 - Majlis sambutan hari lahir untuk abang Jalee. birthday nya pada 5 Jun tapi baruu berkesmepatan nak sambut. Kak Ina buat kek red velvet. Sanah helwah abang jalee!! moga makin bahagia dan panjang umur serta sentiasa dimurahkan rezeki. ameen.






13 - 16 Jun 2014 - Trip daki Gi unung Kinabalu. Sepanjang 3 kali aku dah naik gunung kinabalu ni, this is the one yang paling memorable. sebab aku banyak tolong orang dan look out for others. trip ni best. tak sempat nak kongsikan kat Blog. tak apa lah. janji semuanya selamat.Kak Tie tak dapat sampai ke Puncakk sebab dia kena AMS. part paling aku suka kami buat photoshoot pakai baju melayu atas ni!!














26 Jun 2014 - Peristiwa berdarah.





 JULY 2014

5 July 2014 - Iftar bersama Pok Shabery di KLGCC. Bestnya makanan kat sini. banyak pilihan yang amat!!




7 July 2014 - Iftar di Rumah adik dah.. ada kambing panggang. yummm!!




11 - 12 July 2014 - Iftar di De Palma Ampang. Bestnya hotel ni. sebab ada solat taraweh sekali. Imam dari arab sana. Mak suka sangat kat sini.





12 July 2014 - bertemu dengan A dik musa dari Indonesia yang dah hafal 30 juzuk Quran padahal baru umur 5 tahun. Subhanallah. Tak ada yang mustahil bagi Allah!! beruntung nya mak dan ayah dia.





12 July 2014 - Iftar Bowling Santai Pace Runner di Putrajaya Alamanda shopping Mall. Jumpa kawan lama dan kawan baru!!







15 July 2014 - Iftar bersama imam palestin. Aku sponsor nasik beriani tempah di Kerteh untuk geng IKRAM dan Imam Palestin ni. 







18 - 20 July 2014 - Trip ke Medan di Bulan Ramadhan bersama anja dan noorirman..Best trip ni.. Alhamdulillah dapat merasai pengalaman berbuka puasa di negara seberang..Thanks anja dan irman!!
















22 July 2014 - aku menganjurkan moreh pulut durian di rumah. haji ramli tanak pulut. syafik beli dur ian. ajak imam saad dari mesir makan skali. meriah!!






23 July 2014 - Iftar Chemical Services Section di Teratak buruk aku. pun aku tempah nasik beriyani hajah ramlah jugak. pedas tapi sedap!!


 24 July 2014 - Iftar di The Qamar Hotel bersama haji ramli dan Imam Saad dari Mesir.







24 July 2014 - majlis selepas solat taraweh meraikan pemergian Syeih saad pulang. Terima Kasih jadi imam untuk solat taraweh sepanjang bulan Ramadhan di Balai islam kami.
 




25 July 2014 - Iftar dengan family belah ayah di rumah Mok Har..






26 July 2014 - Iftar di The Palm Garden Hotel Putrajaya bersama kak Tie dan anak anak

 


28 July 2014 - Sambutan hari raya aidilfitri. kami memilih tema biru!! sambutan penuh meriah dengan sanak saudara yang ramai. terima kasih Allah atas nikmat kekeluargaan ini.)








29 - 30 July 2014 - kami ke KLIA untuk menghantar Abang shuk pulang ke PNG.. kerja di sana.. road trip di musim perayaan. fun!!







31 July 2014- Open house di rumah Mok Har.


AUGUST 2014



1 Ogos 2014 - minta kak Ija buat nasi goreng telur masin. beli KFC. makan makan family di Malam raya. 




1 Ogos 2014 - Open House Mok Wook dan kak Yah.. Masih dalam mood perayaan.:)





2 - 3 Ogos 2014 - Ke KKuala Lumpur. Singgah makan sushi king di Kuantan dengan ayang ati. di KL teman dia ambik racekit Energizer night run. aku nak cari Go Pro masa ni. kami ke Low Yatt plaza cari Go Pro.






6 Ogos 2014 - aku buat open house raya. Family edition sahaja. jemput mak sedara dan pak sedara mana yang terdekat dan available. menu pilihan ialah nasi beriyani lagik. entah. aku suka lah beriyani hajjaj ramlah tu. di kerteh, depan balai polis.








8 Ogos 2014 - Trio ke Penang dengan haji ramli dan Faris. makan nasi kandar beratur, ambik gambar di Mural penang. best nya trip ni. kami ke Kuala pelris terus pagi tu. nak ke Pulau Langkawi pula.





9 Ogos 2014 - Trip ke Pulau Langkawi. sempat lah naik cable car. dan ke pantai cenang. ambik racekit di Resort World Hotel. racekit untuk Langkawi Island Ocean Marathon 2014 .









10 Ogos 2014 - Langkawi Island Ocean Marathon. Dapat menamatkan latian lagi tahun ini. Alhamdulillah!!








12 Ogos - 14 Ogos 2014 - Balik dari Langkawi stay di Residen Hotel Bangi. ada Kusrsu seminggu di sini. TOT punya Kursus. Alhamdulillah boleh pass the exam.






15 Ogos 2014 - stay di The everly Hotel Putrajaya. a day before bertolak ke Kuching.










16 Ogos 2014 - Trip ke Kuching. dengan kak Tie. Lama dah tunggu trip marathon ni. bestnya jenjalan pusing kuching dengan kawan kawan runners!








17 Ogos 2014 - Kuching Marathon berjaya dismepurnakan walau dengan kepayahan sekalipun. :)







18 Ogos 2014 - Go Pro sampai. aku beli di Lazada sahaja. tak beli di Low yatt. lebih murah beli online. beli Go Pro hero Black 3+








21 Ogos 2014 - sambutan majlis mesra aidilfitri SJSI Paka.





22 - 23 Ogos 2014 - sambutan Ulangtahun kelahiran Ami di Rumah Adik Da KT. Sanah helwah ami!! Moga jadi anak soleh!! buat juga sambutan untuk kak Ina sekali. serta semua yang lahir di bulan Ogos. :)








23 Ogos 2014 - Trip diving di Pulau Tenggol. first time merasa ambik gambar guna Go Pro Hero Black. Best kamera kecik ni dapat ambik gambar dalam air. this trip was super fun!! naik bot persendirian dan siap tukang bot masak kari atas bot. makan tengahari. sodap!!





27 - 31 Ogos 2014 - Trip yang dah ditunggu tunggu sejak setahun lamanya. Trip ke Gold Coast - Brisbane Australia!! thanks azizul, ruud dan syahir for the accompany. this trip mesti tak best kalau korang takder. enjoy my time so much in Australia. country yang best. Orang ny apun friendly. 


















31 Ogos 2014 - Sunshine Coast Marathon - Buat Marathon di Au ustralia bersama rudy. complete another marathon again!! kibarkan jalur gemilang di finishing line sempena hari kemerdekaan negara kita.










SEPTEMBER 2014


1- 2 September 2014 - Trip di Australia masih bersambung. kali ni aku ke Gold Coast dari Brisbane sewa kereta kat sana. dalam rm300 macam tu lah sehari sewa.. drive di aussie penuh hati hati takut ken saman. mandi di surfers paradise air sejuk gilerrr.. 2 september awal pagi dah bertolak balik ke Malaysia.. Thanks Kak Tie ambik aku di Airport! Australia is nice. memang kena pergi lagi nanti.



















5 September 2014 - sambutan ulangtahun kelahiran ku!! family buat BBQ dan malam tu seprais punya dinner sungguh menjadi. ada dua kek kak ina buat. satu kek pelangi karamel. satu kek moist chocolate. dalam kek coklat tu ada kotak jam. jam fossil. sangat cantik. terima kasih keluarga kau atas seprais yang tidak disangka ni. i love you all with my heart and soul!! terima kasih atas kenangan indah, saya takkan pernah lupakan itu!!





















6 September 2014 - arini besday saya. dan saya mengorak langkah menuju ke Penang bersama aizat . Join event P100 , event ultramarathin nak pusing pulau 84 km. tapi terkandas di KM50.. tk larat dah nak sambung. DNF. the first event saya DNF. tak apa lah. train harder and come back syronger nanti.. kenangan manis ni berlari ultra di hari lahir!!
 









13 September 2014 - Sambutan ulangtahun kelahiran zul. suami adik dah. Sanah helwah!




14 September 2014 - Picnic family di air terjun menderu. dari pis saya ke sana. masuk air terjun dengan pakaian opis. hehehe



 

15 September 2014 - Dinner di The Qamar Hotel bersama Geng Pok Bakor.


16 September 2014 - Hari ini ialah cuti day. Hari Malaysia. ambil keputusan untuk ke Pulau Kapas. Buat day trip. trip diving. dapat lah dive dua kali. pagi dan petang. go pro ada ni semangat sikit nak dive sebab boleh ambik gambar underwater.:)




 

19 - 20 September 2014 - Trip ke Pulau Perhentian bersama rakan kerja. diorang snorkeling. aku sempat juga curi masa untuk dive satu session pagi tu. mentang mentang dah ada lesen. :p










27 September 2014 - makan di restoran rosken al amer kerteh. Restoran arab. ada something happened here. hanya family aku jer yang tahu. kalau Allah tak izin memang takkan berlaku lah kan. serah pada Allah jer semuanya.




 

28 September 2014 - sambutan ulangtahun kelahiran mak di rumah adik da. maafkan say asampai lewat. mujur mak bangun dari tidur dan masih kami dapat raikan sama sama. selamat hari lahir mak!! semoga Allah panjangkan umur mak supaya kami semua dapat berbakti kepada mu sampai hujung nyawa nanti. Ameen!!



 

29 September 2014 - VP datang melawat stesen


30 September 2014 - Course di Kuantan. Singgah East Coast mall makan sushi. i love Tako Wakame salad!!







OKTOBER 2014


4 Oktober 2014 - Persiapan menyambut Aidiladha.. macam kurang meriah sangat sebab kami tak buat korban kali ini.. beli lemang dan masak rendang. itu sahaja. i miss ayah. kalau ayah ada mesti meriah. :) ada komplot sulit. aku dan abang jalee ke Nissan centre nak ambik kereta Almera mak. suprise untuk dia di pagi hari raya.






5 Oktober 2014 - Hari raya aidiladha. ke kubur ayah setelah selesai solat aidiladha.. then balik ke rumah buat upacara penyerahan kereta baru mak. Nissan Almera. kami adik beradik pakat pakat beli sama-sama..Moga mak suka.. tanak lah mak pakai kereta buruk. ada kereta baru ni senang mak nak ke kelas agama dan kelas mengaji. nak gi pasar pun senang..
















6 Oktober 2014 - kami sekeluarga berkelah lagi di Air Terjun Menderu.. seronok pulak dah berkelah kat sini. seronok bila ada anak sedara ramai. main air bergelak ketawa. how happy is that?








6 Oktober 2014 - Faily santai bowling di Mesra Mall






7 Oktober 2014 - trip ke kl sebab aku ada course di Bangi. hantar ami ke KKB. Di kuala kemaman bertemu kak leez dan saupi yang kebetulan singgah nak makan situ..




8-9 Oktober 2014 - Course lagi di Hotel Residen Bangi. Uniten. DACUM.





10 Oktober 2014 - Short Trip ke Melaka






 

11 Oktober 2014 - Putra jaya Night Marathon. Tak ramai yang join event ni sebab semua standby nak lari Standard Chatrerd KL Marathon esok pagi. aku tak dapat lari SCKLM sebab Boss suruh kerja. nasib lah kan kerja di Terengganu. ahad kena kerja..Alhamdulillah berjaya menamatkan larian PNM!!








12 - 13 Oktober 2014 - Sambutan Ami nak pergi ke Mekah. beli kek secret Recipe. sambut ngan Mak di Kemasek. esoknya kami ke KLIA untuk hantar Ami melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Abang bangga dengan kamu adikkua!! Alhamdulillah. kalau arwah ayah ada mesti dia tumpang gembira tengok Ami dapat melanjutkan pelajaran nya ke Mekah..Syukur pada Allah!!












 

17 - 18 Oktober 2014 - Trip ke KL. Join acara Food Hunt kali ni. Tahun lepas join tak menang. kali ni dapat top 30. Thanks to member cukup makan team - Gme, kak Tie dan Romzy. Tahun depan kita masuk lagi ya!!










24 - 26 Oktober 2014 - Trip ke Brunei. Jumpa didi di sini. dia lah yang bawak aku jenjalan pusing brunei. best jugak jalan jalan hujung minggu ke Brunei.



















26 Oktober 2014 - ke Foot Solution the curve Damansara. beli insole sampai RM699 sepasang. kaki aku arch nya dah jatuh..








28 - 29 Oktober 2014 - balik dari Brunei kena ke Port Dickson pula. ada course lagi di sini. best lah boleh berlari tepi pantai.. :)










30- 31 Oktober 2014 - Hujung bulan oktober ni aku kemas dapur bebetul. buang segala junk food. makan makanan yang betul. belajar buat infused water. untuk kempiskan perut. actually aku dah start mula kena conccious sikit bab mkan ni. dah masuk 30. dah tua.









NOVEMBER 2014


1 November 2014 - Etiqa Treasure Hunt. Aku join Saiful, Shamo dan Shah awara join this treasure hunt. memang susah dan tak best. haha. bukan minat aku kot bertreasure hunt macam ni. tak pe lah. biar aku concentrate dengan larian je lah. thanks shahmo ajak aku join. great experience though walaupun jadi drebar sahaja. :) dapat lah kita semua menang lucky draw ngan makan buffet free kan di Premier Hotel Klang.



 

2 November 2014 - Jumpa anja dan Irman di KT.. diorang ada interview di KT.. makan makan di Restoran Bbeteng Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.. Nce to have you guys ar ound back!


 


5 November 2014 - Dinner di The Qamar. kali ni ada live band pulak dah. so ada lah tempat berhibur di Paka ni. tak la bosan sangat. hehehe







6 November 2014 - gigih buat sarapan pagi telur dalam capcicum. mencuba resepi baru katanya. sekarang rajin masak sendiri. kena masak sendiri kalau nak live healthy. kat kedai tak pasti apa diorang pakai kan. 


 

7 November 2014 - akhirnya aku berjaya kemas dapur aku jadi tempat yang best. maksudnya tempat yang sesuai untuk aku lepak santai dan buat makanan sihat. resolusi baru kali ni nak rajin masak dan makan sihat supaya boleh lose weight permanently. tanak yoyo diet.













8 November 2014 - Family picnic ke Gambang water Theme Park. Abang Shuk yang arrange this trip. Alhamdulillah boleh ikut. sorry utt syukur sebab tak dapat join your akad nikah. tahniah kerana selamat disatukan dengan mimi!!







 


9 November 2014 - kenduri makan kambing dalam talam di balai islam. GM Sponsor. tapi aku tak minat kambing. makan sayur je lah. hahaha'






11 November 2014 - aku sepraiskan abang shuk. bawak kek gi rumah dia di meraga beris. tepat jam 12 malam aku, abang shuk dan kak ija bertiga je lah sambut besday dia. mak dah tidur..happy birthday abang shuk! moga dimurahkan rezeki sentiasa!






 

11 November 2014 - sambutan besday abang shuk di restoran Cafilla kerteh. aku arrange this majlis. beli sandal timberland untuk abang shuk as a gift. Alhamdulillah ramai family kami boleh join. syukur.. sanah helwah abang shuk!! semoga allah panjangkan usiamu!!






 


14 November 2014 - main bowling di Plaza Kuantan. selepas main bowling straight ke KL ambik kak Tie sebab nak ke Penang pulak.

15 November 2014 - Trip ke Penang untuk menyertai Pennag Bridge In ternational Marathon. racekit collection tak best. then kami checked in di whatsapps youth hostel georgetown. nasib baik ada lagi. then gi makan di hameediyah sebe lum balik tidur..





 

16 November 2014 - Penang Bridge Internationl Marathon 2014. teruk sangat penganjurannya. Alhamdulillah dapat habiskan larian lagi. another finisher medal and finisher tee collected. jumpa ramai kawan juga.. after event aku ngan kak tie balik tidor dulu di hostel.

 









16 November 2014 - Sambut besday kak tie di Secret Recipe airport. meraikan PB nya dalam HM juga di PBIM Kali ini. Tahniah kak ayang ati! dan selamat hari lahir juga (17 November). Love you forever!!



 



20 November 2014 - Aku gi ambik Angels (Along, Mimi dan Ika) kerana diorang dah cuti sekolah. sampai kemasek kami sambut birthday ika yang jatuh pada 16 November yan g lalu. sehari sebelum birthday kak Tie. :)

 



21 November 2014 - ajak anak sedara datang kemas rumah. buat spring cleaning banyak sangat sampah nak buang.. thanks!1 pok zim belan ja aiskrim magnum satu!!


 

21 November 2014 - masak ikan salmon sos lemon. sedap juga!



 

26 November 2014 - terima buku resepi Fitness food made simple dari arfian yusoff. thanks abang! nanti say atry masak resepi yang ada dalam tu. tq tq tq


 

28 - 29 November 2014 - seharian di KL. Checked in di The everly Hotel Putrajaya. tengok wayang. lari di Putrajaya. makan megi ketam. ke ioi mall yang baru. fun fun fun!!





 

30 November 2014 - join NM Galaxy Half Marathon 21km di taman tasik cyberjaya. medal habis. boleh?? kelakar lah korang. habis lari terpaksa drive terus balik ke paka sebab kena masuk meeting belah petang. singgah di bentong makan mee bandung muar azmi belanja. thanks!!






DECEMBER 2014


- 2 Disember 2014 - Sejak dapat buku resepi dari abang Arfian Yu soff, minat nak memasak semakin menjadi jadi. fitness food made simple konsepnya. tak perlu susah susah.. masak simple tapi sedap dan healthy. dan itu l ah yang aku praktikkan sekarang. moga jadi amalan.

3 Disember 2014 - Mok Teh masuk hospital Kuantan. dia tak boleh bernafas sebab ada air masuk dalam paru paru. so aku ngan abang jalee dan mak hantar dia ke HTAA.
Al hamdulillah lepa s dah masuk kritikal zon tu masuk wad biasa semula..semoga mok teh beransur sembuh. Insya Allah!

4 Disember 2014 - Jamuan makan kelas Quran meraikan Ustaz Najmid i telanai Seafood Kuala Terengganu.

5 - 6 Disember 2014 - Trip ke Singapore. Jenjalan jat Clarke Quay malam hari. siang nya ke Garden Bay. ke REPC untuk Standard Chartererd marathon singpaore.. berjalan sampai lewat malam ke orchard road. Gme, mizan, man korang memang gila.

7 Disember 2014 - Standard Chartered Marathon Singapore. cuaca memang panas sebab start lewat dalam jam 5am. tapi bestnya larian ni sebab finisher punya gambar cantik. hehe. yang tak best aku kena rush balik sebab ambik flight aw al sangat jam 2.40pm. mujur sempat!!

9 Disember 2014 - hari ini memang hari untuk dikenang sebab aku masak dari sarapan pagi, lunch sampai lah ke Dinner. haha. mood nak memasak merasuk ke dalam jiwa!!

10 disember 2014 - Sambutan hari lahir kak Ija. sanah helwah kak Ija!! aku masak spaghetti Bolognaise meatbaal untuk dia. alhamdulillah semua kata sedap. hehe

12 Disember 2014 - Exam Tajwid di Kuala Terengganu. Ruginya aku tak baca bebetul pasal hukum mad. dapat 36/50 sahaja result aku. hmmm cuba lagi nanti.

13 Disember 2014 - ada event monsoon marathon di Kuarters. lari 5 km sahaja. aku menang. dapat hamper besar. alhamdulillah. bawak balik kemasek berbagi pada anak saudara. :)

14 Disember 2014 - Dinner di the Qamar lagi.

18 Disember 2014 - ambik abang shuk di airport Kuantan. dia balik arini. thanks kacang dan cokelat serta madu!! love you bro!!

19 Disember 2014 - Buat Steam Stuffed crab. sedap!! resepi fitness food made simple.

20 Disember 2014 - Short trip to Penang. aku join event Trail in twilight stars penang. checked in di hotel ceylon. murah jer rm45 ambik dormitory type. ambik racekit di Penang Plaza. then pukul 6pm kena ke kebun bunga dah.

21 Disember 2014 - Trail in twilight stars. mencabar sungguh event ni. aku dapat buat 5 loop sahaja. satu loop 7km.. elevation dalam 450 m. t inggi woo. memang cramp lah thigh. sakit Dapat silver medal. yeayyy!!! . dan ini adalah event penutup untik tahun 2014 ini.

22 D isember 2014 - Kuliyyah maghrib ustaz Azhar Idrus di Masjid Sura Dungun. semasa perjalanan pulang terperangkap dalam banjir.. terpaksa lalu jalan jauh. ya Allah selamatkan lah Pantai Timur ini dari musibah banjir!!

23 Disember 2014 - Ulangtahun kelahiran arwah ayah. kalau arwah ayah masih ada, ayah berusia 66 tahun sekarang. Al-Fatihah. gone but not forgotten. rindu ayah setiap hari. (Salam ulangtahun kelahiran juga buat sally!!)


RACE REPORT : STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

$
0
0
Okay. Mood rajin dah datang. Mari membuat race report tentang Acara Marathon yang disertai hujung minggu lalu di Singapore. Maka terimalah race report :- STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

7 DECEMBER 2014
 



Malam sebelum Race ni agak gila. berjalan sampai jam 11pm ke Orchard Road.. Balik semula ke Green Kiwi Backpackers Hostel dah 11.30 pm.. baru lah masa ni nak bersiap baju apa nak pakai masa race. nak siapkan air dan sebagainya. Sepatutnya malam sebelum race kena rest yang cukup. Tapi entah lah. kali ni rasa macam rugi kalau tak berjalan habis habisan.. Runcation lah katakan..Belasah saja lah. Aku cuba nak lelapkan mata jam 12am tapi takleh nak tidor.. dalam jam 1am jugak baru lelap. agak gila sebab kitorang kena bangun jam 3am! maknanya tidor 2 jam saja. 


Dalam jam 3am aku terjaga. tengok Gme dan Man masih nyenyak tidor. so aku sambung tidor balik. jam 3.30am Gme datang kejut aku. Tak boleh dah nak sambung tidor. memang kena bersiap siap. sebab flagoff jam 5am.. So kami bersiap dan turun ke bawah hostel around 4.am.. bergambar lah dulu sebelum naik MRT ke tempat Flag off. Baju Team Malaysia ni memang kami pakat-pakat untuk sama-sama pakai di hari race.


Tiba di MRT stesen tu diaaaa. Orang dah ramai membanjiri kawasan. semua peserta marathon lah ni. 14000 katanya peserta Marathon. Sangat Ramai. Sistem MRT kat Singapore ni sangat ringkas dan mudah difahami. so jangan bimbang lah nak sesat. susah nak sesat. Kami kena tukar tren menuju ke City Hall. Berhenti di Orchard Road punya stesen.


Bergambar dulu sementara menanti Train Tiba


Sampai di Orchard Road, Geng Team Harimau Malaya yang lain dah sedia menanti.. Khidir, Edward, Bha, dan Mizan. memang semangat lain macam bila team ramai macam ni..timing belakang kira janji kami having fun!


Di starting Point. Sebab ramai yang join, peserta dilepaskan secara berperingkat. ada banyak wave. Gme ambik first wave. Tengok kaler Bib dia pun kaler biru. Kami yang lain ni Bib kaler merah.. maknanya dalam 6-7 jam lah.. Cutoff time untuk SCMS ni ialah 8 jam. woww. thats a lot of time. so boleh leisure run lah jawabnya ni. Jumpa Hamid juga di starting line. Boleh pulak terjumpa dalam ribuan orang ni kan. pandai dia cari. Nice to meet you Papa Jeeda! Kerja kat JB so takder masalah lah datang singapore. In fact dia ni selalu jer join event marathon di Singapore. Lagi dekat nak ke sini dari ke KL kan.


Flag off time jam 5am sepatutnya. Tapi sebab batch by batch kitorang bertolak dalam jam 5.20 am. Nak start mula mula ni memang kena berjalan saja lah. Orang terlalu ramai.. so kami melepasi garisan permulaan tu starting time 5.20am. Go Team Harimau Malaya you guys can do it!!
 

Gme dah bertolak awal. so tinggal lah kami berlima yang meneruskan perlarian sama-sama.. Seronoknya dapat lari dengan Khidir. Dia bawak Gopro sekali dengan magic sticknya tu. So memang sakan lah bergambar. Bukan setakat bergambar, gila-gila semuanya. duk kacau orang dan buat bising. haha. Nice to run with you guys!! at least tak lah penat sangat tersa. Mula-mula ni ok lah lagi.. lepas KM21 Nanti kita tengok lah macam mana ya.


Sampai di KM6 kami singgah di Mall apa ntah.. Subuh dah masuk waktu so baik selesaikan dulu solat subuh.. kebetulan mall ni buka dan ada tandas yang tersedia. So ambil kesempatan ini lah. dah selesai solat baru lega nak buang air ke atau apa tak perlu nak risau dah pasal air sembahyang.. aku memang da ada wudhuk dari awal lagi. so sampai sini terus solat jer. Berlari tu berlari juga, Solat jangan lah sesekali kita tinggalkan. Tak berbaloi lah tinggal solat sebab berlari. Allah tak suruh kita berlari. Tapi Solat tu perintah Allah. (self reminder)



Then kami sambung berlari lagi.. Cikgu Khidir ni memang peramah orangnya.. habis volunteer bertugas dia tegur. Bekerjasama pulak dengan Bha memang perfect combination lah.. tak lah bosan sangat berlari ada diorang.. ni first time berlari dengan Khidir dan Man..aritu masa jumpa di Penang Bridge Marathon sempat lari sama sama sekejap jer.. last last aku tertinggal jauh di belakang. Mizan arini jadi slow runner pula. Biasa dia mesti dah jauh ke depan. Dia tak berapa sihat so dia kata mala snak push. Good. tak perlu lah paksa badan kan.. Marathon event akan sentiasa ada. Badan kita cuma satu nak pakai lama.


Menarik gambar dari belakang ni


Macam-macam aksi dirakamkan..


Ni dah lebih dari KM10 dah.. ada Kamera man atas flyover.. aku suka gambar ni.. Thanks Khidir for the nice shot..Masa ni pace masing masing maintain.. sama sama lagi dapat berlari.. sampai waktu nak masuk ke ECP, Mizan dah laju ter ke depan. so aku decide nak ikut pace Mizan.. kalau dia berhenti aku berhenti.. dia laju aku follow.. Somehow at the end, you have to follow your own pace jugak.. tapi kali ni saja buat Mizan jadi benchmark kononnya.


Sampai KM20, Di water Station aku dan Mizan jumpa Gme. apparently lambat pula Gme hari ni. Ye lah.. last week baru buat Marathon di Fujisan jepun. Minggu ni pula dah di Singapore pula. Marathon back to back to back.. setiap minggu ada event. Takpe lah. janji boleh habis dan free injuries. So kami decide nak gerak sama-sama 3 orang.. Ada geng baru best bersembang sembang..Thanks Tan Kim Lai for this Photo.


Selepas KM21, Ada Uturn di ECP ni. so di pertengahan jalan bertembung lah dengan Khidir, Man dan Abang Sham.. Diorang ter ke belakang sikit dari kami bertiga. Apa lagi bergambar lah dulu.. kot kot nanti tak jumpa dah.. Cuaca pun dah terang benderang masa ni.. Bahang kepanasan mula terasa.


yeahhh kami Team Malaysia!!


Di KM25 kami bertiga decide untuk beli Coke dan berhenti minum di area East Coast Park E. Dengan harapan dapat tunggu lah Khidir and Man sampai.. dalam 20 minit juga habis masa di sini. Aku memang tak peduli dah pasal timing. Janji dapat habis dalam cutoff time cukup lah. Malas nak push lebih lebih. Sebab tahu training tak berapa cukup dan tak cukup rest. so buat lah ikut kudrat apa yang ada. Refreshing sangat dapat caffeine dalam badan. Boost our energy. Tunggu punya tunggu diorang tak sampai sampai so kitorang jalan lah dulu..



Gambar terakhir bersama Mizan sebelum dia terus meninggalkan aku dan Gme di belakang.. takper. ko pergi lah dulu.. make your own pace ya. aku memang nak stay lari ngan Gme jer..jalan laju. then lari. then jalan laju lagi. Menyanyi nyanyi. karaoke sendiri. Hiburkan hati.


So korang boleh bayangkan lah panas macam mana waktu ni.. terang benderang dan matahari memancar dengan teriknya..memang heat training sangat.. kena tempuh jua lah walau panas membara sekalipun..Gambar atas ni Gme yang ambik.. Nice shot!


Sebelum nak sampai KM30 bertemu pula syafwan.. Pelari dari Kota Kinabalu Sabah.. baru kenal semalam.. hari ini sudah jadi member. itu lah kelebihan jadi runner. Mudah dapat kawan baru yang berkongsi minat yang sama.. nampak sign board KM30 ni terus ambik gambar dulu. One thing aku suka about this SCMS kerana mark boardnya besar gedabak dan disertai kata-kata semangat dan pendorong bagi runners. I think all the running events should provide this marker board size. Baru best!


Di KM30 tu lah keluarnya kami dari ECP yang tak berapa best ni.. i mean tempatnya best tapi untuk lari macam boring sikit. Masa 2xu Marathon Singapore pun route ni. Sundown Singapore pun route ni. Bertabah lah.. dengan cuaca yang panas membahang..Actually kalau sapa nak buat PB boleh sangat sebab route nya tak berbukit bukau pun. Flat jer..


Kata-kata di Mark Board KM32 ni best - ' You did not sign up for this to walk. RUN!!'. Macam tau tau jer. sebab memang most of participants yang lalu area ni semuanya berjalan kaki dah.. ada laju ada slow. tapi takder rasanya yang berlari..Tak apa lah.. janji semua target nak sampai ke garisan penamat saja. Dapat kata-kata macam ni at least jadi penyuntik semangat sekejap.


Masa di KM 35 ni aku dah tak lari dengan Gme. aku ke depan terus. Sebab tengok masa macam tak sempat aku nak catch flight jam 2.45pm nanti..nak balik Hostel lagi nak checkout lagi nak naik MRT lagi ke Airport.. takut rush sangat.. so aku start lari sikit-sikit..Tinggalkan Gme. Gambar ni ehsan Khidir.. Gme jumpa diorang masa KM34 then terus lari sama-sama..Lari or jalan?. entah. hehehe..


Tengok gambar ni rasa rugi sangat takleh lari ngan diorang.. Banyak shot shot menarik dan cantik dari Gopro Khidir! if tak sebab aku nak kejar flight memang aku stay ngan diorang jer. Ada lah yang tanya korang ni nak berlari ke nak bergambar. So aku jawab we want both! lari jugak. Gambar ambik lah jugak. Laju laju nak ke mana. Dah laju dapat Medal Finisher Tee pastu balik rumah takder gambar boleh dikenang. Rugi Beb! biarlah orang nak kata apa kan janji kita bahagia. Smpai KM38 aku rasa macam tensen dah. Water station siap air tak ada. Pisang pun memang takder diorang bagi.. ada energy Gel saja. Aku tak suka makan energy gel. so memang kembung perut minum 100 plus je lah.. dengan Cuaca panas terik rasa nak cepat-cepat habis saja.. lari sikit.. jalan laju-laju..


And finally aku sampai di garisan penamat depan City Hall Singapore.. catatan masa better sikit dari PBIM 6 Hours 50 minutes. I take it. biar lah teruk pun. always ada another event. yang penting having fun setiap event. itu yang paling penting. No point terlalu serius dan tak enjoy kan.. aku pose cantik di depan kamera finishing Line. Gambar di Marathon Photo ada 18 keping yang best. nanti nak beli lah!


Dah collect Finisher Medal dan Finisher Tee cari spot untuk bergambar sekejap.. takleh nak lama-lama sangat sebab nak balik check out.. dah lebih jam 12pm.. kang kena caj lebih pula. harap harap tak lah. gambar ni gigih la suruh orang yang ada kat sini ambik.. Mizan dah sampai awal lagi.. dah balik dah pun.. dia lagi lah. nak kena check out jam 11am.


Yes i am!! Finished the Standard Chartered Marathon 2014 Singapore!! Standard Chartered KL tak pergi aritu. so abiskan yang Singapore punya je lah..Alhamdulillah dapat habiskan tanpa kecederaan kaki. Boleh berjalan dengan baik lagi. 


Tukar Finisher Tee dan Finisher Medal. Mintak tolong akak Filipina ambik gambar ni. akak tu siap minta emel aku lagi dia nak emelkan gambar yang kami ambik berempat.. tengok lah camana nanti. sampai sekarang takder pun dia emel gambar. hehe..


This is the Finisher Medal


And this is the Finisher Tee. terus tukar nak ambik gambar punya pasal.. dari finishing line aku jalan kaki ke MRT City Hall nak balik semula ke stesen Bugis..Jumpa Syafwan dan dia lah yang ambik gambar ni. Tq Bro! see u in FB nanti..Mujur lah kaki ok boleh laju laju jalan lagi.. so straight balik ke Hostel, Mandi kemas barang dan Check Out..Masa nak keluar dari Hostel terserempak dengan Gme dan Man. Diorang baru sampai.. diorang pun nak kejar bas jam 2pm tu..semua sempat Alhamdulillah.. aku pula ke airport memang ngam-ngam saja masa..last call katanya. Mujur sempat masuk dan terus boarding jer.. Flight jam 2.45. sampai airport jam 2.15pm.. memang kalau aku lewat lagi 5 minit kena tinggal dah. Kuasa Allah.


Masuk jer dalam flight nampak ada lah 4-5 orang pakai finisher Tee jugak sama macam aku.. duduk cari seat dan tanpa apa apa lagi aku dah terus tidur.. sangat letih ya! sebab cuaca panas.. tapi sampai airport hujan lebat.. penerbangan delay 10 minit pula.. tak kisah lah. janji aku nak tidor.. lapar tapi tak rasa nak makan.. aku makan di KLIA2 saja nanti.. Sampai di KLIA2 dalam jam 4pm.. naik Train ke TBS jumpa lah dengan Hafeez Ameen dan Mizan dalam train. Teman berlari kan. dalam train bertemu jua.

Maka berakhirlah kisah race report SCMS 2014. Race ni menarik. Sebab ada banyak gambar menarik. dan kawan kawan pun semua sempoi. Terima kasih Gme, Suhirman, Khidir, Mizan, dan Bha serta Edward sebab jadi Team Malaysia yang havoc! harap nanti kita dapat berlari sama sama lagi di episod Marathon yang lain akan datang.Oh ya, Ini adalah Marathon saya #19.

Ok dah.

Tunggu Event Marathon lain pulak ya.

Stay Tune with AXIMUD!

PROLOG : KEMBARA PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI KOTA MEKAH DAN KOTA MADINAH

$
0
0












Alhamdulillah..
Kembara ke Tanah Suci dari 28 December 2014 - 8 Januari 2015 
berjalan dengan lancar

Baru kembali ke Tanah Air Malaysia
Ada kesempatan saya update lagi nanti.

Assalamualaikum.

NOSTALGIA DI KOTA MEKAH

$
0
0



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seketika kehidupan melayang kembali ke tahun 1999.

Zaman persekolahan. Sekolah menengah. SMKARA. Tingkatan 3. Ketika itu ada tawaran untuk memasuki Maahad Tahfiz Padang Midin Kuala Terengganu. Perlu ditemu duga dahulu. Tak silap saya, ada 4 orang dari batch kami minta iaitu Mahadi, Noorul Hafiz, Nik fairul Irwan dan juga saya. Untung-untun...
g dapat diterima masuk dan bakal bergelar hafiz. Hafal al-Quran. Kitab Allah. Dan mak serta ayah orang yang paling kuat menyokong permohonan saya. Mudah-mudahan dapat diterima.

Keputusan temuduga - hanya 2 orang berjaya mendapat tempat. Mahadi dan Noorul Hafiz. Saya dan Nik Fairul tak dapat. Sudah nasib badan. Ok. Tak dapat. Maka kami rangka satu perancangan. Kami berdua akan hafal juga al-Quran walau apa cara sekalipun. Tak dapat ke Maahad Tahfiz, di sekolah ini pun boleh hafal Quran. Itu apa yang kami berdua putuskan. Jadi setiap malam selepas isyak kami berdua akan berjumpa di masjid. (Sekolah berasrama maka tak ada masalah untuk plan ini). Berjumpa di masjid dan mula menghafal al-Quran bermula dari sirah al- Baqarah.

Ketika itu dalam satu minggu dapat hafal 1 muka surat. Memang agak sukar kerana hanya kami berdua jadi pendorong masing-masing. Support system tidak mencukupi. Tapi berdoa moga Allah permudahkan. Cukup 1 bulan dapat lah hafal kurang lebih 5 muka surat.

Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Selepas sebulan, Nik Fairul Irwan dapat surat tawaran dari Maahad tahfiz Padang Midin. Dia diterima masuk. Saya pun tak pasti macam mana. Mungkin ada pelajar yang dapat tawaran tidak mendaftarkan diri. Maka nama dia sebagai calon gantian. Mungkin. Saya tak jelas hal itu. Tapi yang pasti, saya sedikit sedih dan terkesan. Kerana itu bermakna saya akan keseorangan dan bagaimana dengan hafalan yang baru sahaja dimulakan? Nik yakinkan saya supaya teruskan juga walau seorang diri. Dia kata minta dengan Allah. Agar Allah permudahkan urusan.

Tidak semudah yang disangka. Nik ada mengutuskan surat memberi sokongan. (Kelakar juga jika di ingat kembali kerana zaman itu tiada telefon bimbit ataupun emel. Hanya surat tulisan tangan). Terima kasih teman atas sokongan dan galakan. Tapi Akhirnya saya tewas. Tidak mampu untuk meneruskan hafalan al-Quran seorang diri. Jiwa remaja. Memberontak dan emosi tak menentu. Ketiadaan support system yang betul, perlahan-lahan rancangan hafalan itu hanya menjadi kenangan. Terkubur tanpa sempat jadi kenyataan. Lama-kelamaan ianya sepi bagai dibawa angin lalu bertebaran..

Maka kehidupan seterusnya adalah kehidupan yang saya lalui sehinggalah saya jadi seperti siapa diri saya sekarang. Saya tidak hafaz al-Quran. Alhamdulillah berkat ajaran mak dan ayah boleh baca Quran dengan baik. Itu sahaja. Maka Impian mak nak tengok saya jadi hafiz quran tidak kesampaian. Ada lah hafal sedikit surah. Tapi sekadar cukup makan saja lah.

Semua yang berlaku di dunia ini HANYA lah dengan izin dari Allah.

Walau apa pun, saya tetap yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Ada perkara lain Allah dah tetapkan untuk saya. Mungkin saya tidak mampu untuk menggalas amanah menghafal Quran di pundak. Mungkin sampai suatu masa saya akan terkandas. Mungkin. Allah lebih mengetahui tiap sesuatu yang tidak kita ketahui. Allah cipta kita. Cipta saya. Cipta kamu. Jadi mana mungkin Allah tidak tahu keupayaan hamba-Nya. Allah tak akan membebani seseorang melainkan atas kesanggupan dan kemampuan hamba-Nya. Allah tak zalim. Saya yakin itu! Jadi bila difikirkan balik tak mengapa lah. Apa saja yang Allah buat pada kita semuanya ada sebab. Penuh hikmah.

Zaman berlalu. Dan masing-masing sudah menjadi dewasa.

Mahadi sambung belajar di Jordan dengar khabarnya. Sudah jadi pensyarah di UNISZA dalam bidang berkaitan. Noorul hafiz pula sambung belajar dan bekerja di tanah suci Mekah. Khabarnya dia dah jadi penterjemah khutbah jumaat di Masjidil Haram. (Alhamdulillah! Saya tumpang gembira). Nik Fairul Irwan (lebih mesra dengan pangilan ayub) pula sekarang sambung belajar di mekah dan ada menguruskan sedikit sebanyak hal berkaitan travel agency untuk umrah dan ziarah ke kota Mekah dan Madinah.

Allahurabbi.

Mereka semua sudah punya kehidupan yang di impikan. Bertitik tolak dari penerimaan masuk ke Maahad Tahfiz itu. Allah telah beri sesuatu untuk mereka. Bukan maksud saya menyesali takdir. Bukan. Bahkan saya percaya apa yang Allah telah rancang untuk kita semua adalah yang terbaik. Kehidupan yang saya lalui selama ini pun semuanya adalah kurniaan dariAllah semata-mata. Bukan dari makhluk. Apa yang Allah telah beri sebenarnya lebih dari cukup.

Jalan hidup setiap daripada kita tidak sama.

Bersyukur lah jika kita dikelilingi orang-orang baik. Sebab jika Allah menginginkan kita jadi baik, Allah akan letak kita dalam lingkungan orang-orang yang baik. Jadikan contoh dan teladan kawan terdekat untuk mula memperbaiki diri dari sehari ke sehari sesuai dengan kehendak dan peraturan Allah. Sesuai dengan syariat Allah. Sebab harus di semat dalam ingatan kita bahawa Allah tak perlu kan kita. Kita sebagai hamba-Nya lah yang amat memerlukan Dia saban waktu.

Untuk sebuah persahabatan yang pernah wujud (malah saya rasa ianya masih ada sebab rasa seperti keluarga sendiri bila berjumpa baru baru ini di Muaisim Mekah), saya doakan ustaz ayub aman bahagia tenang di bawah rahmat Allah bersama isteri tercinta di Bumi Haram Mekah. Anak dah nak masuk dua, semoga membentuk keluarga mawaddah wa rahmah. Saya beritahu ini pada dia, dan dia pun doakan kebaikan yang sama untuk saya.

Salam bertemu lagi teman. 15 tahun itu tempoh masa yang lama. Allah pertemukan lagi kita di bumi berkat ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. pertemukan lagi kita di masa akan datang. Atau Di dunia lain akan datang. Sesungguhnya bertemu dan berpisah kita ini adalah dari rahmat dan kasih sayang Allah semata-mata.

Akhirul kalam.

Azim ashaary
13 Rabiulawal 1436H
4 January 2014
Kota madinah al-Munawwarah.
8.16pm


 

SEMOGA IMPIAN BAKAL JADI KENYATAAN

$
0
0
Akan pertama kalinya menjejakkan kaki di Bumi Eropah
 
18 February 2015 - 28 February 2015
 
Singkat.
 
Hanya 10 Hari.
 
Frankfurt, Germany - Paris, France - Frankfurt, Germany - Leipzig, Germany - Berlin, Germany - Prague, czech Republic - Plzen, Czech Republic - Munich, Germany
 
Semoga impian saya untuk menjejakkan kaki di bumi eropah buat kali pertama akan menjadi kenyataan!!
 
Insya Allah.

ON TOP OF EIFFEL TOWER, PARIS

$
0
0

Paris scenery from the top of Eiffel Tower.

Today the weather not really pleasant, raining most of the time.. Other than that, really enjoy the scenery.

Subhanallah.
 
*can't believe this. Finally i'm in Paris!!

LESSON LEARNED IN EUROPE

$
0
0

"I learned that we can't change other people. But we can change ourselves and we can change the way we think towards some situations. Our reaction will always determine the outcome. If we can think positive in all circumstances then good things will happened eventually."
 
*currently i'm in Prague, Czech Republic. The 5th City i visit on this europe trip. yup. this is the most valuable lesson i learned for today!!

BERLIN WALL AKA EAST SIDE GALLERY, GERMANY

SEMUA YANG ADA DALAM DUNIA INI MILIK ALLAH S.W.T

$
0
0
 
Masa mula-mula sampai di airport Frankfurt Germany 19 February 2015 yang lalu, something happened to my samsung camera NX300.

Tengah kalut buka tali pinggang masa security check untuk naik connecting flight dari frankfurt to Paris, it fell off from my shoulder. I mean the camera. Jatuh lense dulu, mengakibatkan lense terus patah dan total damage. Cannot be used anymore, and as a consolation prize...
the body still ok and can functioning well because masih boleh view gambar. But without lense, it's just useless.

Wow.

It was my first day in europe and bad things already happened. I had a choice at that time. To be moody and not enjoy the holiday at all because of this incident, or i can just forget about this and telling myself at least i still have a phone to take photo.

I chose the second option.

To just let go and not spoil the holiday mood. Because if i'm doing so, it will involved my travel mate as well so it will not fair to them. So from that moment all pictures taken from Paris to Munich just using my Iphone 6 plus. And at least i still can captured a lot of pictures despite am losing one of my best thing in my life (nx300). Have to edit some of my pictures from this trip for phone quality will not be the same like SLR camera.

Well,that's life is all about.
 
Choices.
 
You can choose to be happy or sad in any situations. Even in a bad condition if we make a good choice we still can smile and be positive, and eventually good things will happened to us. Like i do. Even I can't take so good pictures with this camera, i just use whatever i have as a backup. And just enjoy the whole journey without burden in my heart. Have to learn the art of letting go.
 
To be more peaceful and calm in life.

Apa-apa yang ada pada kita bukan milik kita. Semua milik Allah. Kita cuma pinjam apa yang Allah beri. Jadi bila Allah nak tarik balik rezeki ataupun apa yang kita ada dengan musibah macam ni, sabar dan redha. Allah beri nikmat bernafas pun dah kira syukur sangat-sangat dah. Jadi ujian macam ni sabar dan senyum sajalah. Allah nak uji ada sebab. Nak tengok kita boleh sabar atau nak salahkan takdir. Salah diri sendiri sebab tak gantung kamera ni elok elok. Lesson learned. Kena lebih careful dan jangan cuai.

Reminder to myself.

Ada duit lebih nanti, nak beli lense baru. Sebab saya sangat suka dan sayang kamera ni.
 
 Al-Baqarah Ayat 284 :

لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
 

FROM MUNICH TO FRANKFURT AIRPORT, GERMANY

$
0
0
 
The train from Munich depart at 5.51am. Kat sini waktu berlepas dia mesti macam tu. 4.43 lah. 3.32, 5.48 etc. And i realize sangat tepat masa. From Munich to Frankfurt airport 3 jam 30 minit.. Dalam tren tak boleh nak tido sangat and i just enjoy the coffee and scenery along the way..

And my memory start to compile back the beauty of my very first europe trip since last week..

When it come to an end, we just have to smile and cherished all the moment that we've been through. Because all the moment just passed and we never going back to that place again.

Am coming home.
 
 

EUROPE TRIP IS OVER.. AND FINALLY I'M HOME!!

$
0
0

From Munich to Frankfurt yesterday 27 February 2015 at 5.51am by train. Reached Frankfurt airport at 9.30 am. Checked in for flight at 12pm. And 12 hours later reached Kuala Lumpur International Airport at 6.50am(local time) 28 February 2015.

Waiting for another flight today at 3.15pm from KLIA 2 to Kuala Terengganu. Arrived at Kuala Terengganu at 4.15pm. Depart from Kuala Terengganu to Paka at 8...
.20pm. And now just reached home sweet home!!!

It's 35 hours journey before finally reached home. Tired. Super tired. And to make its sounds crazier, am working tomorrow.

Good night.

Really need a rest by now. Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.

Thank you Allah!
 
*Ada kesempatan saya update blog pasal Europe Trip ni.. Sangat best dan sangat sekejap masa berlalu.. tak puas. memang kena repeat datang lagik.. at least dah ada pengalaman ni maka boleh lah merancang next time punya trip. :)

WHEN IN PRAGUE, CZECH REPUBLIC


THE SOUL THAT SEES BEAUTY MAY SOMETIMES WALK ALONE..

EUROPE TRIP DAY 1 - FROM FRANKFURT, GERMANY TO PARIS, FRANCE

$
0
0
3 Countries
9 Cities
2,912 km total mileage
19 - 28 February 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kali ini baru saya berkesempatan untuk bercerita sedikit tentang Catatan perjalanan saya ke Negara Eropah pada bulan February yang lalu. Macam biasa, kekangan masa dan kesibukan kerja sentiasa menjadi faktor utama untuk lambat update di ruangan ini. Trip kali ini seperti mimpi pun ada. Bermula dari Oktober 2014 ada seorang kawan saya bertanya dan ajak untuk turut serta trip ini, dan tanpa berfikir panjang saya terus setuju dan beli tiket ke Frankfurt Germany. Tak tahu kenapa waktu diajak tu saya terus kata ya dan terus buka ruangan tiket MAS dan beli. Mungkin kerana sudah lama memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke bumi Eropah. maka since Bulan Oktober tahun lepas (Kurang lebih 4 bulan) mula menghitung hari untuk Trip ini bermula. Mengambil cuti sempena Chinese New Year pada 18 dan 19 February, saya lajakkan terus cuti sampai 28 February 2015. Tiket yang saya beli RM3200 return. which is mahal sebenarnya. Kalau beli awal boleh dapat dalam RM2400 - RM2500 return. Sila beli tiket awal dan buat perancangan awal untuk harga tiket yang lebih ekonomi.


Bagpack Hijau tu hadiah hari lahir tahun 2009 oleh kawan rapat..still remember.:)

Pada hari Khamis 19 February saya terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. waktu itu keluarga saya kebetulan merancang untuk ke Kota Bharu dan melawat pusara arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang baru sahaja meninggal. Al-Fatihah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Takziah buat keluarga mereka. Sesungguhnya kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar kepada Negara, untuk agama kita khusunya.. Semoga Allah menjanjikan ganjaran yang amat besar untuk arwah. Saya tidak berkesempatan untuk melawat sama kerana mengejar flight pada jam 4.35pm. Terima kasih Mak dan Abang Shuk serta ahli keluarga lain yang turut sama menghantar saya ke Airport Kota Bharu. Semoga perjalanan ini baik-baik sahaja, insya Allah. 


Macam-macam hal lah perjalanan kami - tayar kereta pancit lah, ada 2-3 tempat orang accident langgar lembu, kami berhenti tepi jalan beli nenas dan berbagai bagai lagi kerenah.. Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat.. sampai KB terus ke Airport Sultan Ismail Petra. takut terlepas filght. Makan tengahari pun di Restoran depan airport. Sempat lah sambut hari lahir Mimi, kak Ina buat kek Chocolate moist. merasa lah jugak makan. sedap ya. thanks kak Ina. Kemudian yang hantar saya gi airport ialah Abang Shuk, Faiz dan Mak. Walaupun sekejap dapat luangkan masa dengan keluarga tapi at least i still have time to spent with them.


Tiba di KLIA saya sempat meluangkan masa di Folden Lounge Satellite MAS sementara menunggu flight lewat malam ke Frankfurt Germany pada jam 11.59pm. Makan, Mandi dan solat serta mula membaca rencana berkaitan negara Germany. Enak sekali melepak dan meluangkan masa di Lounge ini. Banyak bahan bacaan dan minuman serta makan free flow tak henti henti. Tinggal kita lah larat atau tidak nak makan semua benda yang ada di sini. i had pumpkin soup and vegetables for dinner. and a coffee too. also ada dim sum. and ada salmon jugak. actually banyak juga makan. hehe. Dah mender percuma layan kan aja. 


Here i am at Golden Lounge Satellite MAS


Mandi dan solat dulu..


Makan-makan dan bersembang dengan kawan baru


Di Lounge ini saya sempat bersembang dengan seorang warga negara Filipina yang bekerja di Malaysia. meninggalkan anak isteri nya di Manila, hanya setahun sekali berjumpa demi mencari sesuap rezeki.. Kemudian kami bertukar cerita pasal travel dan dia bercerita tentang kesusahan hidupnya.. berulang kali dia berkata 'you are lucky that you are rich.. can go travel here and there easily.'. saya hanya tersenyum. sebab i know myself. i'm not that rich macam yang dia kata. i'm just someone who willing to spent my money on travel. Orang lain lagi banyak duit dari saya. Tapi mungkin mereka tak minat travel. itu sahaja. i always believe travel will make myself richer in a way that only me and other travelers can understand..sebab by travel kita akan perolehi dan kutip banyak pengalaman berharga. and thats experience is something that money can't buy.


Dalam jam 10.30pm saya keluar dari Lounge dan berjumpa travel mate saya, Desmond di Starbucks berhampiran. He just had his birthday recently and happy with his Ipad Mini, Birthday Gift from his Parents. Happy belated Birthday Desmond! May God will always bless you. We talk about this trip while he struggling to open and install his new Ipad Mini.. very nice. Thinking of getting one too later. Maybe someday. But i think i better used that money to travel. We'll see how later. Then dalam jam 11pm kami terus ke Gate untuk pelepasan. Tak nak lah kena tinggal flight. and this is it. Frankfurt Germany here we come!!

Kami duduk asing-asing dalam flight. Sebab beli tiket pun asing-asing kan. He bought early and i just bought whatever left. so dalam flight my seat sebelah remaja Germany name Erik Beenders. Mulanya tak bersembang bila dekat dekat nak sampai baru bersembang and he is sangat friendly. dia nak jadi actor katanya. semoga berjaya lah dik! baru umur 19 tahun. Long way to go. Dalam flight ada 2 meal disediakan. Movie pun banyak ada. pilih lah nak tengok cerita apa. see, i dont need ipad ya. Dalam flight kan dah ada entertainmentnya sendiri. Penerbangan memakan masa selama 12 jam.. we shall reached Frankfurt Airport at 6 am. Puas makan, tidur dan layan movie. and for the record this is the longest flight i ever had. Flight paling lama pun sebelum ni ialah masa ke umrah, kota Mekah 8 jam. dan ke Gold Coast Airport Australia juga 8 jam. Jadi ni lah penerbangan paling lama setakat ini. Solat subuh dalam flight untuk menghormati waktu. 


 Makan, tido dan Movie


This is Erik Beenders

We reached Frankfurt Airport at 6am.

And the suhu outside is 1-2 degree celcius. yeap. This is winter season in European countries. memang dah bersedia dengan jaket tebal, sarung tangan dan apa-apa yang patut untuk menangani masalah kesejukan ni. Keluar dari flight ada bas yang ambil menuju ke tempat imigresen. Masa beratur di imigresen saat mencemaskan berlaku. Polis imigresen tu soal saya macam-macam soalan. Most probably because in my passport ada visa arab saudi. so of course i am muslim. siap ada janggut. Dia tanya saya stay mana di frankfurt. so saya jawab lah tak stay di frankfurt sebab nak ambil connecting flight ke Paris at 10.25 am. Dia soal lagi mana tiket flight ke Paris? then i answer ada with my friend. Sebab saya dan Desmond tak lah beratur sekali. Then dia tanya lagi if i travel together then why tak que up in the same lane. wow. macam-macam soalan. lucky i saw desmond outside the imigresen and i call him to come at the counter. Desmond gave the flight itinerary to Paris and he asked again what are we doing in Paris. we said for leisure and holiday. Dia mintak hotel booking confirmation pulak. sudah. mati lah kami. sebab booking confirmation is with Thomas, the Germany Guy yang dah waiting outside the imigration counter. we explain a lil bit and finally he just cop my pasport and let us go. dekat setengah jam jugak lah kena soal. so my friend, beware. kalau korang tak buat salah then jawab jer dengan tenang. jangan serabut serabut dan nak naik angin. Ni negara orang so just be cool and rileks. kalau tak buat salah kenapa nak takut kan?


Lepas dari Imigration counter we go collect our baggage first. and when we go outside, Thomas (Desmonds Friend) already wait for us outside. Nice to meet you Thomas Heilig! he is germany. so we straight away went to his car to put our belonging first. The plan is - just bring some cloth and stuff for one night at Paris. The initial Plan takder pun nak pergi Paris. Last minit i request to go to Paris, and both of them agreed. Dah datang Europe rasa rugi la pulak kalau tak ke Eiffel Tower Paris. By flight Airfrance ticket RM400 return (100 EUR0). Lucky both of them ok with that so we gonna had a night at Paris.


Penerbangan kami dari Frankfurt Airport ke Paris pada jam 10.25am. Waktu masih menunjukkan jam 7.30am. jadi kami punya waktu yang banyak sebelum bertolak. Kami (by kami maksudnya saya, Desmond dan Thomas) minum kopi dahulu di kedai kopi MONDO. Saya hanya minum. tak berani nak makan Roti dan sandwich kat sini. Membuang waktu sambil sessi ice breaking with Thomas. Tak pernah jumpa Thomas before this. Just heard about him from Desmond. So here we are, met at Frankfurt Airport and ready to go through this journey together. he even took more than a week leave for us. Thank you for that. Just ask a simple questions, considering we gonna have a lot of time driving in the car later. 


Ada Wifi kat Kafe MONDO ni so tak perlu lah rasanya saya nak beli simkad di Eropah. Cukup hanya pakai Wifi di Kafe macam ini sahaja. Rasanya zaman sekarang semua kafe dah ada wifi. sebilangan kecil saja lah yang tak ada. Lagipun di Airport wifi nya pun laju. Boleh lah nak checked in dan upload gambar di FB ataupun Instagram. Agak banyak juga lah waktu terbuang kat sini. Kalau drive dari Frankfurt dalam 5 jam 19 minit (572.2km). Nak jimat waktu so kami naik flight, Hanya 1 jam 30 minit perjalanan. Seminggu di Eropah bukan sempat nak pergi banyak tempat pun.. Benua Eropah ni besar ya. sila rujuk google Map kalau tak percaya.. Akhirnya impian tercapai nak jejak kaki ke bumi Eropah.


Lepak membuang waktu minum kopi.. kopi pertama saya di bumi Eropah


Sebelah kiri tu Thomas Heilig. And the other one is Desmond

Jam 9.15am, we decide to masuk ke dalam balai menunggu. And this is the time ada satu bad things happened to me. My samsung NX300 jatuh masa security check. sebab kena buka tali pinggang bagai. saya sangkut kamera kat bahu. so it fell off. jatuh lense dulu. terburai habis. Tapi saya ambil keputusan untuk lupakan dan lepaskan saja dari hati. malas nak jadikan issue walaupun sebenarnya bab-bab gambar ni is really my things. I used to be moody bila ada orang break my camera dulu. but not anymore. i guess i'm grown up now. Dah faham erti hidup. Setakat kamera jatuh dan takleh pakai doesn't mean end of the world. still boleh bernafas dan hidup lagi. Lagi pun Iphone 6 kan ada. so guna Iphone saja lah since that moment. That's the art of letting go. to be more peaceful and calm in life. still trying to master that art. :)


This flight operated by AirFrance

 
So kamera tu saya bungkus saja dalam beg sandang yang saya bawa. Tanak kecoh kan lagi keadaan. Just smile. Both of them said sorry to me for what happened to that camera. yeah. am ok. totally fine with that. i have to. So sementara menunggu Thomas read a newspaper. Desmond try to get some sleep. and i'm with my iphone 6 plus try to adjust the setting of the camera. Masa kami menunggu tak ramai lagi orang ada.. sembang-sembang juga dengan Thomas.. He speak English very well. Sometimes ada Germany yang tak reti cakap English juga. Boarding time jam 9.50am..


Dalam Flight ni ada dihidangkan Biskut dan air kopi. Ala-ala firefly lah ni. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Attendant flight cakap france dan english. Sepanjang perjalanan aku layan dengan MP3 dalam phone jer. tak sempat nak lelap dah sampai France..sesekali aku tengok itinerary perjalanan juga. where to go and what to do. tapi not bother about that much. sebab aku sangat tak suka perjalanan yang terikat oleh waktu. aku lebih suka santai dan rileks rileks. tak nak terkejar kejar attractions place and at the end of the day penat macam tu jer.



And finally.. i'm in PARIS, FRANCE.. Reached at CDG Airport (Charles De Gaulle) at 12pm 20 February 2015.. time sampai hujan lah pulak di luar.. Memang bertambah sejuk lah jawabnya.. Bienvenue maksudnya Welcome. Welcome to Paris Airport.. We are lucky Thomas ada. sebab dia yang bawa kami untuk keluar dan ke arah mana nak di tuju. so dah jimat masa dah tak perlu nak tercari cari arah mana nak pergi.. kami nak menuju ke arah train station. Kena naik Bas ke Terminal lain pula..

And this is the time my Europe Trip begin..

*To be continued..

EUROPE TRIP DAY 1 - PARIS, FRANCE HERE WE COME!

$
0
0
Assalamualaikum.

Nak sambung lagi cerita pasal my very first Europe Trip pada bulan February yang lalu. Sambungan dari entri sebelum ini. Tapi before we go further, nak cerita sikit pasal Eropah.Benua eropah ni ada 50 buah negara dan yang glemer biasanya UK(England, Wales, North Oreland and Scotland), jerman, perancis, czech republic, itali, spain, switzeland dan banyak lagi. Dari 50 buah negara tu ada 26 buah negara eropah yang dikenali sebagai SCHENGEN AREA yang mana 26 buah negara ni membatalkan border control. jadi tak perlu masuk dengan visa dan passport juga tak diperiksa. Boleh rujuk link ini untuk nama 26 buah negara dalam Schengen Area.

Dari Frakfurt saya telah dikenakan pemeriksaan passport. Jadi bila tiba di Paris boleh masuk melalui imigresen tanpa pemeriksaan passport pun. Dah jadi macam domestik flight lah kiranya di tempat kita walaupun sebenarnya kita merentas negara Germany ke France. Ok jugak lah sebab saya duk risau jadi macam masa periksa passport di Frankfurt Airport. Boleh rujuk entri sebelum ni. now Saya dah sampai di Paris. Bienvenue!!


Masa flight mendarat di luar hujan turun. tidak lah lebat.


Dari Terminal 2G kami kena naik shuttle service ke Terminal 2F. Masa ni cuaca memang sejuk kat luar. sebab baru lepas hujan. sementara tunggu bas saya tengok pokok pokok kat sini macam ken abakar pun ada. oh. lupa pulak sini negara 4 musim. belum musim bunga memang lah pokok tu semua tak berdaun. tinggal batang saja. sekarang pula dah berada di hujung winter. Waktu menunggu tidak lah lama. dalam 10 minit sahaja.


Kemudian bila dah sampai di terminal 2F kami kena mencari Terminal 3 pula tempat di mana terletaknya Stesen Keretapi. Quite confusing juga nak cari. Thomas pernah datang sini tapi it was like zillion years ago. so dia pun confuse jugak. Desmond tanya local kat sini then we got our way. Masa tengah jalan ada juga yang minta sign petition apa ntah. sebab dah baca banyak scam dan penipuan macam minta petition macam ni so saya abaikan saja.


Pemandangan di luar Airport CDG France


There you go. Railway Station in Paris.


Boleh beli tiket di mesin. tapi kami akan beli pass 2 days include airport skali pergi dan balik. actually boleh kalau nak bei tiket asing-asing tapi nak memudahkan kami beli satu tiket je 2 days pass. maksud 2 days pass ni boleh naik semua train yang ada within this 2 days. Duit Euro saya tukar di Kuantan sebelum ke KLIA dapat rate 4.06. menangis lah kalau convert kan. But that's the price we have to pay. Kalau tak alamatnya sampai bila lah tak merasa nak travel ke europe.


2 Jours tu maksudnya 2 days including airport. Kalau beli asing asing lagi murah sebenarnya lepas saya tengok balik tapi takpe lah. Masa ni pun saya tak stadi bebetul harga train, just leave it to Thomas since dia boleh speaking language sini. Tiket ni alahai kecik nya lah kan. kena simpan bebetul sebab mudah hilang. simpan dalam dompet terus insya Allah selamat. tapi saya tak bawa dompet. duit pun simpan dalam buku. ada setengah dalam sampul. Saja letak asing asing supaya ada backup. we never know anything that might happened kan. ada setengah tips saya baca diorang sarankan letak duit dalam stokin. tapi macam menyusahkan jer so saya tak buat lah. Pandai-pandai lah jaga diri.


Kami menaiki train untu ke Station CHATELETE LES HALLES. Dalam train kami duk stadi Paris Map kat sini. Tak susah nak faham link yang ada asalkan kita tahu mana nak dituju. quite complex juga link train station nya but now i know how to link with one another. Experience is always the best teacher. Perjalanan 45 minit dari airport untuk sampai di station chatelet les halles ni.


Sampai di destinasi ini, kami turun. Sortie means exit. My first impression is kat sini ramainya orang. sibuk macam di Kuala Lumpur juga. dan saya tengok train station nya pun tak berapa bersih dan kemas. macam biasa biasa saja. Lantai simen dan tak berapa cantik.


Masa keluar dari kawasan train station, saya tergamam seketika. bagaikan tak percaya akhirnya saya boleh jejakkan kaki di Paris. Kehidupan macam tu lah. Kita sering akan dapat apa yang kita kerjakan (dengan izin Allah). Kalau dah berusaha tak dapat hasil macam yang kita harapkan nak buat macam mana. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Saya dah rancang perjaalanan ini dan Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Hujan masih rintik rintik dan cuaca memang sejuk. Dapat minum coffe best ni..


Oleh kerana waktu dah masuk jam 1pm, maka kami kelaparan lah. Nak cari makan. nampak ada restoran pizza hut tapi Desmond suggest to find something other than that sebab in Malaysia bersepah Pizza Hut. So kami singgah di restoran ini. Boleh juga panaskan badan yang dah menggeletar kesejukan.


Masuk ke Restoran, terasa hangat kembali.. pesan makanan yang ada. i know this is not a halal restaurant. Jadi kena cari makanan yang paling paling halal untuk dimakan.. Nasik dan sos tomato is okay tapi kena tanya lah kitchen guna minyak apa. sebab i heard my friends said biasanya diorang guna minyak pork. Di paris banyak sebenarnya Restoran Halal. Korang boleh search dalam internet. Ada kelapangan nanti saya cari. Harga untuk lunch kali ini 42.50 EURO. Dalam 14 Euro sorang. Ok lah. Di restoran ini saya perasan tandas nya ada di bawah. Thomas said tandas dalam restaurant in Europe memang kebanyakannya di baah. kena turun tangga.


Dah selesai makan kami meneruskan perjalanan. Hujan lagi waktu ini. Rintik rintik. Dan saya ternampak banyak dinding dinding yang dipenuhi Grafiiti. Di sini mereka memanggilnya Seni. Bagi saya kalau dilukis cantik dan ada mesej itu lah seni. tapi kalau conteng ayat ntah apa apa tu lebih kepada vandalisme. Nampak cantik juga kalerful. tapi terpulanglah pada penilaian masing masing.


Ada yang berpayung sebab hujan. kan best kalau hujan salji. hehe. tapi tak best la pulak jalan jalan kalau salji merata rata. cuaca mendung dan hujan macam ni kira ok lah. teringat lagu the passenger. Bila Hujan nak matahari. Bila duk atas jalan nak balik rumah. bila dah balik rumah nak keluar pula. Manusia. Sentiasa tak puas dengan apa yang ada.


Nasib baik ada hood.. Sebab payung takder


Di sini lah tempat persinggahan pertama kami. namanya CENTRE GEORGES POMPIDOU. Building ni ada public information library, dan juga Muzium terbesar untuk Seni Moden di Eropah. Bangunan ni dibina dengan style of high-tech architecture oleh team Richard Rogers, Renzo Piano dan Gianfranco Franchini. Actually nak detail lagi pasal Centre G Pompidou ni boleh lah gugel dan semak link ini.


Bangunan ni dinamakkan sempena nama President France dari 1969 - 1974 Georges Pompidou. Tak masuk pun dalam bangunan ni.. Actually kalau ikut aku nak masuk tapi kekangan masa yang ada so kami decide untuk tak masuk. sekadar ambil gambar di luar bangunan sahaja.


Area Les Halles ni ada shopping complex. Apa ntah nama shopping complex ni aku tak sure. Au Forum Le Shopping N' Attend Pass tu ap amaksudnya? paling tertarik kasut Skechers murah 19 Euro saja. tapi kaler pink. kasut perempuan. kalau ada kasut run best saya dah beli dah satu rasanya. Tapi trip ke Paris ni memang tak intended untuk shopping so tak beli apa pun lah. Baggage flight pun tak beli. dah namanya rancangan last minit untuk ke Paris.


Dari shopping complex tu kami turun ke Train Station STRASBOURG SAINT-DENIS. Kami akan singgah di shopping kompleks yang femes di Paris.


Paris Map


Tiba di Stesen Chaussee d'Antin La Fayette


Akhirnya kami tiba di Galleries La Fayette yang terletak di Boulevard Haussman. Alah. Takde special sangat pun. Shopping kompleks lah. macam KLCC. Macam Pavillion. Cuma ni di Paris. Ramai yang saya dengar kalau datang Paris mesti nak datang shopping sini. Macam yang saya kata tadi, this trip not intended untuk shopping jadi melawat kawasan saja lah.


Perkara pertama saya minat tengok ialah Macaroon ni. Pierre Hermes. Jenama Macaroon yang popular. Tapi harganya 59 Euro untuk 20 bijik. mmm. takpe lah. tak beli lah. nanti beli saja di PAUL. lebih murah. La Duree pun boleh tahan mahal jugak. Kalau di Malaysia saya tak makan pun Macaroon sebab manis sangat. kat sini kena rasa lah. Sebab di sini lah katanya asal usul Macaroon. (Correct me if i'm wrong)


Di tengah tengah shopping kompleks Galleries La Fayette ni, boleh tengok bumbung yang cantik. Of course lah kena bergamabar sebagai bukti dah masuk dalam Galleries la Fayette. Banyak jenama terkemuka dunia. Saya ni bukan lah branded punya orang. Cukup cukup makan saja. Jadi tak berapa terkesan dengan butik butik yang ada. Kalau duit sentiasa tak habis tu lain lah cerita. Kena belanja ikut kemampuan juga. Kalau tak sesal di kemudian hari.


Pemandangan luar dari dalam Galerries La Fayette


Hujan masih di luar..


Bangunan ni cantik.. Opera House. Tapi sayang lah ada iklan besar besar tu.. terus tak nampak authentic dah building itu.


Kami menuju ke UNIQLO di bahagian bertentangan dengan Galleries La Fayette. Saja nak tengok kot kot ada yang berkenan. Thomas look around, Desmond tunggu di luar.. saya round sekejap dan keluar. Kami ambil gambar di luar dan kebetulan ada BIGBUS PARIS lalu. ni bas Hop on hop off di Paris. Kalau ambik tour satu hari dalam 29 EURO dan boleh visit 79 tempat. But tak sempat nya nak visit kalau sehari. Kami lagi lah. memang tak sempat.. so pergi a few place of interest saja.


Ok time to go.. Cuaca pun mendung semacam jer


Macam biasa lah. Kalau negara membangun sistem pengangkutan awamnya adalah bagus... jadi tak perlu kisah nak pergi mana naik train.. dan tak perlu lah drive dalam city.. Mudah guna public transportation saja. Cuma sediakan kaki yang cukup kuat dan bertenaga untuk berjalan sepanjang hari.


Perhentian seterusnya, tempat yang wajib singgah kalau datang ke Paris.. - ARC DE TRIOMPHE.. Berhenti di station CHAMP ELYSSEES CLEMENCAU


Arc De Triomphe ini terletak kat tengah tengah roundabout.. kalau nak pergidekat kena lalu underground tunnel.. Kami malas nak lalu underground tunnel tu sebab just nak ambil gambar dari jauh jer. Hujan masa ni jadi tak berapa selesa nak berjalan dalam keadaan cuaca tak menentu..Arc De Triomphe ni ialah arca kemenangan yang dibina oleh Napoleon Beonaparte pada tahun 1800,. Siap ada tulis nama perang yang mereka menangi ketika Napoleon memerintah. Bawah Arc De Triomphe ni pula ada kubur tentera tentera yang mati masa perang dunia pertama. Grave of the Unknown Soldiers.


Sebenarnya boleh naik atas tu. Tapi kami tak naik. Nanti lah next time saya datang Paris lagi kena naik dan tengok Suasana Paris dari atas tu.. Boleh tengok Jalan yang dinamakan Champ De Elyssees dari atas. Agaknya sebab cuaca sejuk jadi tak ramai pelancong masa ni. Boleh lah nak bergambar sesuka hati. kena hati hati ya nak ke tengah jalan tu.. sebab kereta adalah banyak.


Ni ialah sebatang jalan raya sepanjang 2 km yang mana kiri dan kanan nya ada kedai barangan mewah. Yang saya perasan butik LV nya bertingkat tingkat. Kami tak lalu dan jalan jalan pun sebab hujan. Cukup sekadar bergambar saja lah. Sibuk betul jalan raya ni..


Avenues Des Champ Elyssees


Dari Train Station Champ Elyssees Clemencau kami naik train menuju ke La Defense Station. Tempat di mana kami menuju ke Penginapan budget kami, Hotel Ibis di area Courbevoie. Masa di train station La Defense saya beli Pisang harga 2 Euro. Besar betul pisangnya.. boleh lah makan malam nanti alas perut.


Dalam kebasahan kami berjalan.. Hanya Thomas yang bawa payung.. nasib coat yang saya pakai ni memang kalis air,, dan ada hood.. Cuma tangan lah kesejukan.. sepatutnya pakai sarung tangan tapi kalau pakai sarung tangan tak dapat nak capture photo pulak.. so sanggup sejuk ni.. miss my NX300.. huhu.. Direction dari La Defense menuju ke Hotel quite confusing.. Kami tanya local dan selepas 15 minit berjalan, baru kami jumpa..


Thanks Thomas sebab tolong book kan hotel ni.. Rate 45 Euro satu malam.. Jadi sorang dalaam 15 Euro. Hotel Budget macam ni pun dah ok.. for one night only.. Boleh book di website ibis hotel. Area Hotel di La Defense, salah satu attractions place jugak di Paris.


Jom kita lihat macam mana rupa biliknya


Bilik yang kami booking ni ada dua katil double decker.. just nice untuk 3 orang.. saya ambil katil atas.. saiz bilik quite kecil but adequate lah for a night..


Yang nice sebab pemandangan hotel kami menghadap Seine River, sungai di Paris yang ada jambatan tempat orang bercinta gantung mangga dan kunci mangga pastu kunci tu campak dalam sungai lambang cinta yang tak akan terlerai kononnya. pastu balik dari travel bercerai berai camano tuh. Propa semuanya. haha.. so kami dah dapat bilik . Time to rest, mandi dan solat. sebelum malam nanti keluar semula untuk menjejakkan kaki buat kali pertamanya di EIFFEL TOWER..

*To be continued..

EUROPE TRIP DAY I - EIFFEL TOWER AT NIGHT & HARD ROCK CAFE PARIS

$
0
0
Connexion de la derniere entree..

Tiba-tiba speaking French ni. Padahal ambik kat Google translate jer. maksud ayat di atas - 'Sambungan daripada entri sebelum ini..'. Seronok bila berjalan tempat orang boleh belajar bahasa mereka. Tapi tahu yang basic basic je lah macam 'Bonjour', 'Merci', 'bon apetit' dan etc etc.. nak terer bahasa tempatan at least setahun kena duk sini ngan local.. setakat datang satu malam memang tak dapek nak menolong lah..ok kat mana kita tadi??

Oh ya. Daripada Ibis Hotel area Curbouvie dalam jam 8pm kitorang dah bersiap siap untu keluar seula.. nak menuju ke Eiffel Tower. nak tengok sendiri eiffel tower macam mana rupanya di malam hari.. Lampu mesti cantik kan kalau malam..


We took the train from La Defense Station menuju ke Station Bier Hakiem. kami dah siap siap ambik 2 days pass untuk naik train di Paris so naik je lah selagi mampu. mana mana line pun tak kisah. diorang memang centralized kan tiket tu tak kira train jenis apa pun korang naik.\. Perut lapar jugak sebenarnya tapi masa kat hotel tadi ada alas perut makan pisang yang dibeli di stesen La Defense sebelum Check in Hotel. 


Stesen Bier Hakeim ni memang popular lah. sebab ni lah stesen visitors and tourists akan turun untuk mengunjungi Eiffel Tower. Ikut jer sign board yang ada. Keluar dari kawasan tren ni, then berjalan lah ikut sign board yang ada untuk enuju ke eiffel tower. kalau tak tahu sangat tanya lah local kat sini. maybe diorang pun tak reti cakap english tapi sebut jer eiffel tower mesti diorang faham.


Dan dari kejauhan kami dah mula nampak Eiffel tower yang bersinar sinar keemasan disinari cahaya lampu.. terus kaki melangkah semakin laju untuk mendekati menara istimewa ini. Satu dunia bercakap pasal Eiffel Tower, now i'm on my way to witness it in front of me. For the very first time!!


Subhanallah. Indahnya pemandangan ni. Kmai berjalan pun tersekat sekat sebab duk asyik ambik gambar. Berapa shot nak ambik kan. Tambah pula my nx300 rosak. lense jatuh berderai. so ambik gambar guna Iphone 6 Plus sahaja. Alhamdulillah kualiti gambar boleh tahan.. Cantik juga under low light. Noise tak banyak. tak lah sama macam kualiti DSLR tapi as a backup, this is well enough!!:)


Orang ramai lalu lalang time duk ambik gambar. peduli lah kan. janji dah sampai Eiffel Tower. Bukan senang nak dapat pengalaman ni.. 


Masa kami ambik gambar ni actually jauh lagi dari Eiffel Tower. Tak sampai pun lagi. Tapi dah berhenti lama dah untuk sessi photoshoot. 


Sesekali menara eiffel ni flickering.. berkelipan lampu lampu.. ada video aku ambik.. cantik jugak.. lampu tu flickered around the tower.. kalau ada skali ngan music mesti lagi best.. seronok lah tengok menara ni.. ada tarikan tersendiri yang memukau jiwa dan ragaku..


The Eiffel Tower (French: La tour Eiffel, [tuʁ ɛfɛl]) is an ironlattice tower located on the Champ de Mars in Paris. It was named after the engineer Gustave Eiffel, whose company designed and built the tower. Erected in 1889 as the entrance arch to the 1889 World's Fair, it was initially criticised by some of France's leading artists and intellectuals for its design, but has become both a global cultural icon of France and one of the most recognizable structures in the world.[1] The tower is the tallest structure in Paris and the most-visited paid monument in the world; 6.98 million people ascended it in 2011.[2] The tower received its 250 millionth visitor in 2010.[2]



The tower is 324 metres (1,063 ft) tall,[2] about the same height as an 81-storey building. During its construction, the Eiffel Tower surpassed the Washington Monument to assume the title of the tallest man-made structure in the world, a title it held for 41 years, until the Chrysler Building in New York City was built in 1930. Because of the addition of the aerial atop the Eiffel Tower in 1957, it is now taller than the Chrysler Building by 5.2 metres (17 ft). Not including broadcast aerials, it is the second-tallest structure in France, after the Millau Viaduct.


Lokasi Eiffel tower ni di area Cham De Mars..di ambil nama sempena engineer nama Gustave Eiffel, yang bertanggungjawab design dan bina bangunan ni. Tower ni paling tinggi di Paris dengan ketinggian 324 meters. alahh. Menara KL kita lagi tinggi 335 meters. Nak tahu lebih lanjut pasal eiffel tower ni gugel saja lah. wikipedia kan ada. hehe..


Di bawah Menara Eiffelada board iklan ni. banyak reminder yang ada. antaranya jangan beli souvenirs dari street vendors. Pasal pickpocket dan macam macam lagi. Untuk safety reason. memang aku dah dengar banyak dah kes di Eiffel Tower ni. untuk langkah keselamatan jaga lah barang barang anda sebaiknya.


Kami beli juga keychain Eiffel Tower 5 ketul pada harga 1 Euro. Abang kulit hitam yang jual tetepi jalan ni. beli lah kalau korang yakin. sebab kalau beli atas menara eiffel harga mesti mahal punya. terpulang pada korang lah. kalau rasa tak selamat dan takut kena pau baik ignore saja. 


On the way back menuju train station Bier Hakeim. Cantik kan bangunan kat Europe ni. ada seni tersendiri. tak sama lah dengan tempat kita. They preserved their building dari dulu.. bangunan kita ada juga yang cantik tapi bangunan baru.. nak bangunan lama boleh gi Melaka atau Pulau Pinang. Malaysia pun hebat ya. :)


Dari area Champ De Mars, kami nak menuju ke Hard Rock cafe Montmarte Avenue. Direction nak menuju ke sana sila turun di train stesen Richielieu Drouot . Then dari situ keluar dan sila research sikit lah arah mana nak di tuju yer. Quite tricky kalau tak biasa cari.


Yang nak membeli souvenirs dan shirt hard Rock ni hanya lah aku sorang jer. sebab memang collector Hard Rock Shirt dan Merchandise. Desmond dan Thomas tak masuk pun. they wait outside. and cuaca masa ni hujan lagi.. hujan rintik rintik. Masing masing dah kelaparan.. tadi nak makan di area eiffel tower macam takder restoran yang menarik. so kami datang ke Hard Rock Cafe dulu. dah beli apa yang patut kami terus cari tempat makan. banyak yang dah tutup sebab dah 11pm..


Singgah makan di Restoran Pizza. Servis lembap gila.


Then lepas makan terus kami nak mmenuju balik jer lah ke Hotel Semula.. Malam takder apa kami nak buat sebab masing masing dah penat seharian berjalan.. just terpikir nak tidor je lah ni.. sign board Metro ni memang old school. Thomas kata tu signboard lama. memang diorang kekalkan macam tu.


Train Station Richielieu Drouot . Menuju ke La Defense Station


27.95 + 27.95 +18.65 = 74.55 EURO


Sampai di Ibis hotel dah jam 1am.. memang sampai jer hotel terus masing-masing salin baju dan tidor.. aku duk mengira budget yang habis hari ni dan entah jam berapa aku terlelap.. sedar sedar dah subuh.. hari kedua di Paris, France pun menjelma..

Bonne Nuit!!!

*to be continued..

EPITOME

$
0
0
The thing i HATE the MOST about YOU -

You make me LOVE you.
Viewing all 170 articles
Browse latest View live