Quantcast
Channel: [A].[X].[I].[M].[U].[D]
Viewing all 170 articles
Browse latest View live

FOOD REVIEW : HAMEEDIYAH RESTAURANT NASI KANDAR

$
0
0
(Sambungan dari entri sebelum ini..)
 
Selepas dah selesai Check in di Wassup Youth Hostel, kitorang terus keluar nak cari nasi kandar pulak. jalan kaki sahaja di area Georgetown ni. Mula-mula nak makan ais tingkap sekali tutup pula.. nak makan Cendol Teow Chew tudiaaa beratur panjangnya ya rabbi. ramai runners nak makan cendol ni. haha.. meriah pulak rasa bila tengok ramai runners membanjiri area georgetown..


 
Tengah jalan-jalan nak menuju ke Hameediyah Restauran terserempak group georgeous runner - Ridwan, Aizulatamir Azman dan Am. Diorang pun tengah nak gi cari makan jugak.. masa ni hujan rintik rintik dah.. boleh stop tengah tengah jalan nak ambik gambar.. habis traffic jammed laluan.



Ni idola aku. Ridwan. Dulu berat dia 100 ++ kg. kemudian dia berazam nak kuruskan badan. dalam 8 bulan dia kurang 30 kg! mantap!! aku mula mula kenal dia baca dalam blog Kevin Zahri. nampak perubahan yang mantap!! sekarang dah jadi kawan pula bila selalu join event larian. Dia pun dah jadi model sambilan sekarang.. how fitness can change his life drastically. salute lah!! sekarang bab bab fitness banyak juga aku tanya dia. especially bab nak jaga makan.. Hopefully ko akan terus maintain fit ya! sama-sama kita berusaha. entah bila aku nak dapat figure cantik. it takes time kan. sabar dan teruskan berusaha. Insya Allah pasti berjaya.
 
ehhh dah melalut banyak sangat dah ni. Kat mana kita tadi??
 
Oh ya. Nasi Kandar Hameediyah!


Kami pun datang lah ke Restoran Hameediyah. Pun ramai orang jugak.. mujur ada satu lagi kedai nya di hadapan tempat untuk makan.. memang laku lah perniagaan diorang nih!! Di hameediyah aku suka murtabak dan ayam kuah ros nya. sedap..!
 
Hameediyah Restaurant
Address: 164, Lebuh Campbell, Georgetown, 10200 Pulau Pinang
Phone:04-261 1095

Open · 10:00 am – 10:30 pm
 

 
Masa kitorang masuk meja ni orang baru bangun. so terus cop kan tempat dan sorang-sorang gi order ambik makanan. ni kiranya makan terakhir sebelum balik ke bilik untuk berehat dan tidur.. pantang nampak kamera masing-masing terus berpaling dan senyummmmm.. 


Ni aku punya. tak ambik nasik. ambik lauk saja..
 

ni Gme punya.. tudiaa nasi setimbun!!

 
Ni romzy punya. ada lauk udang gituhhh..


Ni kak Tie punya. Tema telur teluran jer. ada telur ikan dan telur sotong serta telur masin


Ni mizan punya. tak paham gak aku dia ni makan apa.. sikit bebenorrr 


Let's makan-makan!!


Sempat lagi Gme beri pose ayu dan seksi buat peminat peminat beliau


Sampai jam 5.20 pm jugak kitorang melepak kat sini. plan asal jam 5pm nak gerak balik dah berehat. takpe lah terlebih sikit cut off time. Dari restoran ni masing-masing terus balik ke sarang. Take time to rest pulak sebab malam ni jam 11pm nak kena ambik shuttle bas dah menuju ke Second Bridge Base Batu Maung.. Shuttle bas di KOMTAR. Aku, Kak Tie dan Romzy bergerak balik ke area KOMTAR sebab hotel dekat-dekat.. Gme, Mizan dan Kak Nunny gerak ke arah bertentangan.. Jumpa malam nanti saja lah di Garisan permulaan!!
 
*to be continued..
 

DARI DAPUR AXIMUD : GRILLED SALMON & GRILLED VEGIE

$
0
0
Assalamualaikum..
 
Lamanya Dari Dapur AXIMUD tidak bersiaran.. Sekarang siaran nya disambung kembali sebab tuan punya blog dalam mood rajin memasak sejak dua tiga menjak nih.. Maka di hari Jumaat yang berbahagi ini, hari cuti di sini, jom kita masuk dapur.
 

Tengok dalam peti stok ikan salmon masih ada. stok sayuran pun banyak lagi. Bukan susah sangat nak masak bila bahan bahan semua dah ada. tinggal rajin atau malas sahaja. Minggu ini mungkin minggu Ikan. Beli ayam lah pulak minggu depan. nanti bosan pulak asyik makan yang sama saja.


Ikan terlebih grill. hangit sikit bahan perapannya. Untuk bahan perapan ikan aku ambik rempah McCormick saja. dah siap ada sesoning lemmon pepper, and rosemary. gaul dengan ikan, grilled atas frying pan. Untuk Vegie (asparagus, Tomato dan Bawang) just grilled kosong. letak minyak zaitun sikit. Dah siappp!! boleh hidang dan makan.

 
Bila masak salmon, aku akan masak sekejap saja kat luar. supaya tak well done di dalamnya. kalau masak semua isi akan jadi dry. tak juicy. tak rasa manis ikan. biar raw sikit kat dalam baru sedap makan ikan salmon. atas citarasa masing masing lah. Kebanyakan orang memang makan mentah jer pun ikan salmon ni. aku masak separuh macam ni kira ok dah. And kalau korang perasan masakan ni simple dan menyihatkan. sedap asparagus!! i like!! 
 
Ok jom kita makan!! Sekian dulu dari Dapur AXIMUD. Bertemu lagi di rancangan akan datang.
 
Nanti aku share gambar resepi lain pulak.
 
Insya Allah.

*Jumaat kali ini rest di rumah. dan mengemas apa yang patut. a lot of things to do kat rumah. banyak barang nak buang. thanks Mak, Kak Ija dan angels datang tolong kemas rumah. i love you guys so much!! Sedap kan Magnum Gold? heheheee..(atas orang faham..)

GONE BUT NOT FORGOTTEN

$
0
0
'Kau lupakan sahaja aku. Anggap aku tak pernah wujud, Antara kita cuma sandiwara dan gurauan semata. Aku janji aku takkan kacau hidup kau lagi!!'
 
Kelakar.
Siapa kau untuk tentukan apa yang ada dalam rasa di jiwaku? Hati ini milik aku. Bukan kuasa kau untuk cabut rasa yang ada seeolah ianya mudah dengan hanya melepas bicara. Sekelumit apa yang tersisa, jangan kau pohon dan paksa lagi agar ianya pergi. Cukup dengan segala mungkir bahagia yang terbina, mudah-mudahan di kehidupan yang lain bahagia itu akhirnya akan tetap jadi milik kita.
 
*Ini adalah bahagian dalam diri aku yang kau tak akan pernah dapat rampas dari aku!!

SAMOSA SEDAP SEBELAH MYDIN PENANG ROAD

$
0
0
Di Penang, saya sangat suka dengan Samosa di sini. sebab intinya adalah banyak dan berempah sedap. Ada banyak lokasi jual samosa di Penang. Antara lokasi yang paling saya suka menyinggah ialah di stall samosa sebelah Mydin Penang Road. Masa ke Penang untuk Penang Bridge International Marathon last week sempat lah menyinggah di gerai ini.



Senang jer nak cari. Lokasi betul betul sebelah mydin. Depan Balai Polis depan Chowrasta market. depan dengan Line Clear Nasi Kandar. Konpem boleh cari lah sebab takde dah stall lain jual samosa depan ni. 


Harga satu samosa ialah RM1. ada banyak inti boleh pilih - Ayam, Daging, Telur, Sardin.. Biasa kalau beli mesti 5 bijik. Sedikit pedas kalau yang tak tahan pedas. tapi memang sedap. at least untuk tekak aku ni aku recommend lah pada korang untuk cuba. No harm of trying kan. Actually di stall ni bukan jual samosa sahaja. ada lagi kuih mamak yang lain.. yang aku tak pernah try pun ada. 

Selamat makan samosa!!

RACE REPORT : PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2014

$
0
0
Akhirnya setelah seminggu PBIM2014 berakhir maka hari ini baru berkesempatan untuk tuan punya blog nak buat race report.. perlukan tumpuan dan masa ya. nak edit gambar lagi. nak cari idea lagi. Ok tak mau cerita panjang, jom kita layan laporan Penang Bridge International Marathon 2014. Layannnn.. Zasss..
 
16 NOVEMBER 2014
 
Terjaga tidur jam 10pm.. memang layan lah dapat tidor dalam 2 jam.. petang sebelum nya makan di Restoran Hameediyah, kemudian balik Hotel tidur dan rest..Pukul 10pm dah bangun sebab nak bersiap siap untuk kejar shuttle bas di KOMTAR. Full Marathon Men Open akan start pada jam 1.30am. Manakala untuk Kategori Veteran jam 2am.. Half marathon pula jam 3.30am. Untuk tahun ni organiser awalkan waktu lari berbanding tahun lepas.
 

Persiapan baju acara


Dah selesai bersiap-siap, buat air kopi o secawan.. lapar lah jugak terasa. samosa penang road ada lagi 2 bijik. so makan sebijik inti ayam.. pedas.. takut juga sakit perut nanti. harapannya semoga ok ok saja..janji dengan Romzy nak tunggu jam 11pm di KOMTAR. Kak tie pun dah siap-siap so moh lah kita..


Meriah tangga hostel wassup ni. kalerful!!


Kami pun ke KOMTAR untuk beratur ambik shuttle bas. Orang dah ramai. que pun dah panjang. Cari Romzy tak jumpa. Rasanya dia dah pergi dulu.. senang naik bas saja ke jambatan kedua pulau Pinang. tak perlu nak susah-susah cari parking..Dari dalam bas nampak lah keindahan jambatan kedua Penang macam dalam gambar di atas.. wow so beautiful.. jambatan lama takde pulak sistem penataan cahaya macam ni..


Banyak shutlle bas disediakan oleh organiser


Sampai-sampai jer di starting point, terus terjumpa abang Dee.. My wife punya cousin. Abang Dee ni pun memang kaki lari. Geng lari di Penang kenal lah sama ngan dia. last jumpa dia masa Penang Ultra bulan September yang lalu. Abang Dee pun join yang tu jugak. dia buat 50KM. kira ultra runner jugak lah.. ni aku ambik gambar ngan geng-geng dia.


First time juga aku terjumpa ayie. biasa komen komen kat Facebook saja. yang lain-lain tu aku tak kenal. geng dia lah. Runner always friendly. senang nak berborak. senang nak buat kawan juga.


Orang dah mula membanjiri kawasan starting line


Bergambar lah dulu bila dah jumpa kawan-kawan.. Ramai yang join PBIM2014 ni. i mean, ramai yang aku kenal join. ramai lagi yang aku tak kenal join. Miza, Romzy, Azman, Taufik, Hafeez amin, Lisa, Nelly, Aizat, Ridwan and many more!! Penyertaan kali ni sampai 60 ribu orang. memang buat duit sangat lah organiser. Tapi sad to say they dont really capable to catter 60 ribu peserta. Dari masa ambil racekit lagi dah boleh nampak keserabutan dan tak teraturnya organiser kali ini.


Thanks Kah Wai for this wonderful shot!


Terjumpa Abang Shah juga. Dia buat Full Marathon. Apalah sangat FM sebab dia dah ironman. Waktu flagoff tak sama sebab dia kategori Veteran. Kitorang jam 1.30am. Dia jam 2am.. Good luck to you doc!! tak sempat nak luang masa makan sama-sama. tunggu aku ke Kota Kinabalu lagi lah ya. :)


Watu hampir jam 1.30 am. sebelum flagoff ada persembahan bunga api dalam 7 minit.


Dan Peserta Full Marathon Men Open pun dilepaskan.

Target aku nak lari tak berhenti sampai km30. member Runner yang otai-otai selalu pesan supaya lari jangan stop at least sampai km30. then baru lah kalau nak jalan laju-laju atau nak berhenti sekejap-sekejap.. So for the first 15 km maintain lari jer.. even aku tak berhenti pun ambik air di water station. Malas nak minum awal-awal kang penuh perut susah pulak nak lari. lagi pun memang aku ada bawak air sendiri. so tak gaduh lah nak ambik air di water station.

The day before the race, actually kaki aku sakit. seliuh masa main tennis. nak jalan pun payah. tapi buat tak tahu jer. tanak ikut sangat rasa sakit kaki kanan ni. Then romzy kata just lari jer. Insya Allah masa lari sakit tu hilang. So i took his advice. sebab sayang kalau nak DNF. and suprisingly memang betul. bila lari sakit tu hilang. maybe after race akan sakit tapi at least tengah lari ni tak sakit ok lah..janji dapat habiskan larian.

ok sambung balik.


Masa di KM12 atau pun 13, Nahrizul tepuk aku dari belakang.. wahh laju dia sekarang.. even dia buat 5 jam 6 minit.. sangat banyak improvement dari last year.. hebat! You are one living proof yang membuktikan usaha tangga kejayaan. Last year dekat 7 jam dia buat. tahun ni dah nak sub5.. Tahniah nahrizul!

Masa di KM15 pula, terserempak denganSuhirman dan Khidir. Masa ni kelakar sebab kitorang kononnya laju duk ligan pacer 4.30. bab pacer satu hal lagi - berterabur. ada pacer 4 di belakang.. pacer 5.30 kat depan. mana satu betul pun tak tahu. so tak ikut pacer. layan pace sendiri saja. Sebelum jumpa Suhirman dan Khidir ni pun ada bertembung juga dengan Gme dan Mizan. masing-masing laju so memang dah ke depan dulu lah.. Terjumpa jugak dengan Azlan.. First time jumpa Lan masa Borneo Marathon. sekarang dah jadi kawan.
 
U-Turn di KM21.
 
Sebelum sampai u-turn tu di belah kanan jalan nampak lah runner yang laju laju. sempat bertepuk tangan dengan Rashid. nampak khalil juga. Shamroslee. dan ada lagi a few runners yang lain. lambai lambai dan keep beri sokongan to each other. Masa aku buat u-turn di KM21, Clocked 2 jam 35 minit. Nampak Nikli pula... sebelum sampai di KM22, perut meragam. singgah di tandas sebelum pancutan bomba tu. and di tandas tu lah buang banyak masa. setengah jam dah habis kat situ. Bila dah berhenti lama, maklum sajalah nak start balik memang agak malas lah. Tapi kena teruskan. so aku slow slow start balik.. ini lah padahnya makan samosa sebelum start marathon tadik. (aku rasa lah..)
 
Lari lagi sampai KM23.
 
Tengah lari Romzy tegur dari belakang. Dia memang biasa lah laju.. sub5 tu makanan dia lah. walau dah veteran kan. kalah aku yang muda ni. sapa suruh training malas kan. tu yang slow. memang slow pun pace aku waktu ni. sebab Kaki dah mula rasa sakit. (Alasan, alasan dan alasan!! kalau training rajin takde lah nak encounter sakit macam ni). Aku decide untuk teruskan langkah walau macam mana sekali pun..

Sampai KM30.
 
Aku follow pacer sub 6. Pakcik tua jadi pacer. dia tak berlari sangat pun. just jalan laju jer. with that pace pun boleh dapat sub 6. so aku ikut lah dalam 3 km jer sempat.. then berhenti untuk solat subuh sebab waktu dah jam 6.30 am.. nak masuk waktu syuruk dah. berhenti tepi jalan ambik air mineral mana yang ada untuk ambil wudhuk. tengah nak solat ada sorang brader join. semayang sebelah aku. aku ada bawak beg kecil kat belakang. isi kain pelikat dan power bank. Alhamdulillah berguna.


Selesai solat subuh sambung lari lagi. terserempak dengan Lisa. Dia pass me by. you go girl! mantapp..makin improve larian Lisa sekarang..tengah aku lari terserempak dengan Sam, Kawan Nikli yang aku jumpa first time masa ke Miri last Month. masa pergi Miri tu sempat kitorang lari sama-sama 12km di Miri.. training untuk PBIM ni lah kiranya diorang pun. Tak sangka terserempak kat sini.. Sam buat first time FM macam Nikli jugak. Bila aku ajak lari, dia tak nak dah. dia kata nak jalan jer sampai habis.. tak larat dan dah malas.. so aku ambil keputusan untuk bersembang dengan dia. sambil jalan laju laju.

 
Mujur ada member tolong ambikkan gambar.. :p

 
Sempat menyaksikan Matahari terbit dari atas Jambatan Baru Pulau Pinang.. Dari segi water station aku takder masalah.. semua cukup.. terlebih lebih lagi airnya. ada roti yang disediakan aku tak suka.. tak lalu nak makan.. makan pisang jer di KM30 tadi.. Energy gel dan power bar memang aku tak makan. tak suka.


Oleh kerana pace santai, maka nya bergambar lah selagi sempat


Tengah tengah sampai kat cerucuk yang menjadi mercu tanda pulau Pinang ni, Kak Tie telefon.. risau katanya sebab aku tak sampai sampai lagi.. Suhirman dan Khidir dah sampai masa ni. tadi sebelum aku pergi tandas di KM22 tu aku pintas diorang. so diorang ingat aku by right dah sampai. no no no. aku jauh terkebelakang lagi. Thanks my sis for checking up on me. dia kol takut aku injured atau apa apa. sebab masa sebelum lari memang kaki dah sakit. takper, am doing fine. cuma sangat santai lah masa ni. matahari pun dah mula meninggi..


Di area ni keadaan sangat sesak dengan peserta larian 10 km dan 5 km fun run. serabut sangat rasanya. nak lari pun susah. so i decide to masuk ke laluan motor di sebelah kiri. ramai pelari FM pun masuk lorong ni sebab tak nak berserabut dengan pelari 10km yang snagat lah ramainya ya rabbi. aku tengok pun diorang siap takleh lari pun. berhimpit ramai ramai macam tu.. entah lah apa yang organiser pikir.. diorang pun tak expect kot keadaan akan jadi macam ni.

Then aku teruskan berlari sampai garisan penamat.. ternampak didi dan zeus king memberikan semangat sebelum sampai finishing line. Nak gambar cantik di Finishing line? Jangan lah kau bermimpi di siang hari. Sebab yang habis FM, HM dan 10 KM takder separation pun di finishing line. so memang serabut dan penuh dengan orang. sangat lah tak selesa dan tak menyenangkan. Sampai sampai jer aku terus nampak kak tie, Gme dan Khidir tengah cakap apa ntah ngan organiser. They congratulate me for finishing the race and i was so happy dapat nampak diorang. actually diorang pun memang tengah tunggu aku pun.. so aku setelkan hal nak ambik finisher medal dan Finisher tee dulu..


Nak ambik Finisher Tee dan Finisher medal pun ada masalah jugak. Boleh siap diorang nak bagi dua tiga medal. kalau aku tak jujur memang dah belasah lah ambik medal 5-6 bijik bagi kat orang kampung. tapi kerana aku telah diajar oleh rakan runners supaya menjadi runners yang berintegriti, so aku tak ambik lah. Mamat yang beratur depan aku ambik 3 medal. nak bagi kawan dia yang jadi drebar all the way from KL ke Penang. aku senyum je lah. ambik lah kalau kau rasa kawan kau tu layak. Orang lain bersusah payah berlari ko senang-senang boleh 'curi' medal tu bagi kat kawan. patut lah ramai yang tak dapat finisher medal.

Oh pasal gambar di atas : Nikli orang first aku jumpa lepas dah ambik medal. Tahniah Nikli Nodin! sekalung tahniah aku ucapkan pada hang sebab berjaya tamatkan larian Full Marathon yang pertama!! good job!! congratulations!!!! (sorry sebab ambik medal hang. tak terperasan ambik lepas bergambar. hahaha)


My timing is within cutoff time. cutoff time 7 jam. aku habiskan larian 6 jam 56 minit. wahhh so teruk. malu dengan diri sendiri yang dah lari 17 FM tapi performance serupa tu juga. Ok next Marathon aku kena buat something. Proof to myself aku boleh buat lebih daripada ini. terlalu asyik sangat dengan comfort zone pun tak boleh. setakat nak habiskan larian ramai yang boleh. tapi timing pun kena lah cuba improve kan. tak salah berusaha untuk menjadi lebih baik, in fact memang kita disuruh supaya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa kan.. berusahalah azim ashaary! anda mampu mengubah nasib anda!!


Bersama enciksepul.blogspot.com yang dah malas update blog sekarang.. Tahniah dah buat dua FM.. aritu FMV dia masa Standard Chartered KL Marathon.. Abang Azuan Azmil tak sempat jumpa kali ini.. dia kalut duk balik awal. tapi memang pun. aku pun serabut dengan keadaan kat finishing line ni. Rasa nak balik awal jer. dengan keadaan becak dan tak selesa, orang punya lah ramai, nak ambik makanan boleh tak cukup, macam macam lagi lah kalau nak komen. semuanya negatif. memang tak best lah venue baru ni. aku lebih suka macam tahun tahun sebelum ni buat kat area Queensbay Mall. lebih spacious dan mendamaikan jiwa.


With Didi, member masa aku gi Brunei last month. Banyak memberikan motivasi untuk aku turunkan berat badan. dan banyak bagi tips juga pasal workout di rumah. dia pun memang jadi fitness instructor kat Brunei tu.. thanks a lot buddy!! hope to see you again later. Dia join Half Marathon kali ini.


Famoque pun ada. Join 10km. good start bro!! hope to see you again after this. Kak Tie pun dapat buat PB ya sub 3 hours dalam Half Marathon. Tahniah!! nanti kita celebrate. Tahniah romzy buat 5 jam.. Gme 5 jam setengah. Taufik pun sampai 8 jam. at least siap kan. Alhamdulillah. Dan semua yang dapat habiskan larian, tahniah aku ucapkan!!


Kitorang lepak bawah jambatan sebab cuaca panas sangat. Kali ni memang tak jumpa ramai member. Kedaan berserabut macam ni memang susah nak jumpa kawan. 60 ribu peserta. Rekod katanya. Tapi apalah guna nya rekod kalau tak diuruskan dengan baik. hopefully penganjur akan buat post mortem dan do something about all of the complaint this year. supaya tahun depan keadaan jadi lebih organise. Ramai aku tanay tahun depan nak join PBIM lagi tak? semua kata tak nak dah kalau buat kat sini lagi. Terpulang lah kat korang. korang yang bayar korang yang sendiri paksa rela nak lari kan. takder orang yang suruh. Choose wisely then.

 
Ini adalah Finisher Tee dan Finisher Medal untuk Penang Bridge International Marathon 2014. TaHun ni kaler tee hitam. aku suka kaler ni! tahun lepas kaler oren. design sama jer.. macam ni jugak. cuma kaler lain. whatever it is, aku gembira dapat habiskan larian walau dalam keadaan tak berapa ok. nak DNF macam tak best so lari jer lah. Kepada semua kawan-kawan ku yang terlibat dengan PBIM2014, Congratulations again!! See you guys in next event insya Allah. Maaf ada yang tegur aku tak berapa cam.. yang penting keep in touch ya!!
 
Ok dah.
 
Tu jer race report kali ni.
 
Bertemu lagi kita di event akan datang! :)
 
*naik shuttle bas balik ke Hostel di area KOMTAR.. Berjaya check out lewat sikt jam 1pm..so sempat lah tidor sejam..best dapat tidor!! then kami gi makan ke restoran Deen Nasi Kandar Jelutong. Then hantar Gme & Romzy ke Airpot, pastu kitorang gerak balik ke KL. kalau rajin aku buat entry lah episod last di Penang.

RINJANI, MU TUNGGU AKU DATANG!!

$
0
0
Bismillahirrohmanirrohim..
 
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Gold Coast Australia menaiki Air Asia X pada Awal September 2014 yang lalu, Pilot memberi sedikit penerangan tentang pemandangan di sebelah kanan Kapal Terbang. Waktu itu aku sedang menonton movie 'The Curious Case of Benjamin Button' dari tablet Blackberry. Perjalanan 8 jam lebih, tu yang sempat layan 2-3 movie. Aku pause sekejap movie dan tengok apa yang ada di bawah sana..
 

Di sebelah kanan pesawat ialah Gunung Rinjani, kepulauan Lombok Indonesia. Merupakan active volcano, merupakan Gunung yang aktif volcano kedua tertinggi di Indonesia. Terpegun seketika aku melihatnya. Tergamam.. Bungkam.. dan tanpa sedar ada air mata mengalir. Kerana berasakan diri ini begitu kerdil ya Allah. dan juga kerana betapa indahnya alam ciptaan Mu ya Allah!! dalam 5 minit aku terdiam menghayati dan menginsafi kejadian diri, sebelum mula mengambil kamera nx300 untuk merakamkan detik yang indah ini..


Mount Rinjanior Gunung Rinjani is an active volcano in Indonesia on the island of Lombok. Administratively the mountain is in the Regency of North Lombok, West Nusa Tenggara (Indonesian: Nusa Tenggara Barat, NTB). It rises to 3,726 metres (12,224 ft), making it the second highest volcano in Indonesia.
 
On the top of the volcano is a 6-by-8.5-kilometre (3.7 by 5.3 mi) caldera, which is filled partially by the crater lake known as Segara Anak or Anak Laut (Child of the Sea) due to blue color of water lake as Laut (Sea). This lake is approximately 2,000 metres (6,600 ft) above sea level and estimated to be about 200 metres (660 ft) deep; the caldera also contains hot springs. Sasak tribe and Hindu people assume the lake and the mount are sacred and some religion activities are occasionally done in the two areas.


Speechless sangat dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah dari aras ini.. Subhanallah!! dan actually memang dalam perancangan tahun depan aku akan memanjat Gunung Rinjani.. dan itu adalah satu sebab lagi kenapa aku begitu terharu bila melihat mount rinjani dari atas pesawat. Terus dalam hati berkata, Tahun depan dengan Izin Allah aku akan menjejakkan kaki di sini!
 
Insya Allah.
 
Rinjani, Mu tunggu aku datang!!
 
''Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.''
 
(qs Lukman 31: 10) .

FOOD REVIEW : RESTORAN DEEN NASI KANDAR JELUTONG, PENANG

$
0
0
 
Okay.
 
16 NOVEMBER 2014
 
Sambungan daripada entri race report Penang Bridge International Marathon. Lepas lari balik naik shuttle bas ke KOMTAR dan balik ke bilik untuk rest dan bersiap siap check out.


Sampai Hotel Wassup ni dalam jam 10am.. so aku cuba mintak pada pengurusan hotel untuk late check out jam 2pm.. dia tak bagi.. katanya sampai jam 1pm sahaja. so ok lah jugak. at least ada masa nak rest dan tidur.. so aku terus mandi dulu then terlena atas katil. tak sedar kan diri dah. Penat lari 42 km tak habis lagi. Terjaga dah jam 12.15pm. Tu pun Kak Tie kejutkan.. terus mandi lagi sekali dan siap-siap untuk check out jam 1pm.

 
Wajib bergambar di tangga ni sebab kalerful!


Hostel punya bilik semua di tingkat satu. di atas. Area bawah siap ada living room dan tempat main pingpong , Snooker pun ada. gambar atas ni acah acah saja. mana lah aku terer main snooker. tak pernah minat pun. Banyak game lain lagi yang best. hehe. Tapi mana tahu nanti bila dah makin meningkat umur akan try main mender ni pulak. we will see. Manusia boleh berubah ikut keadaan dan situasi. Jadi tak hairan pun kalau ada orang sayang kita hari ini, tiba-tiba esok dah tak sayang. Hari ini boleh ada dengan kita, esok tiba-tiba dah menghilang. Sungguh. Aku tak hairan. ehhh tiba tiba melalut soal hati pulak apa kes. takde kena mengena kan.
 
Ok sambung balik.


Tempat parking adalah payah di Hostel Wassup ni. Actually ada satu kawasan lapang berhampiran hostel tapi kami tak parking area situ.. takpe lah park jauh sikit.. dekat dengan hotel sovereign tempat Romzy menginap.. so plannya akan gi ambil dia dulu ni untuk lunch sama-sama.. dia check out jam 2pm nanti. so ngam-ngam soi lah masanya. Azab ya nak berjalan masa ni. sebab kaki mula bengkak . kaki kiri pulak buat hal. kaki kanan dah okay.


Tengah tunggu Romzy keluar dari Hotel nampak lah Hafeez. Rupanya hotel dia sebelah hotel Romzy. dekat-dekat jer. masing-masing pakai Finisher Tee lah. Rugi tak pakai. Dah penat-penat lari pakai lah sebagai bukti dan reward usaha gigih menamatkan larian. Nice to meet you hafeez! see you in Singapore next month Insya Allah..


Soalan paling susah sekali ialah bila tanya nak makan kat mana.. tapi di Penang ni banyak pilihan so takde lah masalah sangat. Ambil Romzy dulu di Hotel Sovereign Lebuh Kinta. Then pick up Gme pula di Restoran Kapitan. Tiba-tiba hujan lebat pula.. Tapi sekejap saja. so nak makan di mana? kami plan nak makan di Nasi Kandar Line Clear. Dah siap parking semua nya. jalan kaki sampai kat Line Clear punya Restoran, Orang adalah sangat ramai. Takde tempat nak duduk. So plan berubah. Kami akan ke area Jelutong saja. Singgah di RESTORAN DEEN NASI KANDAR.
 
Oh. Lupa pasal gambar di atas ni. Sempat lah kami tapau samosa depan Mydin Penang Road untuk bawa balik. memang faveret zaman berzaman.

 
Di Penang ni boleh kata kebanyakan restoran nasi kandar yang pemes akan ada istilah beratur. so ramai juga beratur nak makan. maklum lah weekend. dan penang menerima kunjungan runners yang ramai. so what to do kena beratur lah jugak.. takde lah lam asangat. aku dan Romzy tunggu di Meja. Kak Tie dan Gme order makan.


Taufik pun ada sekali join. lagi ramai lagi meriah..

 
Mula-mula ingat tanak makan nasik dah. tapi takpe lah. Nasi tak bersalah kan. so ambil nasi separuh. ayam goreng. telur ikan dan bendi. mantap!! Restoran Deen ni dekat dengan Office lama aku dulu di Penang.. masa mula-mula kerja dulu selalu jugak lah keluar makan tengahari singgah di sini.. so for me sedap nasi kandar ni. i like. tak taw lah diorang rasa camana.


Cukup Makan Team Reunion in Penang


Begini lah rupanya nasi kandar di Restoran Deen ini Tuan-tuan puan puan para pembaca blog sekelian.. boleh pilih lah nak kuah banyak atau kuah sikit.. semua sedap sedap.. ayam goreng kat sini mantap. Boleh masuk kan dalam list korang untuk singgah nanti kalau ke Penang ya!

 
Nak bermanja ngan sapa lagi kalau bukan dengan kakak sendiri..aummmm!!


Akhirnya setelah penat berhempas pulas bersembang bual bicara kami berlima berjaya menghabiskan semua nasi yang ada dalam pinggan tanpa ada yang tak habis! nampaknya semua adalah kelaparan.. Alhamdulillah Atas rezeki yang melimpah ruah ini.. RESTORAN DEEN NASI KANDAR ni terletak di area Jelutong. macam mana nak ke sana? Gugel lah. hehe.
 
Selesai makan, kami bergerak ke Airport Pulau Pinang..
 
*to be continued..

SIMPLE KAK TIE'S BIRTHDAY CELEBRATION AT PENANG AIRPORT

$
0
0
Sambungan dari entri sebelum ni
 
16 NOVEMBER 2014
 
Dari Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong kami terus bergerak ke Airport Penang. Aku nak hantar Gme dan Romzy yang akan catch flight malam nanti.. diorang dah siap checked in. so sementara nak masuk ke balai berlepas kitorang lepak kat Secret Recipe dulu. Aku dah pakat-pakat ngan Romzy nak belikan kek untuk Kak Tie. Esok birthday dia (17 November 2014). So sambut lah awal sehari.. takder masalah pun.
 

So ini lah dianya New York Cheese Cake favourite my sister.. Beli satu slice jer pun dah cukup. kadang kek sebijik membazir jer.. tak abis makan.. dalam piring tu aku minta pekerja restoran tulis TAHNIAH PB. untuk yang tak tahu PB tu apa, PB maksudynya Personal Best. Aku tulis tahniah PB tu sebab Kak Tie buat Personal Best untuk Half Marathon dalam siri Penang Bridge International Marathon kali ini. Sub 3 hours. bawah 3 jam boleh sampai finishing line. Biasa lebih 3 jam.. berkat bridge baru kot. hehe.. Kira double celebration lah ni..

 
Tak perlu ramai pun. Cukup lah kami berempat sahaja. Terima kasih Gme dan Romzy yang sama-sama memeriahkan simple celebration ni. semoga ukhuwwah berkekalan sampai bila-bila. Same passion dan same interest, biasanya senang masuk dan insya Allah boleh berpanjangan..


Honey Lemonade itu sungguh sedap!!


Selamat Ulangtahun kelahiran kakak ku! Semoga makin jelita dan makin laju lari. Yang paling utama semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. siap ada bagi ucapan lagi masa ni sambil air mata mengalir. hehe. terharu lah tu.. apa saja untuk kebahagiaan mu kakak ku! take care ya.. ada masa kita jumpa lagi


Tiba-tiba ada satu crowd muncul. Oh geng runners jugak ya..


di Penang Airport itu


Kalau plan awal boleh lah balik naik kereta sama-sama.. tapi amsing masing dah beli flight ticket so tak dapat lah buat road trip sesama.. next time lah ya insya Allah.. so it's time to go. Diorang masuk ke dewan berlepas dan kami bergerak ke tempat parking kereta.. waktu dah jam 5pm masa ni.. lewat dah sebab aku nak kena drive balik ke Paka lagi..


Dari Penang airport terus lencong masuk ke Jambatan Kedua.. Pulang ke Kuala Lumpur dahulu hantar kak tie sebelum aku balik ke Paka. Tengah jalan ke KL singgah di hentian sungai Perak. sempat lah bertembung dengan Saiful, Shah Mo, Suza dan Nahrizul. terserempak juga dengan Zarul dan epit.. tahniah lah korang semua ya!! kaki aku sangat sakit masa ni.. berjalan pun tak stabil.. tapi sebab nak singgah solat semua segala gagahkan diri jugak lah..
 
Alhamdulillah perjalanan pulang dipermudahkan..
 
Bertemu lagi lah kita di Road Trip akan datang.
 
Sekian.

NM GALAXY 4TH SERIES : HALF MARATHON 21KM AT TAMAN TASIK CYBERJAYA

$
0
0

30 November 2014

Larian Half Marathon 21 KM di Taman Tasik Cyberjaya..

A perfect way to end my November

Full story akan di share kalau sempat.

I RUN BECAUSE I CAN!!

BULAN BARU, AZAM BARU! DISEMBER 2014 INI JADI SAKSI

$
0
0
Assalamualaikum..

Sudah 1 December.. sekejap sangat masa berlalu.. Hari ini isnin.. Permulaan hari bekerja korang lah. aku dah kerja semalam. Penat kena rush lepas habis event half marathon di Cyberjaya masih terasa.. pagi ni masuk opis macam biasa.. Hujung tahun expected nya memang busy sikit lah. banyak dateline nak kena capai.


Time lunch tadi aku sempat lah balik ke rumah. Masak lunch sendiri. Nak masak ikan salmon ni senang jer. potong sayur ambik ikan sprinkle dengan salt pepper lemon and sedikit oregano, then bake dalam oven 20 minit pada suhu 250 Degree C. So siap! setengah jam jer dah boleh makan. Ke arah healthy lifestyle, memang tak boleh lah nak makan nasik campur kat kedai. 


Time malam pula sibuk lah dengan resepi Baked Chicken ni. Ambik oat dan Cornflake, hancurkan. pecahkan telur sebijik. gaul ayam dalam telur, pastu golekkan atas oat dan cornflake tu. Then bakar. konsep nak eating healthy ni mudah jer sebenarnya. elakkan menggoreng yang deep fried tu. Kukus, panggang, steam, dan rebus. 


Inspired dari Buku resepi 'Fitness Food Made Simple' by Abang Arfiam Yusoff. Dia friend di FB aku. sejak dia tengok aku rajin duk nak masak sendiri dia pos kan buku yang dia tulis ni pada aku. TQ so much bro! banyak idea idea masakan yang simple dan sihat di dalamnya. akan aku cuba satu persatu resepi yang ada!


Cara nak buat Mustard Dip - Campurkan Natural Yogurt, Mustard dan Madu. kaca sampai sebati then siap! memang sedap lah mustard dip ni. Cicah ngan jemput jemput pun boleh. tapi jemput jemput takleh makan sekarang. avoid makanan deep fried. 


Siaplah menu makan malam. Chicken strips tu cicah dengan mustard dip. aku tambah batang seleri untuk dip kan dalam mustard. sedap! memang simple dan cepat cara penyediaan menu macam ni. untuk hidup sihat dan makan secara sihat tak perlu kurang kan makan. kita cuma perlu makan dengan betul. pastikan apa yang kita makan tu ada nilai nutrisi yang baik.


For desert aku buat smoothies ni. Ambik pisang, strawberry dan Air soya. Blend together. yummy!! sedapnya.. lepas ni memang kalau boleh nak buat smoothies je lah for breakfast atau makan malam.. tengahari kena makan berat sikit.. malam elok kalau makan smoothies macam ni saja.. elok untuk perut. tak perlu nak proses susah susah sebab semua dah hancur..


selesai makan malam aku gi balik Kemasek ambik Along, Mimi dan Ika. Hantar ke Sekolah Muqarrabin di Kerteh.. sepatutnya cuti sekolah tapi diorang ada kem so kena balik awal..lepas hantar diorang balik ke kemasek semula ambik Mak dan Mak Har ke kelas kitab Hikam di Kijal.. Belajar kitab agama perlu juga. Di samping kita jalani kehidupan, saham akhirat jangan ditinggalkan. sebab dunia ini bukan matlamat kita. Matlamat kita di akhirat sana. Nak capai hidup bahagia di Akhirat sana..

Dan berakhirlah satu hari yang baik bagi aku.. Tak apa. kalau rasa keseorangan Allah sentiasa ada bersama. Tak perlu kan ramai orang ada di sisi kita pun. Cukup lah Allah jadi pemerhati dan penjaga. Semoga Allah akan memudahkan urusan hidupku dan keluargaku. Ameen..

*Allah tak akan beri apa yang kita mahu. Allah cuma akan beri apa yang kita perlu!!

SUATU HARI YANG NORMAL

$
0
0
''I can't remember much about you. So i'm gonna just do what i can do here.. Till time make us meet again. Till then, i guess  this is it. Be happy for wherever you are. Because i know the time we spent apart will make our love grow stronger..''

Nice quote from that movie. Rumah tak ada ASTRO. dah lama aku terminate. sebab tak tengok sangat pun TV. so tengok Movie ikut DVD yang ada dan ikut movie yang aku sedut dari Hard Disk Ami dan Abang Shuk. Tu je lah pengibur kalau rasa nak tengok TV. so kalau ada match bola best memang kena gi tengok kat warung tepi jalan sana lah. tak apa. bukan selalu ada match kan. lagi pun kalau ada match apa barang tengok sorang kat rumah. baik join the crowd kat luar sana.


Time tengahari tadi tak lunch. Balik rumah buat sculpture workout. Video by Biggest Loser team. Jillian dan Bob Harper. 50 minit jer video nya. tapi berpeluh macam apa dah. Boleh perah lah baju menitik nitik peluh atas lantai. Rest time for lunch at 1pm. sampai 2 pm. sempat sangat lah nak buat. ni lah untung nya rumah hanya 5 minit jer ke opis. oh i love it here! jimat masa dan jimat minyak kereta!


Time malam terasa nak makan potato chip. Buat sendiri lah. tak perlu beli. dalam peti ada Potato ni. Kerat nipis nipis. letak atas tray bakar. sprinkle with paprika and cinnamon. masuk dalam Oven. baked sampai masak.


Siaplah Home made Potato Chip!!


Tak cukup zat lah makan potato chip saja. Masak Noodle Glas with Chicken Soup sekali. sedap menu ni. Pun aku ambik resepi dari Buku Arfian Yusoff ' Fitness Food made Simple'. Senang jer buat ni. guna stok ayam. letak ayam. letak dried tofu. Silken Tofu. And Noodle Glass. aku tambah letak batang celery sikit.. siap! ready to eat. makan dengan Cili jeruk lagi lah membangkitkan selera nya..

*Oh dah jam 11pm. nak masuk tidur dah. sekarang ajar diri tidur awal. sebab tidor awal sangat penting dalam membantu untuk mengurangkan berat badan. Adios. Esok jumpa lagi!!

AWAK MAKAN APA PAGI INI ???

$
0
0

Tak tahu nak makan apa. Telur dah habis dalam peti.

So aku ambik Buah Pisang. Buah Epal. Dua batang Celery. Dan satu mangkuk wholegrain oat with kismis. Masuk dalam Blender. Campur susu kacang soya. Siap!!

Minuman sarapan pagi yang berkhasiat!!

Okay jom pergi kerja.

MOK TEH MASUK HOSPITAL.. HTAA

$
0
0
Tengahari semalam. Masa berada di Opis..Mak whatsapps aku. Bagitahu Mak Teh tak berapa sihat. dan minta hantar dia ke Hospital Besar Kuantan. Sekarang ni Mak Teh stay di Rumah Mak Har.. sebab at least ada lah orang yang boleh tengokkan dia.. Cuma semalam kesihatan Mak Teh tak berapa ok. Bila berjalan sikit terus rasa mengah.. tak boleh nak bernafas elok. mesti ada kaitan dengan jantung nya. Actually Mak Teh memang dah Buat Bypass Jantung 2 tahun lepas.. mungkin ini adalah efek daripada itu.
 
Habis kerja petang semalam bergegas lah aku ke Rumah Mak Har.. takut juga apa apa yang jadi lagi pada Mak Teh. Masa aku sampai Mak wook pun ada sama.. makan nasik dengan Kari ayam. Aku jamah la kari ayam sikit. Ratah lauk. Ada juga kek anak Mak Har buat. Rasa sepotong. Sedap.. Mak Teh nampak ok sikit. Boleh lagi habiskan Kuey Tiow Goreng sepinggan..so kami decide untuk siap solat maghrib dulu kemudian baru bertolak ke Kuantan.
 
Selesai Solat Maghrib, aku ambik kerusi Roda untuk bawa Mok Teh ke kereta. Dan waktu itu lah tiba-tiba air mata aku menitis. Sebab aku sangat teringat pada arwah ayah. dulu arwah ayah naik kerusi roda lah ke sana dan kemari di hujung hujung hayatnya. Aku ingat aku kuat. Tapi malam ini kerusi roda itu tumpaskan aku.. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah. Ameen.
 
Bertolak terus ke Kuantan. Mula-mula abang Jalee sahaja nak ikut. Bila Mak Teh tanya mak taknak pergi ker, Mak jadi serba salah. Mak terus masuk rumah siap siapkan bekalan apa yang patut dan ikut sekali. so kami berlima lah pergi. Aku, abang Jalee, Mak Har, Mak Teh dan Mak. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..Cuma masa nak sampai Hospital Tunku Ampuan Afzan tu banyak jalan tutup sebab ada renovate jalan barangkali. tapi tak mengapa lah. selamat sampai semuanya.
 

Kami terus menuju ke Bahagian Kecemasan. Ada pembantu perubatan bertugas ambik Mak Teh naik kerusi Roda. Bila nak masuk sini tiba-tiba mak teh susah nak bernafas.. masuk dalam zon separa kritikal dulu. Keadaan makin jadi teruk. Mak Teh dah gelisah sebab susah nak bernafas. siap doktor yang ada kat situ kena marah lagi.. Teringat pada arwah ayah.. dulu arwah ayah pun sama juga. Marah pada doktor. Sebab bila dah sakit rasa tak tahan tu yang doktor jadi mangsa.. kesian doktor. Tapi kena faham lah. Orang sakit. tak nampak cara lain Doktor pindahkan Mak teh ke bahagian Zon Kritikal. Takut kami tengok. Berdoa saja lah mudah-mudahan tiada apa yang serius berlaku.


Lama juga Mok Teh dipindahkan masuk ke Bahagian Zon Kritikal ni.. tak tahu lah apa yang doktor buat kat dalam tu. apparently bahagian Kecemasan Hospital ni tengah renovate. jadi keadaan agak tak berapa selesa lah. what to do. kena faham lah kan.. waktu ni dah jam 12 am lebih..Mak teh masih belum keluar dari zon kritikal. 

 
Mak dan Abang Jalee sampai dah tertidur tidur.. aku pun nak tertidur tapi rasa lapar pulak..tak berapa makan betul lagi.. tadi dalam kereta bergurau gurau kata nak ke Tanjung Lumpur. Mana ada dah tanjung Lumpur punya ikan bakar jam 12am macam ni.. so aku pergi ke Hospimart beli air, buah dan kuih pau.. belikan sekali untuk diorang.. Hospimart sini 24 jam. jadi mudah lah nak beli makanan ataupun bekalan apa yang patut.

 
Makan Pau inti kelapa. biasanya tak suka pun inti kelapa. tapi sebab dah lapar belasah saja lah apa yang ada.. sembang-sembang dengan Mok Har juga masa ni.. cakap pasal kesihatan.. pasal nak turunkan berat badan.. pasal keluarga. dan macam-macam lagi lah.. Mak duk sibuk mengaji Quran pula bila dah terjaga dari lelap.


Dekat jam 2am juga Baru Mok Teh keluar dari Zon Kritrikal.. Alhamdulillah lega tengok Mak Teh dah kembali stabil.. Syukur banyak-banyak kerana tiada apa yang serius. Rupanya air masuk dalam paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas. a day before memang mak teh ada makan buah yang banyak air.. so lepas ni dia kena control sikit lah makan.. tak boleh nak makan sembarangan.


Mak Teh dimasukkan ke wad tingkat 7. Tengok macam ni memang aku teringat lah pada arwah ayah. dulu kami memang berkampung di HKL sana 5 bulan sampai lah waktu ayah menghembuskan nafas terakhirnya di situ masa tengah buat hemodialisis. Mak Teh ni adik ayah.. perangai pun sama macam arwah ayah. Tegas. dan banyak hal yang perlu kita cuba faham. Tambah-tambah pula bila sakit macam ni. HTAA ni juga simpan kenangan antara kami dan arwah ayah waktu masuk ICU sebelum dipindahkan ke HKL. OH Kenangan lalu. sentiasa menghambat kita walau di mana kita berada..

 
Dalam jam 2.45 am baru kami bergerak pulang ke kemaman semula.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. semoga Mak Teh cepat discharge dan dikurniakan kesembuhan yang cepat..

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


*Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik!

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
 
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

KISAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

$
0
0
Cerita hari khamis. Nak share ringkas sahaja.


Sarapan pagi makan Buah buahan ni dengan soya + whole grain + kismis


Kat tempat kerja. Ada supplier datang untuk install barang. Buat site visit. 


Petang. Bersiap untuk ke kelas tajwid di Institut Quran Padang Midin


Minggu ni minggu last kelas tajwid.. by next week dah exam.. sepanjang tahun ni memang every khamis malam jumaat aku ke KT untuk this class. Belajar tajwid quran. now dah exam. kalau lulus dapat lah naik ulum 4. sekarang ulum 3. Buat makan makan ni untuk raikan Ustaz Najmi. terima kasih ustaz! jumpa lagi tahun depan insya Allah.


Habis majlis makan makan ke rumah adik dah. dia buat pulak bihun sup. sedapnya!


Sekarang duk glemer ngan benda ni. rendam dalam air panas dan makan. Thanks adik da atas bihun sup yang sedap!! ni last kita jumpa ni sebelum dia akan mengerjakan umrah pada 7 Disember nanti.. Selamat lah semuanya moga perjalanan dipermudahkan Allah. Doakan lah agar abang dapat ke sana juga suatu masa nanti. Teringat kembali umrah sama-sama dengan arwah ayah tahun 2011.. Indahnya saat itu.. Moga Allah sampaikan lagi aku ke bumi suci itu.. Ameen!

*Selesai makan, aku bertolak pulang.. sebab esok nak ke Singapore pula..

SEMPURNA BUKAN MILIK KITA

$
0
0
Sekali lagi kini kita berjumpa.
Semua telah jelas. Tiada apa lagi perlu diperkatakan. Cuma kita. aku dan kamu. Sama-sama memesan makanan kegemaran dan berbual seperti masa lalu. Tiada apa apa yang canggung.  Dua kawan yang telah lama tidak bersua lagaknya. Seperti waktu lalu, saat semuanya indah dan tiada cela. Saat semua yang tercipta adalah memori yang mengukirkan senyuman lebar di wajah masing-masing. Saat kita mula memasang angan, akan tetap bersama hingga hujung nyawa walau badai sekuat manapun melanda.
Senyuman itu buat aku jadi rindu. 
Dalam kehidupan, biasa kita akan menjadi orang asing. Asing terhadap diri sendiri. apatah lagi menjadi asing untuk orang lain. Itu perkara biasa. kerana manusia ini susah diramal. Adakalanya perkara itu cuma kecil. Tapi penerimaan masing-masing berbeza maka permasalahan juga akan berbeza. Bukan mudah untuk menerima perbezaan, dan tidak mudah juga untuk menerima persamaan. Kompleks. ya. Kita manusia. Ciptaan kompleks!
(Masih di ingatan makanan kegemaran dan minuman kegemaran!)
Terima kasih atas sebuah sayang yang tertunai membawa juta warna dan seri. Itu kurniaan Allah yang tidak terperi. Terima kasih hadir menjadi peneman hati saat hati ini tak tahu kemana lagi hendak dibawa pergi. Terima kasih jadi pembakar semangat ketika sebuah harapan mulai luntur dan pergi. Dan daripada semua ini, terima kasih kerana muncul dalam diri ini membawa berjuta harapan sehingga akhirnya aku mati kelemasan dalam angan-angan sendiri. Semua telah tertulis dalam takdir Illahi. Dan akhirnya kita sebagai Hamba Tuhan, hanya selayaknya akur dan sujud pada kehendak yang telah diberi.
Bayar bil di kaunter.
Dan semoga kita akan bersua lagi suatu masa nanti!


RACE REPORT : STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

$
0
0
Okay. Mood rajin dah datang. Mari membuat race report tentang Acara Marathon yang disertai hujung minggu lalu di Singapore. Maka terimalah race report :- STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

7 DECEMBER 2014
 



Malam sebelum Race ni agak gila. berjalan sampai jam 11pm ke Orchard Road.. Balik semula ke Green Kiwi Backpackers Hostel dah 11.30 pm.. baru lah masa ni nak bersiap baju apa nak pakai masa race. nak siapkan air dan sebagainya. Sepatutnya malam sebelum race kena rest yang cukup. Tapi entah lah. kali ni rasa macam rugi kalau tak berjalan habis habisan.. Runcation lah katakan..Belasah saja lah. Aku cuba nak lelapkan mata jam 12am tapi takleh nak tidor.. dalam jam 1am jugak baru lelap. agak gila sebab kitorang kena bangun jam 3am! maknanya tidor 2 jam saja. 


Dalam jam 3am aku terjaga. tengok Gme dan Man masih nyenyak tidor. so aku sambung tidor balik. jam 3.30am Gme datang kejut aku. Tak boleh dah nak sambung tidor. memang kena bersiap siap. sebab flagoff jam 5am.. So kami bersiap dan turun ke bawah hostel around 4.am.. bergambar lah dulu sebelum naik MRT ke tempat Flag off. Baju Team Malaysia ni memang kami pakat-pakat untuk sama-sama pakai di hari race.


Tiba di MRT stesen tu diaaaa. Orang dah ramai membanjiri kawasan. semua peserta marathon lah ni. 14000 katanya peserta Marathon. Sangat Ramai. Sistem MRT kat Singapore ni sangat ringkas dan mudah difahami. so jangan bimbang lah nak sesat. susah nak sesat. Kami kena tukar tren menuju ke City Hall. Berhenti di Orchard Road punya stesen.


Bergambar dulu sementara menanti Train Tiba


Sampai di Orchard Road, Geng Team Harimau Malaya yang lain dah sedia menanti.. Khidir, Edward, Bha, dan Mizan. memang semangat lain macam bila team ramai macam ni..timing belakang kira janji kami having fun!


Di starting Point. Sebab ramai yang join, peserta dilepaskan secara berperingkat. ada banyak wave. Gme ambik first wave. Tengok kaler Bib dia pun kaler biru. Kami yang lain ni Bib kaler merah.. maknanya dalam 6-7 jam lah.. Cutoff time untuk SCMS ni ialah 8 jam. woww. thats a lot of time. so boleh leisure run lah jawabnya ni. Jumpa Hamid juga di starting line. Boleh pulak terjumpa dalam ribuan orang ni kan. pandai dia cari. Nice to meet you Papa Jeeda! Kerja kat JB so takder masalah lah datang singapore. In fact dia ni selalu jer join event marathon di Singapore. Lagi dekat nak ke sini dari ke KL kan.


Flag off time jam 5am sepatutnya. Tapi sebab batch by batch kitorang bertolak dalam jam 5.20 am. Nak start mula mula ni memang kena berjalan saja lah. Orang terlalu ramai.. so kami melepasi garisan permulaan tu starting time 5.20am. Go Team Harimau Malaya you guys can do it!!
 

Gme dah bertolak awal. so tinggal lah kami berlima yang meneruskan perlarian sama-sama.. Seronoknya dapat lari dengan Khidir. Dia bawak Gopro sekali dengan magic sticknya tu. So memang sakan lah bergambar. Bukan setakat bergambar, gila-gila semuanya. duk kacau orang dan buat bising. haha. Nice to run with you guys!! at least tak lah penat sangat tersa. Mula-mula ni ok lah lagi.. lepas KM21 Nanti kita tengok lah macam mana ya.


Sampai di KM6 kami singgah di Mall apa ntah.. Subuh dah masuk waktu so baik selesaikan dulu solat subuh.. kebetulan mall ni buka dan ada tandas yang tersedia. So ambil kesempatan ini lah. dah selesai solat baru lega nak buang air ke atau apa tak perlu nak risau dah pasal air sembahyang.. aku memang da ada wudhuk dari awal lagi. so sampai sini terus solat jer. Berlari tu berlari juga, Solat jangan lah sesekali kita tinggalkan. Tak berbaloi lah tinggal solat sebab berlari. Allah tak suruh kita berlari. Tapi Solat tu perintah Allah. (self reminder)



Then kami sambung berlari lagi.. Cikgu Khidir ni memang peramah orangnya.. habis volunteer bertugas dia tegur. Bekerjasama pulak dengan Bha memang perfect combination lah.. tak lah bosan sangat berlari ada diorang.. ni first time berlari dengan Khidir dan Man..aritu masa jumpa di Penang Bridge Marathon sempat lari sama sama sekejap jer.. last last aku tertinggal jauh di belakang. Mizan arini jadi slow runner pula. Biasa dia mesti dah jauh ke depan. Dia tak berapa sihat so dia kata mala snak push. Good. tak perlu lah paksa badan kan.. Marathon event akan sentiasa ada. Badan kita cuma satu nak pakai lama.


Menarik gambar dari belakang ni


Macam-macam aksi dirakamkan..


Ni dah lebih dari KM10 dah.. ada Kamera man atas flyover.. aku suka gambar ni.. Thanks Khidir for the nice shot..Masa ni pace masing masing maintain.. sama sama lagi dapat berlari.. sampai waktu nak masuk ke ECP, Mizan dah laju ter ke depan. so aku decide nak ikut pace Mizan.. kalau dia berhenti aku berhenti.. dia laju aku follow.. Somehow at the end, you have to follow your own pace jugak.. tapi kali ni saja buat Mizan jadi benchmark kononnya.


Sampai KM20, Di water Station aku dan Mizan jumpa Gme. apparently lambat pula Gme hari ni. Ye lah.. last week baru buat Marathon di Fujisan jepun. Minggu ni pula dah di Singapore pula. Marathon back to back to back.. setiap minggu ada event. Takpe lah. janji boleh habis dan free injuries. So kami decide nak gerak sama-sama 3 orang.. Ada geng baru best bersembang sembang..Thanks Tan Kim Lai for this Photo.


Selepas KM21, Ada Uturn di ECP ni. so di pertengahan jalan bertembung lah dengan Khidir, Man dan Abang Sham.. Diorang ter ke belakang sikit dari kami bertiga. Apa lagi bergambar lah dulu.. kot kot nanti tak jumpa dah.. Cuaca pun dah terang benderang masa ni.. Bahang kepanasan mula terasa.


yeahhh kami Team Malaysia!!


Di KM25 kami bertiga decide untuk beli Coke dan berhenti minum di area East Coast Park E. Dengan harapan dapat tunggu lah Khidir and Man sampai.. dalam 20 minit juga habis masa di sini. Aku memang tak peduli dah pasal timing. Janji dapat habis dalam cutoff time cukup lah. Malas nak push lebih lebih. Sebab tahu training tak berapa cukup dan tak cukup rest. so buat lah ikut kudrat apa yang ada. Refreshing sangat dapat caffeine dalam badan. Boost our energy. Tunggu punya tunggu diorang tak sampai sampai so kitorang jalan lah dulu..



Gambar terakhir bersama Mizan sebelum dia terus meninggalkan aku dan Gme di belakang.. takper. ko pergi lah dulu.. make your own pace ya. aku memang nak stay lari ngan Gme jer..jalan laju. then lari. then jalan laju lagi. Menyanyi nyanyi. karaoke sendiri. Hiburkan hati.


So korang boleh bayangkan lah panas macam mana waktu ni.. terang benderang dan matahari memancar dengan teriknya..memang heat training sangat.. kena tempuh jua lah walau panas membara sekalipun..Gambar atas ni Gme yang ambik.. Nice shot!


Sebelum nak sampai KM30 bertemu pula syafwan.. Pelari dari Kota Kinabalu Sabah.. baru kenal semalam.. hari ini sudah jadi member. itu lah kelebihan jadi runner. Mudah dapat kawan baru yang berkongsi minat yang sama.. nampak sign board KM30 ni terus ambik gambar dulu. One thing aku suka about this SCMS kerana mark boardnya besar gedabak dan disertai kata-kata semangat dan pendorong bagi runners. I think all the running events should provide this marker board size. Baru best!


Di KM30 tu lah keluarnya kami dari ECP yang tak berapa best ni.. i mean tempatnya best tapi untuk lari macam boring sikit. Masa 2xu Marathon Singapore pun route ni. Sundown Singapore pun route ni. Bertabah lah.. dengan cuaca yang panas membahang..Actually kalau sapa nak buat PB boleh sangat sebab route nya tak berbukit bukau pun. Flat jer..


Kata-kata di Mark Board KM32 ni best - ' You did not sign up for this to walk. RUN!!'. Macam tau tau jer. sebab memang most of participants yang lalu area ni semuanya berjalan kaki dah.. ada laju ada slow. tapi takder rasanya yang berlari..Tak apa lah.. janji semua target nak sampai ke garisan penamat saja. Dapat kata-kata macam ni at least jadi penyuntik semangat sekejap.


Masa di KM 35 ni aku dah tak lari dengan Gme. aku ke depan terus. Sebab tengok masa macam tak sempat aku nak catch flight jam 2.45pm nanti..nak balik Hostel lagi nak checkout lagi nak naik MRT lagi ke Airport.. takut rush sangat.. so aku start lari sikit-sikit..Tinggalkan Gme. Gambar ni ehsan Khidir.. Gme jumpa diorang masa KM34 then terus lari sama-sama..Lari or jalan?. entah. hehehe..


Tengok gambar ni rasa rugi sangat takleh lari ngan diorang.. Banyak shot shot menarik dan cantik dari Gopro Khidir! if tak sebab aku nak kejar flight memang aku stay ngan diorang jer. Ada lah yang tanya korang ni nak berlari ke nak bergambar. So aku jawab we want both! lari jugak. Gambar ambik lah jugak. Laju laju nak ke mana. Dah laju dapat Medal Finisher Tee pastu balik rumah takder gambar boleh dikenang. Rugi Beb! biarlah orang nak kata apa kan janji kita bahagia. Smpai KM38 aku rasa macam tensen dah. Water station siap air tak ada. Pisang pun memang takder diorang bagi.. ada energy Gel saja. Aku tak suka makan energy gel. so memang kembung perut minum 100 plus je lah.. dengan Cuaca panas terik rasa nak cepat-cepat habis saja.. lari sikit.. jalan laju-laju..


And finally aku sampai di garisan penamat depan City Hall Singapore.. catatan masa better sikit dari PBIM 6 Hours 50 minutes. I take it. biar lah teruk pun. always ada another event. yang penting having fun setiap event. itu yang paling penting. No point terlalu serius dan tak enjoy kan.. aku pose cantik di depan kamera finishing Line. Gambar di Marathon Photo ada 18 keping yang best. nanti nak beli lah!


Dah collect Finisher Medal dan Finisher Tee cari spot untuk bergambar sekejap.. takleh nak lama-lama sangat sebab nak balik check out.. dah lebih jam 12pm.. kang kena caj lebih pula. harap harap tak lah. gambar ni gigih la suruh orang yang ada kat sini ambik.. Mizan dah sampai awal lagi.. dah balik dah pun.. dia lagi lah. nak kena check out jam 11am.


Yes i am!! Finished the Standard Chartered Marathon 2014 Singapore!! Standard Chartered KL tak pergi aritu. so abiskan yang Singapore punya je lah..Alhamdulillah dapat habiskan tanpa kecederaan kaki. Boleh berjalan dengan baik lagi. 


Tukar Finisher Tee dan Finisher Medal. Mintak tolong akak Filipina ambik gambar ni. akak tu siap minta emel aku lagi dia nak emelkan gambar yang kami ambik berempat.. tengok lah camana nanti. sampai sekarang takder pun dia emel gambar. hehe..


This is the Finisher Medal


And this is the Finisher Tee. terus tukar nak ambik gambar punya pasal.. dari finishing line aku jalan kaki ke MRT City Hall nak balik semula ke stesen Bugis..Jumpa Syafwan dan dia lah yang ambik gambar ni. Tq Bro! see u in FB nanti..Mujur lah kaki ok boleh laju laju jalan lagi.. so straight balik ke Hostel, Mandi kemas barang dan Check Out..Masa nak keluar dari Hostel terserempak dengan Gme dan Man. Diorang baru sampai.. diorang pun nak kejar bas jam 2pm tu..semua sempat Alhamdulillah.. aku pula ke airport memang ngam-ngam saja masa..last call katanya. Mujur sempat masuk dan terus boarding jer.. Flight jam 2.45. sampai airport jam 2.15pm.. memang kalau aku lewat lagi 5 minit kena tinggal dah. Kuasa Allah.


Masuk jer dalam flight nampak ada lah 4-5 orang pakai finisher Tee jugak sama macam aku.. duduk cari seat dan tanpa apa apa lagi aku dah terus tidur.. sangat letih ya! sebab cuaca panas.. tapi sampai airport hujan lebat.. penerbangan delay 10 minit pula.. tak kisah lah. janji aku nak tidor.. lapar tapi tak rasa nak makan.. aku makan di KLIA2 saja nanti.. Sampai di KLIA2 dalam jam 4pm.. naik Train ke TBS jumpa lah dengan Hafeez Ameen dan Mizan dalam train. Teman berlari kan. dalam train bertemu jua.

Maka berakhirlah kisah race report SCMS 2014. Race ni menarik. Sebab ada banyak gambar menarik. dan kawan kawan pun semua sempoi. Terima kasih Gme, Suhirman, Khidir, Mizan, dan Bha serta Edward sebab jadi Team Malaysia yang havoc! harap nanti kita dapat berlari sama sama lagi di episod Marathon yang lain akan datang.Oh ya, Ini adalah Marathon saya #19.

Ok dah.

Tunggu Event Marathon lain pulak ya.

Stay Tune with AXIMUD!

TRIP DECEMBER 2014 TO SINGAPORE PART 1 : THE ARRIVAL, GREEN KIWI BACKPACKERS HOSTEL & NIGTLIFE AT CLARKE QUAY RIVERSIDE POINT

$
0
0
Cerita trip ke Singapore awal December baru ni.
 
5 DECEMBER 2014
 
Flight pagi ni sepatutnya jam 7am. memang tak sempat lah aku nak kejar.. sebab malam sebelumnya dari Kual terengganu balik ke Paka pun dah jam 1 am.. nak shoot terus ke KL memang tak larat lah.. mengantuk. so i changed the plan. Beli Tiket flight dari KL ke Singapore jam 4.50pm. Plan asal nak solat jumaat di Masjid Sultan Arab Street Singapore gagal. tak apa lah. ada lah hikmahnya tu. Allah lebih mengetahui. So dari paka pagi jumaat tu aku bertolak ke KL pada jam 9am. Sempat sampai solat jumaat di Masjid al-Hidayah Ampang jam 1pm.. Lepas solat jumaat terus park kereta di Terminal Bandar Tasik Selatan (BTS) sebab parking nya 3 ringgit per day. park di KLIA2 sehari RM60. Buat lah pilihan yang bijak ya. Ambik ERL Transit ke KLIA2.
 

Sampai dalam jam 3.30pm di KLIA2. Tak sempat lagi nak buat web checked in. terus cari kaunter Air Asia dan checked in dulu. takde tambah luggage pun. lucky bila checked in tak kena bayar. biasa ada bayaran rm10 dikenakan sebab tak buat web checked in. selamat duit aku. Lepas dah checked in terus masuk balai berlepas antrabangsa. kena cepat sebab korang tahu je lah jarak nak berjalan sampai ke Gate. ada yang boleh up to 45 minit nak sampai ke Gate berlepas.. so please be early ya.


this is my boarding Pass


The thing that i hate the most at the airport. Bila nak masuk scan barang barang kena buang tali pinggang segala. i hate this. malas nak masukkan balik dalam seluar sebenarnya. what if kalau orang pakai seluar terlondeh. entah lah. maknanya kalau korang nak travel sila lah pakai seluar takde belt ataupun seluar yang tak longgar ya. Kena faham lah prosedur diorang kan. ikut saja lah. kalau tak nanti takleh travel pula. so masuk ke gate berkenaan dan terus masuk flight.


Masuk dalam flight tengok ada majalah baru. ye lah. masih di awal bulan. aku teringat zaman 7-8 tahun lepas waktu mula-mula excited bersama Air Asia. selalu sneak out buku ni bawak balik rumah. now zaman dah dewasa. takyah lah nak bawak balik ke rumah buku ni. buat semak jer. lagi pun boleh baca online ya. Dalam airport takde order makan apa pun. plan nak makan di area bugis street jer nanti. perjalanan memakan masa satu jam jer pun. nak tidur pun tak sempat. 


and finally i'm arrived at Singapore. Again..


Nak ke MRT nya kena naik skytrain ya. dari Terminal 1 menuju ke MRT Stesen. quite memakan masa jugak.. beli tiket MRT ke stesen Bugis. Actually sekarang ni kalau travel ke Singapore memang aku akan ke area Bugis tu jer. Ada Arab Street. Ada masjid. Makan senang. terpulang pada korang lah. aku cadangkan saja.


Sampai di area Bugis ni pun dah masuk maghrib dah.. jam 7.30pm.. jalan kaki menuju ke Hostel tempat aku booking.. dari jauh nampak Mimbar masjid Sultan.. sebab dah 3-4 kali datang sini so tak risau dah. dah tahu arah tuju.


So penginapan yang dipilih ialah Green Kiwi Backpackers Hostel. Dah booking awal-awal seminggu sebelum sampai sini. Untuk dua malam 49 SGD. Quite cheap lah. ( Cuma sekarang currency SGD dah makin tinggi.. 1SGD = RM2.75!!!) aku ambik mixed dorm yang kongsi 14 katil. aku sorang jer so tak kisah. ada jugak bilik 4 orang kalau nak privasi dan dalam group. mahal sikit lah yang tu. dari segi prestasi kebersihan dan keselesaan aku reccomend this hostel. receptionistnya pun very friendly. siap ada sarapan pagi lagi. another one is jalan kaki 10 langkah jer dah boleh sampai ke Masjid Sultan. the main reason aku pilih duk area ni : senang nak solat dan senang nak makan halal.


This is Masjid Sultan Arab Street Singapore


Lepas dah siap checked in, mandi segala orang dah azan isyak. So terus lah aku ke Masjid solat isyak dan jamak solat maghrib sekali. Sedap sangat imam baca surah At-Taubah masa ni.. mendayu-dayu.. Moga Allah beri hidayah pada orang lain yang bukan islam bila dengar bacaan merdu al-Quran dari imam masjud. Speaker pun bunyi kuat jer kat luar.


Oh. Ada orang kahwin malam ni.. Majlis Akad Nikah versi singapore


Lepas solat saja tunggu sekejap dan berkongsi kemeriahan penduduk setempat yang akad nikah di sini malam ni. sebelum majlis ada bacaan quran dan berzanzi oleh kumpulan macam dalam gambar di atas. pun sedap sedap suara mereka.


Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia ke akhir hayat. Till jannah!!


Ambil peluang bergambar dalam masjid


Dah selesai solat, agenda seterusnya ialah mencari makanan.. lapar gilaaaa!! tak elok lah tahan perut lapar lapar macam ni. tadi memang tak makan sangat.. ada beli buah jer dalam kereta sepanjang bertolak ke KL.. ingat nak makan di Restoran Zam-Zam tapi teringat nak makan kacang pool. dan Restoran Glam Cafe ni ada kacang pool macam di plaza larkin Johor Bharu. So aku menuju ke sini.. just opposite dari Masjid Sultan.. laluan pedestrian street tu jugak..Orang adalah ramai.. kena cari tempat duduk ya.

 
So this is my dinner merangkap lunch jugak sebenarnya.. Kacang Pool. Ada telur dan dimakan dengan roti benggali tu. Kalau korang pernah makan Coney Dog A&W, haaa macam tu lah lebih kurang rasa kacang pool ni. nak cari resepi lah nanti. Boleh buat sendiri kat rumah insya Allah.. this menu cost me aroun 5SGD sahaja. air minum air masak. save calories. easy way to shed calories intake into your meal.


Di pedestrian walk ni banyak kedai makan yang ada. especially makanan arab. so semuanya halal.. ada jual kain kain dan cebderahati juga.. nice place to hang out lah senang cakap.. ada kampong glam kat belakang tu.. Selesai makan aku make a move. to where? i plan to go to Clarke Quay Riverside Point.


Bugis Street (just state the obvious)


Semangat nak krismas mula muncul.. ni area Bugis Mall..


Beli standard Ticket MRT dari Bugis ke Clarke Quay. jangan naik teksi. caj adalah mahal. naik saja MRT dan ikut papan tanda jalan. senang je MRT kat sini. Insya Allah tak sesat. Kira efisyen lah MRT di singapore. :)


Dari Bugis kena tukar Train line purple. Outram Park Station. Then straight ke Clarke Quay


Jauh juga nak berjalan kaki. tapi bawah tanah macam ni tak rasa jauh sangat bila orang ramai kiri kanan


And finally aku sampai di area Clarke Quay. area ni kiranya area yang nightlife nya happening.. banyak restoran dan bar yang ada.. riverside point nya menarik. dengan lampu lampu yang banyak. am not going for fun. just sightseeing and photography. nothing more than that.


Nampak orang ramai sangat beratur di Hokaido Ice Cream ni. teringin lah pulak rasanya nak makan ice cream. lama tak makan. so beratur dan bila sampai giliran ice cream Green Tea dah habis.. ambik lah apa yang ada jer..


Soursoap Ice Cream. Makan. Alone.


Malam minggu. Ramai nya orang..


enjoy the nigt scenery here..


gigih pasang timer snap gambar sendiri.. :p


i love this picture!

 
Ada game lambung lambung apa ntah. G-Max nama diberi..


tempat ni hidup dari tengah malam sampai pagi. nak balik esok pagi pun takpe


Untuk mengelakkan kena naik teksi, aku beransur pada jam 11.15 pm.. train sebelum jam 12am akan berhenti beroperasi.. so i better cepat naik MRT balik semula ke Bugis Stesen.. Best sebenarnya kalau dapat lepak lama lagi di Clarke Quay ni tapi sebab sorang so better tak perlu lah. Sampai di area hostel aku lepak minum lagi di Kampong Glam Cafe.. apparently cafe ni jer bukak sampai jam 3am.. Zam-zam Restaurant dan yang lain lain dah tutup jam 12am.. so melepak sampai jam 2am sambil layan online. Buat data roaming maxis RM38 per day. Balik Hostel, around jam 3am jugak baru tidur.. maka berakhirlah satu hari lagi dalam sejarah hidup azim Ashaary..
 
Ok nanti aku sambung kisah hari seterusnya pula.
 
Stay Tune.
 
*to be continued..

SANAH HELWAH KAK IJA KU SAYANG!!

$
0
0
10 Disember 2014
 
Tarikh ini merupakan tarikh hari lahir kak Ija.. Kebetulan tarikh hari lahirnya sama dengan Pok Shabery.. Sanah helwah Pok dan Kak Ija! semoga Allah akan sentiasa memberkati kalian, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur Insya Allah. 


Sambutan Hari lahir dan Kek tak dapat dipisahkan


Lepas balik kerja tadi terus gi cari Kek untuk Kak Ija.. Kat area Kemasek tak ada kedai kek.. so kena cari di Paka jugak.. Plan asal aku nak bawak diorang makan kat luar.. tapi aku tukar plan. aku akan masak untuk kak Ija malam ni. nak masak apa? tunggu lah hingga ke akhir entri. heehehe. saja kasi saspen sikit.


Sampai kat rumah kemasek lepas maghrib, terus aku bersilat kat dapur.. masak menu makan malam ni sempena sambutan ulangtahun kelahiran kak Ija.. dalam jam 9pm siap semuanya an majlis pun bermula.. Sanah helwah kak Ija. semoga Allah akan sentiasa merahmati mu dan memperkenankan jodoh yang terbaik untukmu.. Yakin lah perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya!


Abang Jali tak ada di rumah. yang ada mak, kak ija , kak La dan anak anak.. so kami kami ni je lah yang menyanyi sakan sebelum kak Ija potong kek.. Tak apa. tak perlu ramai ramai kan. walau sikit orang tapi yang penting kesederhanaan itu ada.. seronok layan kerenah anak sedara 3 orang ni..:)


Alhamdulillah semuanya sihat sejahtera


we are family. we always be


suap kek untuk kak Ija


Kek ni namanya Chocolate Moist. tapi tak moist pun. kering jer. haha


Makanan untuk malam ini. ada kuih aku beli di Pasar malam paka. ada ayam goreng.. ada buah buahan.. dan main menu malam ini ialah :


SPAGHETTI BOLOGNAISE MEATBALL


Khas aku masak menu ni untuk kak Ija. Dalam entry lain lah aku share resepi ni dengan korang.. resepi yang mudah dan sedap.. Alhamdulillah diorang kata rasanya sedap..Risau juga kalau tak sedap. hehe.. boleh lah. ni antara menu kegemaran aku juga.. Hopefully kak Ija suka lah makan ni!:)


Qayyum makan kek sampai ke hidung.. makin besar dan makin nakal dia ni.. Alhamdulillah kali ini Allah beri lagi kesempatan untuk kami sama-sama satu keluarga berkumpul dan meraikan Ulangtahun kelahiran salah seorang ahli anggota keluarga.. Sanah helwah sekali lagi untuk Kak Ija! Hadiah nanti lah saya beli ya. kali ni masak spaghetti dulu.. Apa lah agaknya ya hadiah yang sesuai untuk dia..

Ok dah. 

i LOVE my family!!

WORDLESS FRIDAY

OST TALENTIME I GO BY AIZAT

$
0
0
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face




*Al-Fatihah untuk arwah ayah.. hari ini 23 Disember.. ulangtahun kelahiran arwah.. mendengar lagu ini air mata saya tidak berhenti mengalir..Semoga Ayah tenang di alam sana!!
Viewing all 170 articles
Browse latest View live