Quantcast
Channel: [A].[X].[I].[M].[U].[D]
Viewing all 170 articles
Browse latest View live

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KAK TIE!

$
0
0
It all started last year.

Our first met. at Restoran Pen Mutiara Batu Maung kari kepala Ikan. Tujuan untuk sambut Birthday kak Tie. and that was the first time i met her. since then we are more comfortable to be friend until what we had now.ok enough about me and her. Aku nak cerita pasal sambutan ulangtahun kelahiran Kak Tie sebenarnya. 17 November 2012. Dan Kak Tie sampai di Penang untuk larian Penang Bridge Marathon awal pagi esok.


Tempat pilihan ialah di NANDOS Bandar Perda AEON.


makan ayam lah kalau makan NANDOS


English Breakfast Tea. My favorite.


Dah siap makan baru pihak krew NANDOS keluar dengan Kek dan nyanyi lagu happy birtday untuk Kak Tie..tak sempat aku nak rakam Video..Kek Kegemaran Kak Tie ialah New York Cheese Cake. so aku tak makan cheese tu yang sebelah lagi tu ada kek Cokelat. Thanks cik LJ tolong arrange kan semua ni. i owe you one!


Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Tie!semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. i will always love you sis! semoga Allah akan sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga. Ameen..Bukan kek yang jadi keutamaan, Ingatan tu yang penting..


Tahun lepas Yana dan Zai ada join skali sambut besday kak Tie, tahun ni cuma kami bertiga sahaja..Insya Allah Tahun depan pun akan ada lagi sambutan yang sama jika panjang umur..Penang Bridge International Marathon memang buat tarikh birthday Kak Tie biasanya..hehee..Dari NANDOS aku dan Kak Tie terus balik sebab nak rest..dalam jam 12am nanti nak kena gerak masuk pulau dah sebab jambatan pulau Pinang akan tutup pukul 1am..

Sanah Helwah Kak Tie! and have a great year ahead with many happy returns. 

Insya Allah.

PBIM 2012 RACEKIT COLLECTION @ QUEENSBAY MALL, PULAU PINANG

$
0
0

Cuaca hari sabtu yang cerah.

Dari Queensbay Mall nampak Penang Bridge yang panjang itu. aku, Faiz dan Aizat ke QB Mall untuk racekit Collection bagi event yang akan berlansung awal pagi esok..memang aku saja nak self collect sebab alang-alang memang aku stay kat Pnenag kan. Membazir wang pos jer kalau nak suh diorang pos. Aizat dan Faiz tumpang rumah aku. Kak Tie masa ni masih belum sampai dari KL..dalam pukul 2pm nanti dia sampai la tu.


Boleh tahan jugak ramainya orang


Everything in order sebab banyak kaunter dibuka ikut kategori


selesai urusan ambil racekit


To be honest i dont know what to expect for my Third Full Marathon ni. sebabnya memang aku tak training sangat. busy ngan kerja and hal hal lain. tapi sebab dah register so gamble jer lah berlari. hopefully dapat berlari dan tak injured. tapi biasanya kecenderungan untuk injured adalah tinggi kalau kurang training..hmmm tengok lah nanti camana ni.


Lepak starbucks dulu. sementara nak tunggu Kak Tie sampai dari KL


Green tea frappucino tu aku punya


Dari QB Mall kitorang gerak ke Jalan Masjid Kapitan Keling..nak makan tengahari..kat sini ada nasi kandar. Tapak sam amacam Nasi Kandar Beratur. aku tak pernah try. ni baru nak makan ngan diorang


Jom makan!


Kalau dah namanya makan nasi kandar memang kuah kena kri ler..Kuah campur ambik telur sotong ambik ayam gulai. kena carbo loading bebetul sebab awal pagi esok nak berlari 42KM..masa tengah makan jumpa Encik Haniff, Ediey dan Watie Rosmera..depa stay di area Georgetown jer..so lepak lah minum minum sambil sembang skali..tapi takleh lama sebab Kak Tie dah nak sampai and kena fetch dia dari Butterworth.


Lepas Fetch Kak Tie bawak dia pi makan kat NANDOS bandar Perda AEON and sambut besday dia skali.(Rujuk entri sebelum ni). Then balik rumah kak tie berehat rehat and aku bawak Faiz dan Aiat keluar dinner pulak..kami makan di Wan Zai Ikan Bawal Goreng set..ambik Ikan bawal, ayam goreng dan Ikan keli..sedap jugak makan set ngan kuah kari macam ni..then after dinner terus balik dan berehat sebelum bertolak kke Queensbay mall semula pada jam 12am nanti..

*to be continued.

STATUS AZIM ASHAARY?

$
0
0
Lamanya tak update blog.

Sangat sibuk.sebab..

I'm going to Get MARRIED soon.

Robbi Yassir Wala Tuassir.

Robbi Tammim bilkhoir.

p/s: Akad nikah esok. Gulp..

NEW CHAPTER IN MY LIFE : AZIM ASHAARY JUST GET MARRIED!

$
0
0
Alhamdulillah.

Semua teka teki terjawab kini.

Syukur pada Allah yang telah memberikan saya ruang dan kesempatan untuk melangkah masuk ke alam pernikahan..Semuanya telah selesai dan saya kini telah bergelar seorang suami kepada isteriku yang tercinta..Bertempat di Masjid Al-Ittifaq Bayan Baru, Majlis pernikahan serba sederhana telah di adakan.


Dengan sekali lafaz kami berdua sah di ijab kabulkan. Kadi yang menikahkan kami ialah Ustaz Abdullah dari bahagian Barat Daya Penang..Nasib baik Ustaz Abdullah ni sempoi dan asyik duk buat lawak, tak ada lah stress sangat walaupun nervous dalam dada Tuhan sahaja yang tahu..


Majlis membatalkan air sembahyang


Bersama ahli keluarga ku


Bersama keluarga baru. Keluarga belah isteri


Duck faces!!


Bahagia ku rasakan bila isteri di sisi


berdua lebih baik


Baby makan tudung!


Do not disturb!!


Kredit to Masfarid for all of the pictures above. (Farid is our Official Photorapher).

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Terutamanya kepada keluargaku yang tercinta, Keluarga belah isteri, My bestman Faiz dan Izman, kawan kawan yang sudi datang ke majlis akad nikah dan majlis perkahwinan di Setia Pearl Island Group Ballroom(later saya update story), saudara mara, semua rakan kerja, our Official Photographer Masfarid, Our Videographer from CST Breed Rizal + Rifaie dan pada semua yang terlibat. Tanpa kalian tak mungkin majlis ini akan berlansung dengan sempurna.Semoga Allah membalas jasa baik korang semua! Insya Allah.

Doakan kebahagiaan kami suami isteri.

Dan kehidupan baru dalam hidup saya telah bermula..

*Jauh di sudut hati teringin untuk arwah ayah ada bersama-sama kami semua meraikan hari berbahagia saya..apakan daya Allah lebih menyayanginya..Semoga arwah ayah tenang di alam sana..Al- Fatihah..

MY WEDDING RECEPTION @ SETIA PEARL ISLAND GRAND BALLROOM

$
0
0
Welcome to my Wedding Reception!!

Bertempat di Setia Pearl Island Grand Ballroom, Bayan Lepas Pulau Pinang..Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 4pm..Seawal jam 10pagi aku dan Isteri dah bergerak ke Dewan resepsi untuk persiapan dan perwsediaan awal. 


Pintu gerbang dihias indah


Setup meja makan beradab dan mini pelamin


Tema English Garden. Very Nice!


Guestbook and symbolic


Candy Buffet setup for Kids


Jam 12pm para tetamu mulai sampai..majlis makan dah start. Pengantin dijadualkan akan muncul pada jam 2 pm..setelah selesai solat zohor.Terima kasih buat Bapa dan Ibu mertuaku serta keluarg abelah isteri yang tak henti henti melayan kunjungan tetamu.



Our Selection for today


Behind The scene persiapan pengantin


Thanks Rabiah banyak tolong kami!!


Kitorang bersiap sebelum zohor..bila waktu zohor masuk kami solat dulu then baru terus bersiap siap untuk perarakan masuk pengantin ke Dewan..Tetatmu dah mula ramai menunggu..Ikut plan asal semua berjalan lancar..memang tentatifnya pengantin akan turun selepas zohor.


Pengantin dan Pengapit


Bergambar sementara menanti ketibaan Family saya


Love this pic!


And its the show time!! serious aku rasa nervous masa turun..Muka tak berapa nak senyum tapi Faiez keep remind me to smile..Turun pun memang slow slow lah ni ikut paluan kompang


Turun tangga nampak rombongan family dan kawan kawan..aku rasa macam tak percaya pulak aku berada di situasi macam ni. Biasa tengok orang lain yang kahwin. Kali ini giliran aku pula. Alhamdulillah jodoh dah sampai..Rasa seronok pula masa tengok my family dan kawan kawan hyang akan berarak sekali masuyk ke dalam dewan.


Di Pintu Gerbang sebelum masuk ke dewan


Geng pengapit perempuan ramai..Students My wife..


Terus saja kami ke Meja santapan beradab..Belah my family Mak, Cik Ngah, Pok Zie dan Tok wan menjadi wakil untuk makan sama sama di atas pentas..Kitprang tak buat bersanding atas pentas..terus jer makan beradab sebagai highlight. selepas selawat ke atas nabi habis oleh kumpulan kompang doa makan mula di bacakan..


Azim dah kahwin!!


Ramainya yang ambik gambar kami..Rasa macam artis pulak..


Meja makan VIP untuk my family and friends yang datang as Rombongan..Memang aku pilih Tema Pink untuk Rombongan yang datang..sedondon baru nampak bersatu dan meriah..kena pulak dengan baju purple dan tema dewan. so nice! Thanks Kak Tie layan tetamu yang hadir. Makanan yang di sediakan adalah sedap sedap semuanya..


Pengantin kali ni tak macam pengantin lain. takde malu malu nak makan banyak. siap berebut pinggan atas stage. Tapi aku setuju lauk pauk yang ada - katering Umi Sheyqal ni terbaik lah..sedap!aku suka udang sambal dan ayam..depa semua kata Daging Kurmanya sedap. aku tak minat daging so tak lah makan lauk tu..


Selesai makan sessi untuk bersalaman dengan tetamu


with my family


with my BSAC friends..Thanks korang sebab sanggup datang dari jauh especially Sally dan Hilmie Zaifruez. Sorang dari Sarawak sorang lagi dari JB..Sam dan Angah pun thank you so much ya sebab korang datang! Zaidi dari Perlis..Long tie no see korang..Kamal dan Hakim pun ada datang..Alhamdulillah dapat jumpa balik member belajar zaman Uitm dulu.


My siblings yang lelaki


My siblings yang perempuan


Keluarga Ashaary Chik


Lepas dah siap bergambar semua, sempat lah bertemu dan bersalam dengan guest guest lain yang ada..kami nak tukar baju lain pula..kesuntukan masa sebab dewan sampai jam 4pm sahaja..


with Tuxedo and Evening Gown


Our Wedding Cake


Acara memotong kek..ada Cup cake with our Initial A & A


Dengan Geng BSAC lagi


Geng Bloggers dan kenalan lama. Thanks korang sebab datang!!


Family belah wife


With friends


my Family


with Mak dan Abang Shuk


Saudara Mara belah wife


Lepas majlis dah sampai ke penghujung nya tiba lah masa nya untuk kami berdua ambik gambar persedirian pula atas pelamin. its a mini pelamin actually tapi sangat nice. i like the decoration nya.


Just Married


Welcome to Our Wedding : Azlydia & Azim


Selesai Majlis di Dewan kami ke Teluk Bayu untuk sessi Outdoor bersama our Photographer Masfarid dan Videographer Rizal + Rifaie. seronok buat outdoor ngan diorang di samping cuaca yang baik dan tempat yang lawa.


Antara scene yang sempat dirakamkan


Ketika sunset muncul


Thank You CST Breed!


Berlari berkerjaran di tepi pantai


We were two now we are one


wife macam lagi tinggi dari aku jer..errrr


meh saya dukung awak!!


I will always love you..Insya Allah


Dan kebetulan yang sangat jarang, masa kami dah di penghujung Photoshoot boleh terserempak dengan Penyu di tepi pantai Teluk Bayu..such a great Coincidence..Memang betul lah Orang Terengganu dapat Orang Penang..sampai Penyu pun mai sini nak masuk Photoshoot sekali..Moga moga ianya petanda baik dalam usaha aku dan isteri untuk membina trumahtangga yang bahagia dan aman damai. Insya Allah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Terutamanya kepada keluargaku yang tercinta, Keluarga belah isteri, My bestman Faiz dan Izman, kawan kawan yang sudi datang ke majlis akad nikah dan majlis perkahwinan di Setia Pearl Island Group Ballroom ni, saudara mara, semua rakan kerja, our Official Photographer Masfarid, Our Videographer Rizal + Rifaie dan pada semua yang terlibat. Tanpa kalian tak mungkin majlis ini akan berlansung dengan sempurna.Semoga Allah membalas jasa baik korang semua! Insya Allah.

Doakan kebahagiaan kami suami isteri.

*Jauh di sudut hati teringin untuk arwah ayah ada bersama-sama kami semua meraikan hari berbahagia saya..apakan daya Allah lebih menyayanginya..Semoga arwah ayah tenang di alam sana..Al- Fatihah..

TRIP KOTA KINABALU JUNE 2013 PART 1 : THE ARRIVAL, SARAPAN PAGI DI GAYA STREET & RUMAH TERBALIK TAMPARULI

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Budiman.

Ya.

Dah lama saya menyepi. Kali ini saya kembali. Dengan semangat Baru. Blog ni terhenti seketika bukan sebab saya baru berkahwin. tak ada kena mengena. Cuma bila dah malas semua perkara tak menjadi kan. ada priority lain. tapi sebab sayang untuk tinggalkan blog ni, maka saya dengan ini berbesar hati untuk kembali bercerita dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang dilalui. Moga moga beroleh manfaat pada senmua.

Ok jom tengok entri apa yang ada kali ini.


Bulan Jun 2013 kali ni saya ada trip ke Kota Kinabalu. Trip untuk mendaki gunung lagi sekali. Tahun lepas dah pergi dengan kakak saya pada Mac 2012. Kali ni nak pergi lagi. sehari sebelum pergi saya demam. badan agak panas. Wife kata tak payah la pergi kalau dah tak sihat. Alhamdulillah esoknya di hari nak bertolak ke Kota KInabalu badan dah tak panas. Kalau tak pergi rugi lah sebab dah bayar semuanya. tak boleh refund balik. so i decided to pergi jugak. Hopefully Allah permudahkan perjalanan.


12 Mac 2013 - Tiket petang dari Penang ke Kuala Lumpur. Tiket jam 6.40pm. sampai KL dalam jam 7.40pm. Flight seterusnya ke Kota Kinabalu pada jam 9.25pm. kebetulan pulak satu flight dengan Faiz. saya ingat Flight dia petang tadi dah. so naik kapal terbang sama-sama dan sampai di Kota Kinabalu pada jam 11.50pm. 


Dalam flight dapat pre book meal. actually saya pun dah tak teringat yang saya ada order makanan masa beli tiket. perut pun dah kenyang masa ni sebab sebelum naik flight di Penang petang tadi my wife ada bagi bekalan nasi tomato mak mertua yang masak. so habiskan dulu nasik tu baru saya naik flight. Bagi Meal ni kat Faiz sekali dia pun tak makan. so simpan lah bawak balik makan di Kota Kinabalu.


Welcome to Sabah!! sampai di KK Abang Bear datang ambik. Actually main gamble jer telefon Abang Bear sebelum fly dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah dia tak ada plan so boleh fetch kami di airport. dari airport kami singgah di McD beli air dan terus pulang ke rumah abang bear untuk berehat. tidur.


Sesudah subuh, Abang Shah pergi swimming dulu di swimming pool dalam kondo nya. selesai dia swimming kami keluar untuk ber sarapan pagi di Gaya Street. Abang Bear tanya nak makan western ataupun nak makan tradisional. so saya pilih western lansung aja mereka bawak kami makan di Restoran Bombers Burger di Gaya Street. First time try makan di sini. semua makanannya western semata lah.


Long time no see abang Shah dan Abang Bear!!


Cool jugak tempat ni


Ni menu yang Faiz dan Abang Bear pilih. alamak saya dah tak berapa ingat nama meal ni apa. something to do dengan Chicken Fillet dan telur hancur with potato wedges. ada Cheese jugak. rasa isi ayam tu. sedap jugak.


Saya dan Abang Shah pilih menu yang sekali dengan air. ambik burger yang bombastik besarnya. tak muat nak sumbat sekali hadap. kena makan layer by layer. nampak sedap. dan rasanya pun sedap..ok lah. lama rasanya saya tak makan burger macam ni.


Ada sos kuning tu. macam yogurt dan Cheese. so end up saya tak makan. tak minat. makan ngan sos saja lah. Daging Burger tu tebal dan mantap. patty burger.


Bersembang sembang dan makan. Alhamdulillah kami kekenyangan. 


Dari Gaya Street kami pulang semula ke Rumah Abang Bear sebab nak ambik beg. dalam jam 10.45am kena jumpa organizer dan peserta mendaki Gunung Kinabalu yang lain di Airport KKIA. ni saya bergambar depan Motosikal depan rumah mereka. cantik sangat dengan fully covered cheetah punya skin. 


Sampai di Airport dekat jam 11am. Shah Momo as the organizer dah telefon berkali kali sebelum aku ngan Faiz sampai. this is the first time jumpa momo. sebelum ni berurusan di Facebook sahaja untuk bayaran pendaftaran dan sebagainya. Nice to meet you and Robert at the airport. Dari Terminal 2 kami bergerak ke Terminal 1 untuk fetch 2 orang lagi peserta yang naik MAS. terminal 2 untuk AirAsia, Terminal 1 untuk MAS dan MALINDO Air.


Daripada airport kami bergerak ke Restoran Sri Dewi Tanjung Aru untuk bersarapan pagi. walaupun saya dan Faiz dah makan pagi, makan jer lah lagi skali dengan peserta peserta lain. sessi suai kenal dengan peserta lain. kenal dengan Encik Ahmat, Abang Zahari, encik Amir, Akhmal, Keyroll dan lain lain. peserta wanita masih kurang familiar di waktu ini. takpe. ada banyak masa lagi untuk berkenalan nanti. selesai makan makan di sini, iaitu makan soto dan minum soya, ke pasaraya berdekatan untuk mencari barang yang diperlukan untuk pendakian. kemudian perjalanan diteruskan..


Apabila melalui Tamparuli, organizer singgah sebentar di Rumah Terbalik Tamparuli Sabah. salah satu tarikan pelancong yang baru sahaja diperkenalkan tahun lepas. This is my second time datang. last year masa depa baru bukak on February2012 saya dah sampai sini. siap masuk jugak. This time around jom lah masuk lagi.


Thanks Faiz belanja tiket masuk. Fee masuk RM10. actually malas dah nak masuk sebab dah masuk tahun lepas. dah ada orang belanja takpe lah. masuk jer lagi skali. for me harganya macam mahal rm10 untuk tour yang tak sampai 10 minit pun kat dalam rumah tu. tapi takpe lah. Bukan selalu pun. kat luar rumah siap ada kereta yang terbalik juga.


Tiket masuk. Fee RM10


Lokasi rumah terbalik ni terletak di tamparuli. Kalau dari kota kinabalu nak menuju ke kundasang, mesti boleh nampak dari tepi jalan. Agak unik sebab satu-satunya rumah terbalik yang ada kat sabah. Masuk dalam rumah, segalanya terbalik..kita berjalan kat siling rumah. Segala TV, perabot, peralatan rumah  berada dalam keadaan terbalik..maksudnya nak tengok TV kene pandang ke atas la..rasa agak pening2 juga kalau tak biasa. Paling syok kat bilik air..mangkuk tandas kat atas..agak2 nya la kalau rumah ni ada penghuni yg duduk..mcm mana dia nak buang air…:) kalau datang ke sabah, jemput la singgah kat rumah terbalik..maaf gambar dlm rumah takde..sbb tuan rumah tak izinkan ambil gambar dalam rumah.


Bersama kawan baru


Nak masuk rumah kena pukul Gong dahulu. Kemudian kena ketuk pintu rumah sebelum masuk. ada orang bukak pintu baru boleh masuk. pantang larang kat sini tak boleh ambik gambar dalam rumah. kalau tak kena denda RM100. pastu kena jalan dalam karpet merah jer. rumah tak besar mana pun. kecik jer.


Keluar dari rumah terbalik. baru boleh bergambar, hehe


Di area luar ada taman terbalik dan tandas terbalik. Boleh bergambar sakan kat sini sebab di luar kawasan rumah. Unik jugak tengok tandas terbalik. masa saya datang last year belum ada lagi taman dan tandas terbalik ni. 


tengok siapa yang mengintip di tingkap dan dalam cermin tu??


Kesimpulannya kalau datang ke Sabah singgah lah rumah ni. at least you experience how to walk upside down dalam rumah ni. Tahun lepas takde pagar lagi so boleh la nak curi ambik gambar dari luar. sekarang dah ada pagar so sukar sikit nak curik ambik gambar unless korang bayar kat entrance. ada kedai souvenir dan cafe di sini. Boleh la kalau nak beli Fridge Magnet , Mug ataupun T-Shirt Upside Down House of Borneo.

And the journey to Kundasang Continued..

*To be continued..

RACE REPORT : PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2012

$
0
0
Tempat permulaan PBIM 2012 di depan Queensbay Mall.

18 NOVEMBER 2012

Jam 12.30am kitorang gerak dari seberang masuk ke Pulau sebelum jambatan di tutup pada jam 1am..sampai di QB Mall banyak lagi tempat parking duk ada. so park dulu dan sediakan apa yang patut. Flag off bagi Full Marathon pada jam 2.00 am. so masih sempat untuk get ready apa yang patut. Aku dan Faiz buat Full Marathon. Aizat dan Kak Tie buat Half Marathon.


Abang Bear dan Abang Shah pun ada skali. Abang Shah akan Buat his first Full Marathon for this event. Pecah dara FM lah nampak gayanya..Good luck abang shah!lama giler tak jumpa diorang..tunggu event macam ni je lah kalau nak jumpa member member lama..Gengkakilari pun ada skali join PBIM2012..Zarul, dan Izman dan Zull. Sempat lah buat warming up sebelum race bermula..tepat jam 2am flag off untuk Full Marathon. lets run!!


This gonna be our last year to run on this Penang Bridge. in 2013 we will run on the new bridge. so lets take a photo while we can!! aku berhenti jer ambik gambar.. lagi pun kaki tak berapa cargas masa ni. still sakit sakit sebab workout kat Gym..silap sebab buat leg workout 2 days before the race. apa boleh buat. redah saja lah.


Follow pacer 5:30


Water station pun banyak disediakan. tak ada yang lebih menyegarkan bila dapat minum air 100 plus yang sejuk sejuk time berlari. aku siap topup lagi buh dalam bekas air yang aku bawak kat pinggang.


Tapi one thing i notice ramai yang membazir. ambik satu botol mineral pastu tinggal macam ni jer tepi jambatan. pencemaran sungguh.


span merata rata


still steady. walau tak larat dah sebenarnya. masa ni baru km ke 13


i guess ramai tak peduli tengok signage ni. ramai jer berhenti. hehee.. termasuk lah aku..dari hujung jambatan sampai lah ke hujung jambatan sana.. kiranya macam buat u-Turn lah. keluar dari Jambatan penang sampai lah ke depan area Jelutong. ada satu Shell kat situ aku berhenti untuk solat subuh. Runner lain pun ramai jugak yang berhenti. masa solat subuh kaki dah terasa sakit. what to do. kena teruskan jua lah.


Yang aku suka sebab banyak sign board moptivasi macam ni disediakan. Remember the reasons you are doing this. Bila aku kenang balik tak ada orang pun yang paksa aku buat Full Marathon ni. aku sendiri yang gatal kaki nak seksa diri. tapi takpe. aku tahu kepuasan nya akan berbayar bila dah sampai di hujung penamat nanti.


Actually kalau korang nak tipu pun boleh sebenarnya. sebab akan buat U Turn sebelum sampai Georgetown. dan akan berselisih dengan pelari lain. Tapi ingat lah kembali. apa tujuan korang berlari kalau nak menipu kan?? you just lie to yourself. remember tak ada orang yang paksa kita berlari. you are the one who sign up for this. so better race ikut mileage bebetul. Run with pride.


dalam perjalanan ada Bomba duk simbah air


Masa ni berlari lari anak..


Subhanallah!! Indah sangat masa lalu tepi pantai Jelutong..sempat tengok sunrise..jam menunjukkan pukul 7.15am.. dah tak jauh dah nak sampai..walaupun jauh lagi sebenarnya. tapi gagahkan kaki juga untuk melangkah dan teruskan berlari..


keep running guys!!


its true. Pain is temporary. Pride Lasts Forever


Bertemu dengan Farah di persimpangan depan E-Gate. tak kenal pun dia ni. dia ada bukak kedai runcit. Boleh minum air apa yang nak. aku minum sikit air Coke. she said that she is stranger buat she proud of me! yeah i'm proud with myself too:)


Ni lah laluan aku balik dari Kerja. actually laluan pun memang akan lalu depan tempat kerja aku. biasa naik kereta . kali ni berlari yer guna kaki sendiri. at least dah ada pengalaman berlari atas jalan ni.


Last 5 KM memang aku berjalan jer. kaki dah sakit. this is the worse full marathon ever after Standard Chartererd KL Marathon dan Putrajaya Night Marathon. i guess this is because i didnt training well. takpe lah tak perlu nak salahkan sesiapa. salah diri sendiri juga. jagan kaki sampai tak boleh berjalan dah la nanti.


This signboard is funny!!


Inspired!!


Dan akhirnya pada jam 8.30am aku sampai juga di garisan penamat.. kaki terhincut jhincut. tapi yang penting semangat tu ada untuk teruskan larian. Timing aku ialah 6 jam 31 minit. yeap. its true. the worse timing ever for Full Marathon. tak kisah lah janji dapat finish the race. itu dah cukup baik.


Faiz dah sampai awal dari aku. kurang 5 jam dia sampai..mamat tu memang laju.siap dah pakai Finisher tee..masa sampai cik LJ dan Kak Tie pun tunggu aku di garisan penamat. masing masing dah bimbang pasal lah aku tak sampai sampai lagik..lesson learnt. lepas ni aku tak boleh main main. Full Marathon bukan perkara main main. at least kena ada effort untuk training. baru risiko untuk injured akan berkurangan.


Makan dulu. ada roti dan telur separuh masak. serta kopi o.


Alhamdulillah berkat kesabaran. dapat juga medal dan Finisher Tee. aku rasa macam dah tak ada harapan sebab lebih dari 6 jam. aku tak sure cut off time untuk Penang Bridge berapa jam. kalau SCKLM cut off time ialah 6 jam. tapi rezeki masih berpihak so dapat lah Finisher Tee dan finisher medal. 42 KM tu beb!!


Lawa medal!!


with Arman and the gang. Arman lagi gila. Buat 21 KM then sambung pulak buat 10 KM sebab nak kejar medal tahun ni. ok lah tu arman. janji kau bahagia. congrats! cukup lah medal duia dapat untuk penang bridge sebab last year dia dah buat Full marathon. i mean in 2011.


Rasanya tu je lah race report untuk Penang Bridge Marathon 2012.

Alhamdulillah apa terjadi aku masih boleh tamatkan larian dan belajar sesuatu dari larian ni. insya Allah later kena lipat gandakan usaha untuk training dan kumpul mileage. teringat one of my fellow runners kata rule of thumb kalau taknak suffer dalam Full Marathon at least seminggu mileage kena 40KM. which mean sebulan 120KM. kena curi masa lah wei untuk berlari. nak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Congrats to Abang Shah yang berjaya menamatkan First FM nya. tak virgin dah la kan.

*Dari depan Queensbay Mall ni kami makan makan di Taman tun Sardon. berakhirlah satu lagi event di Penang. Jumpa lagi semua di Penang Bridge Marathon 2013!!

TRIP KOTA KINABALU JUNE 2013 PART 2 - KINABALU PARK , KUNDASANG & MESILAU NATURE RESORT

$
0
0
Ok jom sambung lagi kisah trip Kota Kinabalu.

13 JUNE 2013

Selesai melawat Rumah terbalik di Tamparuli Sabah, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang.. Dalam perjalanan bersembang lah dengan peserta peserta lain. Unlike me and Faiez, yang lain semua first timer nak naik this Gunung. Excited jugak tengok Gunung Kinabalu dari kejauhan. Di Sabah attraction place nya kebanyakkan nya jauh jauh.. saujana mata memandang.


Gambar yang dirakamkan dalam perjalanan.


Kami tiba di Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran. Kalau naik melalui Timpohon akan bermalam di Resort di area Kinabalu Park ini sahaja. Untuk ke Mesilau di area lain. so di Kinabalu Park ni kami menurunkan barang dan akan bawa barang yang perlu sahaja untuk dibawa naik ke Laban Rata. Barang lain tinggal di sini. ada bayaran RM10 dikenakan untuk setiap beg.


Urusan Pendaftaran dan bagasi


Di Kinabalu Park ni lah kami salin pakaian dan solat dahulu. Buat apa yang patut. Cuaca memang dah sejuk..Alhamdulillah tak hujan..Dari bawah nampak Punck Gunung Kinabalu. Subhanallah Indah sungguh alam ciptaan Mu ini..


Selesai semua urusan pendaftaran, shah Momo selaku our organizer memberikan sedikit penerangan tentang summit trail yang akan kami lalui. melalui Timpohon ke Laban Rata jaraknya 6.5 km. Daripada Mesilau jaraknya bertambah menjadi 8km untuk menuju ke Laban Rata. semua peserta khusyuk mendengar penerangan.


Yes we can do it!! semua semangat nihhhh


Mari menuju ke Puncak Gunung Kinabalu!!


Selesai urusan di Kinabalu Park dan dah selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki. sempat singgah di Pekan Kundasang. Cantik sangat pemandangan kat sini!!!


Quite suprised tengok pekan kundasang dah berubah wajah. siap ada KFC. dan siap ada bulatan kecil lagi. Last time i was here i dont remember i observe this. well namapak lah lagi organize. dengan pemandangan yang memukau mata. This is what i love about Sabah. bentuk muka buminya memang tak pernah menghampakan aku.


We stop by kat satu restoran apa ntah namanya aku dah tak ingat. singgah untuk makan lewat tengahari. dah petang pun sebenarnya. masa ni dalam pukul 4pm. Ok lah untuk isi perut. memang dah lapar sangat. This kedai ada jual nasi campur. dan jugak sup-sup.


Kat tepi this restaurant ada gerai menjual sayap ayam. They claimed rasanya sedap. aku tak minat sangat kepak ayam tapi boleh la give a try..bau rempahnya harum..tapi jangan pulak korang tengok asap bakar ayam ni disangka kabus. heheee


Beli kepak ayam sampai 5 ketul


makan nasik campur dan sup ayam. Rasa kepak ayam tu sangat sedap ya!!


lunch with a majestic view


Dekat satu jam jugak lah kitorang lepak makan kat sini. sembang sembang lagi apa yang patut. yang aku suka about semua peserta sebab dari pelbagai lapisan umur. but thats not quite a barrier.Masing masing tak lokek untuk berkongsi pengalaman yang ada. tak sombong lah. senang nak communicate. Orang berbudi kita berbahasa. Dah kenyang isi perut segala kami teruskan lagi perjalanan untuk ke Mesilau Nature Resort. Kurang dari satu jam kami sampai di sana..


Selamat tiba di Mesilau Nature Resort. Kami akan bermalam di sini satu malam sebelum memulakan pendakian ke Laban Rata esok.. kat area ni line telefon Maxis dah tak ada. Line Celcom jer ada. So this is the llobby where our organizer selesaikan urusan pendaftaran untuk check in di sini.


Lets go to the bishop head


Mesilau Nature Resort is a tranquil retreat amongst the foothills of Mt. Kinabalu and provides an alternative starting point for the mountain climb up Mt. Kinabalu. An additional 30 minutes past Kinabalu Park and 2000 metres above sea level, Mesilau Nature Resort is set against dense jungle with a cool climate. Home to exotic species of fauna and flora, Mesilau Nature Resort is the best place to find the giant pitcher plant, the Nepenthes.


Find rest and relaxation in the property's spacious lodges and hostels. The Witti Range Lodge has 3 bedrooms, a living room, heater, and bathroom with hot shower. The Crocker Range Room also has a separate living area and bedroom. For groups on a budget, they can find ease in the dormitory-style Bishops Head Hostel with its bunk beds and common kitchen, lounge, and bathroom. All are comfortably fitted with a cable TV, telephone, and radio.


kami stay di Bishop Head. Style Domitory dan siap ada ruang tamu, dapur dan telefon. kemudahan lengkap lah. selesa pun selesa. satu bilik ada kongsi 4 orang, ada kongsi 6 orang. ikut mana yang sempat lah. nak tidur satu malam jer pun. dah selesa sangat dah macam ni. kalau korang dalam group dan nak budget, this is the best choice.


di serambi luar hostel


Tak nampak pulak orang lain. macam kami jer yang ada.


Masa sarapan pagi tadi di Tanjung aru, sempat lah depa ni duk beli makanan kat kedai serbaneka yang ada berhadapan restoran. ada lah beli paket minuman, maggi , Roti dan jajan. boleh buat supper.


Salah seorang peserta mendaki, Encik Ahmat duk bawak kacang dari kapal terbang MAS. banyak pulak tuh. aku memang suka kacang ni. sedap. Boleh buat mandat naik Gunung esok.


This is Rahmaan. Baru kenal di sini. Orang lain tengah rest dia masih duk sibuk packing barang. duk risau takut tak cukup kelengkapan kat atas sana. i know that feeling. last year masa aku first time nak naik Gunung Kinabalu pun aku rasa macam ni. rasa macam nak bawak semua benda naik atas Gunung. i even brought my laptop sampai laban rata. padahal tak guna pun. tak sempat. mana ada masa. Rahmaan duk try squeeze barang kot kot ada yang tak perlu bawak. This time around sebab aku dah tahu what to expect so takde apa yang nak di risaukan. relax bro! relaxxx..


Dalam jam 8pm kami berjalan kaki turun dari Hostel menuju ke tempat unuk makan malam. cuaca amat lah mengundang. sejukkkkkk. kalau korang tak pakai sweater memang korang anak mat salleh la. jauh jugak nak menapak turun. takpe. exercise. esok lagi lah jauh nak menapak.


mari lah mari kita makan malam di sini


Da sampai tempat makan ni baru nampak orang lain yang ada sama. ramai jugak ya. Tempat makannya luas jugak. Buffet style. makanan yang ada ok lah. tak lah banyak pilihan sangat. tapi cukup lah. apa lagi jom kita seranggggggggg!!


Time sejuk sejuk macam ni pekena sup ayam adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata. taruk sikit cili potong pehhhhhhhhhhhh memang heaven!! hirup masa kuah tengah berasap. rasa panas je dalam badan.


Tak teringin nak makan nasik. ratah lauk sajalah.


Mengambil peluang yang ada untuk bersuai kenal lebih dekat dengan peserta peserta yang ada.


Minum tea o Panas. slurrrppppppp..


Yang sebelah kanan aku tu Organizer Shah Momo. tak pernah jumpa pun sebelum ni. kenal kawan atas kawan. so just join jer mana yang sempat. Nice to meet you bro! lepas ni boleh join lagi. sekali jumpa pulak dengan encik Ahmat Chubatex. master untuk dive. bila upload gambar kat FB my old friend back in Uitm shah alam, Jili kenal pulak dengan encik Ahmat ni sebab dia tengah nak jadi Dive Master. belajar Under Encik Ahmat ni lah..alahai keciknya Malaysia kan. Pusing pusing kawan kepada kawan adalah kawan kepada kawan kawan.Jauh berjalan luas pandangan kawan kawan pun berkembang.


Di luar tempat makan ada kedai runcit yang menyediakan peralatan makanan dan kelengkapan untuk mendaki. tapi a bit mahal lah. mana tahu kot kot korang terlupa nak bawak head lamp ke. terlupa sarung tangan ker. kat sini ada jual. siap duit je lah. lepas dinner just ronda ronda kawasan keliling cafe ni. nice surrounding. Ada Wifi disediakan tapi tak laju. nak whatsapps boleh la tapi nak instagram tak lepas. jadi lah kan dari takdak lansung.


Mesilau Nature Resort Site Plan


Selesai makan malam ada perjumpaan ringkas di Ruang Tamu Bishop head. Semua peserta mendaki diberikan kertas penerangan mengenai summit trail esok hari. ada lah a few penerangan yang detail kat situ. Shah Momo pun duk beri sedikit penerangan pasal mesilau trail. bagi pencerahan especialy pada semua yang tak pernah naik. Lupa nak cakap tak semua yang ada di sini naik. ada yang hanya ikut trip untuk water rafting sahaja.


Santai-santai sembang sembang..siap bersembang politik lagi malam ni dengan encik Ahmat, Melur, Keyroll, akhmal dan Rahmaan. yang lain semua dah masuk tidur.. biasalah aku bukan model tidur awal. Share experience kat Mekah masa Umrah. Haji Ahmat cerita pasal dia buat Haji ngan Wife dia, dan macam macam story lagi lah. bercanggah pendapat kan teman berfikir yang baik. tak gitu kengkawan.


Sembang kosong tak sedap juga. sembang sambil makan roti ngan makan megi. Dekat pukul 1am jugak lah rasanya baru kami masuk tidur. menanti hari esok untuk memulakan pendakian. Aku tak berapa sihat sangat masa ni. selesema dan badan tak berapa sedap. baru recover dari Demam, Hopefully nak panjat esok pagi tak ada masalah. 

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

*To be continued..


TRIP KOTA KINABALU JUNE 2013 PART 3 : PENDAKIAN DARI KAKI GUNUNG KINABALU KE LABAN RATA VIA MESILAU TRAIL

$
0
0
Assalamualaikum.

14 JUNE 2013

Jom kita sambung lagi kisah pendakian Gunung Kinabalu.


Alhamdulillah semalam dapat rehat yang cukup. Selimut entah berapa lapis sebab memang sangat sejuk di Mesilau ni. Ada shower air panas tapi macam tak function jer. air sejuk pun sejuklah janji boleh mandi.. lepas solat subuh bersiap lah terus semua barang barang. sebab akan bergerak terus lepas sarapan pagi. suasana pagi yang sangat mendamaikan jiwa!


SUTERA Sanctuary Lodge


Sarapan pagi disediakan dari jam 6am sampai 10am. dalam jam 7.30am kami semua dah sampai di cafe untuk bersarapan. agak kelaparan juga lah. lagi pun kena makan untuk bekalan tenaga. 8 km nak mendaki ke Laban Rata. Harap Allah permudahkan.


Ni je ke aku makan? ok tipu. ada lah nasik lemak sikit aku ambik. dan a few kuih kuih lain. 


Rakan rakan yang sudah bersedia untuk mengerah keringat mental dan fizikal


kat cafe ni ada disediakan Wi Fi percuma. Tapi coverage macam tak berapa kuat. nak instagram pun tak lepas. haha..tapi ok lah boleh berwhatsapps. just whatsapps my wife to inform her yang kami semua dah ready untuk bertolak naik ke Laban Rata. sebelum ke tempat briefing aku masuk toilet dulu. buang lah apa yang patut. takut tercicir di perjalanan susah pulak nanti. Actually aku tak berapa sihat. baru jer recover dari demam. harap harap bioleh lah mendaki dengan baik. running nose. tak selea. tapi ku tetap redahi jua.


semua peserta berkumpul untuk briefing 


This is our guide. malim hutan. namanya aku dah tak ingat. dia dan his 2 another member will assist us untuk naik ke atas. mana mana yang tak larat nak bawak beg boleh beri pada Porter. Bayaran yang dikenakan sekilogram RM8. so pada yang tak larat nak carry beg sendiri boleh la minta pertolongan porter. siap duit je lah. Our guide just explain about this trail. yang akan memakan sejauh 8km ke laban rata. additional 2 km daripada Timpohon Gate.


apa aku duk sembang ngan shah momo tu???


Nak naik ke Gunung Kinabalu kena ada permit. so kena ada Tag ni juga. sebab di tag ni ada nombor siri. kita punya ID lah kiranya di atas sana. untuk urusan sijil juga. nanti bila sampai di sayat sayat check point they want to see this tag.


apa kesistimewaan Mesilau Trail ni berbanding ngan Timpohon?? dah la lagi jauh 2km. best ke laluan ni?? so let me tell you straight away - Mesilau Trail tak psiko sangat berbanding Timpohon trail. kalau naik melalui Timpohon you guys akan menaikkkkkk jer memanjang. banyak Giant stairs. macam tak abis abis. so kalau mental tak kuat boleh down lah. kalau mesilau jalannya lebih landai. ada naik turun naik turun. pemandangannya pun lebih cantik. tak rasa terkurung sangat. later you guys tengok gambar kat bawah ni then you will know what i'm saying just now.


This is semua peserta yang naik sekali untuk trip kali ini. 19 orang.


Di depan Mesilau Operation Room ni kami buat simple stretching. kena lah stretching jugak untuk reduce risiko injured time mendaki. Faiz yang lead. dalam 10 minit macam tu jer. Thanks Melor tolong snap gambar masa kami duk stretching. Kemudian baca doa apa yang patut sebelum memulakan misi pendakian ke Laban Rata.


semua dah ready??GO!!!! Waktu bertolak 8.45am


Konsep mendaki ni biar start slow but finish strong. sama jer macam konsep berlari. untuk km awal awal ni biar slow slow dulu. nanti baru catch up. yang dah ke depan masa ni emma ngan Encik Ahmat. laju depa. tak nampak bayangan dah. hehe


Baru KM 0.5!! ok lagi. still tak panas lagi..


Kak Ana duk sibuk ambik gambar tumbuh tumbuhan dalam perjalanan. yeap, this is the right things to do. jangan fokus sangat pada pendakian. try tengok alam sekeliling. feel free with nature.. enjoy the trail. tak perlu nak stress stress. this is not a race. even if its a race, its a race within yourself. you just compete against yourself.Pokok yang banyak nampak ialah pokok periuk kera. tapi kecik kecik. aku nak cari yang besar. mungkin kat depan depan nanti ada.


Yang duk kat tengah tu kak suhla. Both of them kak Ana dan kak Suhla first timer. doesnt matter pun sebenarnya as long as you want to do this why not give a try. Age doesn't matter also. challenge yourself. get out from the comfort zone. seize the time to do this outdoor activity. its fun and healthy too!! ok now i'm sounds like a motivator. cukup. balik ke topik asal please.


See. Baru jer sampai KM1 via mesilau Trail  dah nampak scenery yang cantik macam ni. kalau via Timpohon kiri kanan Hutan jer lah yang ada.Kalau korang tak pernah naik Gunung Kinabalu, aku sarankan supaya korang ambik via mesilau terus. sebab akan turun via Timpohon jugak. so kalau korang naik via timpohon akan turun tempat yang sama. so better this trail. additional 2km tu tak lah jauh sangat. terpulanglah. tepuk dada tanya selera.


Berehat sebentar di Pondok pertama. Pondok Schima. bersembang sembang dengan Kak Ana dan Kak suhla. baru nak break the ice. sebab semalam duk bersembang ngan geng geng lain. ada juga dua tiga orang porter berehat hisap rokok.


 after KM 1.5 jumpa Pondok berehat kedua. Pondok Bambu.


Ini aku tak pasti buah apa. Tanya orang depa kata Ceri hutan. Wallahualam.


Pada KM2 nampak ada satu mini air terjun. gigih la ada dua mat salleh duk posing ambik gambar kat sini. 


steady lagik. 


Macam cantik jer kan. tak tahu ni apa. ambik gambar jer.


Lepas daripada KM3  ada jambatan Gantung merentangi air terjun. ni pun satu lagi kelebihan mesilau Trail compared dengan Timpohon Trail. Timpohon trail just ada air terjun jer di awal perjalanan. tak ada jambatan gantung macam ni. another point why you should vote for mesilau trail.


subhanallah.. cantik kan air terjun ni..


Berhenti di satu lagi check point. Pondok rehat. Makan dulu bekalan yang ada. lapar. Thanks to my wife yang bekalkan banyak cokelat untuk ekspedisi kali ini. makan share dengan kawan kawan.. Biasa naik Gunung macam ni baru seronok duk makan cokelat. kalau kat rumah berlambak dalam peti sejuk tak makan pun.. bawak naik sini rasa macam sedap gila.. tenaga segera..


Perjalanan di teruskan lagi.. bersaing rapat dengan minah salleh ni. tak sure dia dari mana. tapi sangat laju ya berjalan. memang laju. stamina tinggi ni.Alhamdulillah sangat cuaca adalah baik. teringat masa naik last year, hujan sepanjang jalan. memang lencun. nasib baik ada kamera underwater Olympus. kali ni boleh la snap guna DSLR D90.


Akhirnya bertemu dengan encik Ahmat yang laju di permulaan tadi..for his age, he really fit. ye lah bila sembang dengan dia dulu masa muda muda belia remaja dia marathoner. banyak lah join event larian. sekarang dia instructor SCUBA. bukan instructor biasa but his own company. (kalau tak silap aku lah). Untuk orang yang suka outdoor, no wonder lah stamina tinggi. hopefully aku boleh bina stamina yang tinggi juga sampai ke tua nanti.. insya Allah.


Aku dan Faiez sampai dulu di Pondok Lampoyou ni dari encik Ahmat. Emma dah sampai dulu. tengah makan. agak lapar jugak. aku pun tak sure kenapa aku tak ada bekalan makanan. diorangs emua dapat. terlupa nak ambik lah tadi lepas sarapan pagi. so pow roti dari emma jer lah. ngan makan cokelat dan kacang apa yang ada. bekalan air Alhamdulillah mencukupi.


Tupai yang mencari makan


Ni apa ni? lalat? tebuan? lebah???


Dari pondok Lampoyou kami meneruskan lagi pendakian ke atas. baru nak bergerak encik Ahmat pulak sampai. dia pun lapar. bekalan makanan dia ada ngan si Emma. so aku beri je lah mana cokelat dan air yang ada. Kira tunggu dulu lah dia makan. boleh jugak aku rest rest sikit. kabus dah mula tebal. dah mula sejuk. kena pakai baju sejuk lah. Running nose pun makin menjadi jadi. tak berapa selesa. urggghhh..


cantiknya pemandangan belakang tu


Selepas dari Pondok Nepenthes kami terjumpa dengan Pokok Periuk kera yang besar macam ni.dari tadi asyik terjumpa yang kecik jer.. sepanjang perjalanan ni sebab tak mau kebosanan sangat pasang lagu dan we sing along the trail. dapat lah 10 - 15 lagu. tak boleh nak nyanyi lama lama sangat. bateri fon dah low. haha


Boleh buat masak nasik ke kat dalam ni?


 Semua pendaki gunung tanpa permit akan didakwa di bawah seksyen bla bla blaaa..


This is it! akhirnya kami sampai di Check Point pertemuan antara Timpohon Trail dan Mesilau Trail. Laban Rata lagi 2 Km ke atas..dah tak jauh dah. as we go higher cuaca memang dah mula menjadi sejuk.. quite selesa lah dengan cuaca macam ni..bukan lah sejuk gila gila pun.


Rest 5 minit kat pertemuan jalan.. ambik gambar minum air dulu


Sembang dengan mamat australia ni. dia rileks jer pakai seluar pendek naik ke atas. tempat dia lagi sejuk kan.Masa ni kaki aku krem seketika. sapu krim panas. baru muscle jadi ok balik. i learn something. kalau tanak krem jangan berehat teralu lama. bila muscle dah sejuk tu yang akan jadi cepat krem. kalau boleh just jalan jer. perlahan lahan pun takper. jangan stop lama lama sangat. masuk angin.


Cubaan mencari signal. ada signal H++ lagi. so upload lah sekeping gambar kat Instagram. kat atas sana nanti rasanya tak berapa nak ada line. tak kisahlah. turun nanti boleh upload pics bebanyak..


Geng geng porter yang hebat. bawak muatan 20-30 kg tak ada masalah. mereka dah terbiasa macam ni. they even got paid for it so why not. kita ni lain lah. bawak barang 10 kg pun dah rasa macam 100 tonne. Practice makes perfect. i just cant imagine pakcik yang bawak tong air naik ke atas. ada dalam rancangan majalah 3 Tahun lepas. salute lah kat you pakcik!!


Baru KM 4.5. lagi 1.5 KM untuk sampai ke Laban Rata


Spooky tak? hehe.. kabus dah tebal..yang putih putih tu kabus.


 Sampai kat Pondok Villosa aku dah lega dah. sebab ni Pondok terakhir check point yang ada sebelum sampai ke Laban Rata. Kat Pondok Villosa ni rest lama sikit. makan cokelat. Minum air. makan kacang. masuk toilet. buat lah apa yaang patut.


Emma sampai dulu di pondok Villosa.. so kami rest dulu kat tepi batu. menikmati pemandangan. menikmati kesejukan. menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Orang pun dah ramai yang sampai di check point ni. aku mintak minah korea ambik gambar kitorang ni. 


amboi. bercinta nampak. gelak sakannnnnnn...sambil makan roti


Ini lah 4 orang yang terhadapan. encik Ahmat akhirnya sampai di pondok Villosa ni. kitorang plan untuk gerak sekali lah. tak kisah sapa sampai dulu, yang sampai dulu nanti tolong ambik kan kunci bilik untuk our group. kuat stamina budak Emma ni. daripada perempuan yang ada dia paling laju. 


5KM already!! lets go to the Laban Rata!! sebab cuaca dah makin sejuk, kena pakai baju sejuk dan tutup kepala. penutup kepala tu aku punya ayah mertua kasi pinjam. thanks papa Jo!! budimu aku kenang!


breath taking scenery. awesome!! Subhanallah!! Maha suci Allah


Top 3


Nampak jer bangunan tu, Alhamdulillah sesangat. maknanya lagi beberapa langkah kami akan sampai di Laban Rata. masa sampai kat Waras Hut tadi pun rasa penat sket. tapi kena paksa. Push up a lil bit. then you gonna be fine. Mental kena kuat. jangan layan sangat mental yang duk suh stop. teruskan melangkah inysa Allah kejayaan milik kita semua. cewwah!!


lets follow the arrow. Laban Rata Entrance


yes!! i did it again. sampai lagi buat kali kedua di tempat ini. last year ambik gambar di atas batu ni jugak bawah sign board. pun pakai baju windbreaker merah ni lah. masa tu dengan Fadhlul Hadi. ak Tie tak sampai lagi. kali ni aku ngan Faiz yang sampai dulu. yang lain lain masih dalam perjalanan. Hopefully they will arrived safely.


Well done you have reach Laban Rata resthouse!!. sampai jer sini first thing aku buat ialah cari toilet dulu. then salin baju. sebab  baju berpeluh, bila cuaca sejuk badan jadi sejukkk sangat. so pakai baju sejuk lain. to cover up my body. warm up my body. Faiz uruskan urusan pendaftaran dulu apa cerita pun. waktu kami sampai ialah 3.30pm. bertolak jam 8.45am. Kira ok lah. tak lah cepat sangat dan tak la lambat sangat.


Ingat dapat stay di Laban Rata resthouse, sekali dapat di Gunting Lagadan. kena naik atas sikit lagi untuk ke dorm ni.tak kisah la. janji ada tempat nak tidor. last year dapat stay di Laban Rat aRest House, kali ni dapat rasa Gunting Lagadan pula. basic dormitory. satu bilik ada yang kongsi sampai 6 orang. 8 orang pun ada. Ikut nasib man abilik yang available lah.


Buffet akan bermulapada jam 4.30pm. dekat sejam lah nak menunggu waktu makan. so kami beli air dulu. beli kopi dan minum teh o limau panas. air segelas macam ni sampai RM12. biasalah. harga atas Gunung. tapi sebab nak menunggu lama lagi so better get something to drink. sambil sambil tu tengok jugak T-Shirt yang ada. last year aku dah beli sehelai. kali ni tak rasa nak beli lagi. kalau pergi lagi tahun depan mungkin boleh la beli. tu pun kalau design cun. Faiz ambik sehelai.


Semua dah menunggu masa untuk makan.


Apa lagi jom kita serangggggggg!!laparrrrr!!


Boleh tahan jugak lauk lauk yang ada kat sini. ada meggi goreng. ada ayam panggang. Telur masak merah. sayur campur. Pucuk paku pun ada. Daging masak apa ntah. semua sedap sedap belaka lah kalau time lapar macam ni.. rasa nak makan semua. Dah buffet style. lagi lah tak dapat nak kekang nafsu.


Dessert dan buah buahan


Kami makan berempat dulu. masa ni emma dan encik Ahmat dah sampai..so kitorang makan la dulu sementara menanti ketibaan kawan yang lain.


Lapar. penuh pinggan. Alhamdulillah kenyang!!


Dalam jam 5.30pm macam tu ramai dah sampai.


Dah siap siap makan semua terus la menuju ke Gunting Lagadan Hut. This dormitory ada 60 beds semua sekali. shower tak function sebab rosak. merasa lah nak mandi sejuk sejuk sat lagi. ada hall luas jugak untuk solat. ada dapur untuk panaskan air. Overall ok lah. not bad. cuma jauh dari tempat makan.  


Lepas dah siap solat semua duduk kat luar sementara tunggu hari gelap. encik Ahmat duk bersembang dengan orang korea. depa mai satu grup. ramai jugak lah. sembang apa pun tak paham. aku just ambik gambar je lah ngan diorang.


Dekat jam 8pm jugak lah baru semua ahli rombongan kami sampai..4 orang lewat sampai masa dah gelap. tak apa janji korang sampai. so lepak dalam dormitory solat maghrib isyak semua, then kemas barang sket untuk dibawa ke puncak nanti. dalam pukul 9pm aku dah siap siap nak tido. kaki masih penat. sat lagi jam 1 am nak bangun dah. Untuk meneruskan pendakian ke Puncak.

*to be continued..

KISAH 8 SYAWAL 1434H

$
0
0
Assalamualaikum. 

Lama saya tidak menukilkan sesuatu di sini. Sebenarnya situasi sekarang tidak memihak sangat pada blogspot untuk di update secara kerap. Ramai blogger sudah mula beralih arah, senang meng update apa apa sahaja di Facebook ataupun di instagram sahaja. Termasuklah saya sendiri. Apa-apa perkembangan terkini boleh lihat di ig saya: azimashaary.

Sayang sebenarnya untuk membiarkan blogspot ini terkubur. Jadi saya telah download application untuk berblog melalui Samsung galaxy note 2 sahaja, untuk memudahkan urusan mengemaskinikan AXIMUD agar tidak terus bersawang dan semakin dilupakan. Mungkin ada limitnya jika update secara terus di mobile tapi sekurangnya ada juga daripada tidak ada lansung. Seboleh mungkin saya akan mencuba.

Kisah 8 Syawal 1434H.

Sedar tak sedar bulan puasa dah habis. Raya pun dah berlalu pergi. Semalam 8 syawal berpuasa 6 untuk hari ke-3 bersama isteri. Untuk berbuka puasa, kami plan untuk menyediakan juadah berbuka Chinese style. Sebenarnya saya teringin nak makan shark fin soup. Wife pula teringin nak makan wantan goreng. So we decide to add on nasi goreng cina dan ketam goreng mentega sebagai tambahan. Ada pula chinese tea. Melengkapkan juadah berbuka semalam.

Wife sediakan nasi goreng cina dan wantan goreng. Saya buat ketam butter dan shark fin soup. Speaking of which, this was my first attempt to make shark fin soup. Tapi kami tak pakai lah shark fin betul. Cari yang imitate pun tak jumpa. Kami guna isi ketam sahaja. Rasanya not bad. Boleh la makan. Syukur pada Allah atas rezeki yang di berikan.

Masih dalam proses mencuba untuk update via mobile, gambar makanan ada di sertakan sekali. The layout might not be so attractive later I edit it back with my laptop.


Wantan goreng


Ketam goreng mentega


Nasi goreng cina. Warna jadi merah Sebab guna mentega lebihan dari meal butter crab.


Beli barang barang untuk buat shark fin soup di jusco qb mall


Plan nak lari petang semalam gagal Sebab Hujan. Plan bertukar ke makan makan. 


Shark fin soup. Ada nama lain tak sebab saya buat tak pakai shark fin pun. 


*it's friday already. happy friday all! Weekend ni plan nak jalan-jalan beraya di rumah saudara mara belah isteri. Insya Allah.

TRIP KOTA KINABALU JUNE 2013 PART 4 - MENUJU KE PUNCAK KINABALU!! DAN TURUN KEMBALI KE KAKI GUNUNG MELALUI TIMPOHON TRAIL

$
0
0
15 JUNE 2013

Tidur pada jam 9pm. dalam jam 1am dah kena bangun. sebab nak kena bersiap siap meneruskan pendakian ke Puncak. nasib baik aku boleh tidur nyenyak. tak lama pun tidur tapi kualiti of sleep tu yang penting. Cuaca standard lah sangat sejuk. atas gunung maaa..


By 2.30am semua peserta dari group kitorang dah ready.


Sepatutnya ada supper disediakan pada jam 1am. di Laban Rata Guest House. tapi nak menapak ke sana satu hal lah pulak. jauh jer rasa nak turun then nak kena naik balik. so makan apa yang ada je lah kat Gunting Lagadan Hut ni. Makan roti ngan kaya. lapik perut dulu. takut pening pulak nanti kalau tak cukup tenaga. dalam jam 2.30 am ramai dah bergerak menuju puncak. tapi grup kitorang tunggu semua yang lain bergerak dulu baru kami bergerak. almost 3 am jugak lah bertolak. ada satu grup korea kena marah marah dengan malim gunung sebab lambat.


Pendakian bermula. untuk part mendaki dari laban rata ke puncak, adalah lebih mencabar dan laluannya mula berbatu. masa di awal perjalanan aku mula pening. dan rasa nak muntah. mungkin mountain sickness sudah meresap ke dalam jiwa. tapi aku kuatkan semangat. tak peduli sangat rasa pening. keep walking dan moving. sesekali bila penat berhenti. sampai di sayat sayat check point kena daftar dengan kaunter situ. bagi number giliran. untuk penyediaan sijil nanti. sampai di KM8 aku, faiez dan encik Ahmat sampai sama sama. ambik lah gambar dulu apa yang patut.


Korang kena extra careful sikit nak daki kat sini. ada tali disediakan. kena berpaut pada tali tu betul betul.. cabaran utama masa kitorang naik bagi aku ialah angin. angin terlampau kuat. so sejuk sampai ke tulang.. kalau takder angin takpe. ni angin kuat..sampai satu kawasan batu yang dah rata kami berhenti solat subuh. ni satu part lagi yang seksa. nak bukak semua baju sejuk sebab nak ambil wudhuk. dah ambil wudhuk siap siap tapi terbatal di tengah jalan. kena ambik wudhuk lagi skali. melompat kesejukan. tapi atas arahan Allah. solat perlu diutamakan.last year jemaah dengan fadhlul hadi. this year dengan Faiz. next year dengan sapa pulak? hehee..


di area yang dah mula rata ni rasa lega sangat.. cuaca pun dah nak mula cerah. almost nak sampai ke puncak dah waktu ni.. so tak perlu nak rushing. follow your own pace..


Dan siang pun menjema.. jam 6 am.. terang..


Encik Ahmat orang first sampai di puncak low (Low's Peak). Dia sampai sama sama ngan Orang korea. punya lah sanggup tunggu aku sampai atas puncak sebab nak ambik gambar. heheee.. ats puncak ni macam biasa lah. bukan senang nak ambik gambar. orang adalah ramai dan perlu ambil giliran. main redah jer pun sebenarnya. mana yangs empat.


seriously rasa tak selesa bila sampai puncak. maybe sebab pening dan angin kuat. siap selesema lagi. aku memang tak berapa sihat masa memulakan pendakian. syukur Alhamdulillah berjaya sampai jugak. buat kali kedua.


As usual kami berempat dahulu yang tiba.. Ema tu kuat sungguh. stamina tinggi. good for her. Encik Ahmat sempat promote company scuba dia. insya Allah perancangan tahun depan nak ambil lesen diving pulak. nanti aku cari encik Ahmat. ambil lesen ngan company dia. kena bagi diskaun yaaaa!!


puncak kejayaan


tak mampu nak stay atas tu lama lama. rasa nak balik turun cepat jer memandangkan angin sungguh kuat. dalam perjalanan turun terserempak dengan Rahmaan dan kak Siti norhana. dah nak sampai tu..keep moving guys! Rahmaan is a unique guy. proud with him sebab dapat sampai ke Puncak despite of what he dealing with.:)


Shah Momo dan abang Zahari


peace peace kacang pis!!


suka tengok pemandangan atas gunung ni. sangat indah. rasa tenang jer lihat alam ciptaan Tuhan..nampak sayup saujana mata memandang pemandangan dari atas.. mengenangkan betapa kerdilnya kita sebagai seorang makhluk..


Untuk pendakian kali ini, dah plan untuk buat kelainan sikit, Rugi lah panjat kinabalu style orang lain. so kali ni aku bawak persalinan Baju Melayu untuk dipakai atas Gunung. tak lama lagi nak raya kan. so boleh buat poskad guna gambar atas gunung post kat Facebook. heheeee.. siap bersampin ya. jangan main main.


Selamat Hari rayaa Aidilfitri 1434 Hijrah!!


Kalau ikutkan mood sebenarnya memang dah tak larat nak tukar. tapi sebab dah bawa, so dalam keadaan tak berapa best ni gagahkan diri jugak. bila senyum dalam kamera orang nampak happy jer. padahal tengah bergelut dengan sakit kepala tu. hehe. sometimes not everything kita boleh show kan. mana yang boleh kita hide, just keep it to ourself..:). Agak menarik kali ni duduk atas puncak kinabalu pakai baju melayu. Tahun depan kalau mai lagi nak bawak jubah dan serban lah pulak.


Jom kita turun


ni puncak yang macam dalam duit seringgit kita


Subhanallah!! Indahnya ciptaan Allah.


Berehat sebentar bersama kit kat


Tumbuhan Gunung


Tiba di Sayat sayat check point. half way dah untuk turun ke bawah.. kat sini ada tandas dan ramai yang memilih untuk berhenti rehat. rehat pun takleh lama lama sebab nak checkk out dari Gunting Lagadan Hut pada jam 10.30 am. lewat kena extra charge pulak nanti.


suka pokok sebatang ni


sila ikut dan gunakan tali ni untuk keselamatan anda. masa nak turun ni quite mancabar sebenarnya. make sure korang ada sarung tangan yang tebal. takut tangan melecet.


malas nak letak caption. biarlah gambar berkata kata.


memperkenalkan HERO dalam filem Deejavu di Kinabalu!!


Masa nak turun aku nampak ada grup turun Via Ferrata. Hajat di hati nak naik lagi Kinabalu tahun depan dan turun Via Ferrata. will see how nanti. kalau ada kewangan dan masa mencukupi akan peri lagi tahun depan. ajak wife sekali. erkkkk harap harap wife sudi ber outdoor bersama saya.


Sampai di Gunting Lagadan Hut pada jam 9.15am.. sampai jer sini kemas barang dan mandi. pastu aku sempat tidor kejap sementar amenanti orang lain sampai..dalam jam 10.30am dah siap siapuntuk check out dan menuju ke Laban Rata hut untuk sarapan pagi.. makan dulu sebelum bertolak turun. tu lah bagusnya sampai bawah awal. boleh tidur dulu sementara menanti orang lain tiba.


Nasi goreng, telur hancur dan Hot dog. cukup lah untuk sarapan pagi. memang lapar sesangat. Masa kami turun di cafe diorang dah siap siap kemas.. nasib baik ada lagi makanan diorang simpankan untuk grup kitorang. so makan dulu apa yang ada. then dalam jam 11.45am kami semua bersiap untuk bertolak turun.


Pemandangan dari Cafe Laban Rata Hut


Our Group yang memang sempoi dan fun! semua berhati waja dan kental walaupun ada 3 orang tak dapat sampai ke Puncak. Encik Ahmat, Shahrinaz dan akhmal dah turun dulu.. so basically this is our group untuk mendaki kali ini.. we really had a great time! semoga bertemu lagi di lembaran akan datang. terima kasih atas sokongan semua.


Bismillah.. memulakan perjalan turun ke Timpohon Gate


Untuk turun kali ini aku dan Faiz ikut pace porter. gila laju diorang turun. bukan berjalan. siap berlari lari lagi. agak bahaya jugak sebenarnya sebab ada lah 2-3 kali aku hampir terjatuh. 1 jam 40 minit jer kami ambil masa untuk turun. tak selaju porter tapi agak laju dah tu. so takder gambar diambil sepanjang perjalanan turun sebab nak kejar masa. Dalam pukul 1.40pm kami dah sampai di Timpohon Gate. Turun tak ada masalah sangat..


Alhamdulillah urusan Turun dipermudahkan. sampai di Timpohon Gate first thing aku buat ialah beli air Hundred Plus dan air soya. dahaga gila wehhhhh.. lutut macam sakit sakit sikit sebab duk paksa turun laju. Boleh training ni untuk masuk climbathon suatu masa nanti.. kat pintu gate ni ada nama nama winner for climbathon.. sementara tunggu yang lain sampai pihak organizer hantar makanan dulu.. ada nasi goreng kosong dan air sirap. emmmmmm expecting something more than that, but at least ada makanan dari takder lansung. syukur jer lah kan..dalam jam 3.30pm baru kami bergerak ke Kinabalu Park untuk ambil barang yang diinggalkan di sana.





Overall pendakian kali ini adalah best. sebab lalu mesilau dan turun di Tompohon. walaupun laluan mesilau jauh by 2km dari Timpohon, but my advice is kalau korang first time nak naik kinabalu baik lalu laluan mesilau. Kurang psiko sebab banyak laluan landai. kalau timpohon menegakk jer dengan tangga yang besar besar.. lagipun akan turun di Timpohon jugak so dah dapat rasa dua dua trail. Next attempt ialah via ferrata pulak.Insya Allah kalau dipanjangkan umur dan ada kesempatan!

Ok done with cerita pendakian ke puncak Kinabalu Tahun ini. Jumpa lagi tahun depan!

*sebarang pertanyaan mengenai pakej dan tips mendaki boleh emel pada saya di azimashaary@gmail.com. insya Allah saya cuba menjawab mana yang boleh.

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA

$
0
0
Beberapa hari lepas, sempat bersembang dengan seorang pakcik yang memang penyokong tegar BN. Kiranya makan minum tidur bangun semuanya BN lah. Kalau pergi rumah dia kot-kot lagi meriah dari markas. Mula mula dia bersembang pasal pakatan rakyat tak bersyukur dengan apa yang kerajaan dah berikan. Kemudian dia kata dia cerita pasal isu perkauman kononnya kalau pakatan rakyat memerintah tanah malaysia ni akan jatuh je tangan cina semuanya. Aku diam. Malas nak berbahas. Sebab no piint aku cerita pada orang tua yang hanya tengok media massa tajaan BN semata mata tanpa ada bahan bacaan sokongan. Tapi aku tak tahan bila dia kata :

"PAS kalau betul nak perjuangkan islam mesti depa tak masuk parti politik. Depa tu dulu pun UMNO tapi keluar buat parti sendiri kononnya nak perjuangkan islam. Islam lah sangat sampai nak pergadai kalimah Allah. Nik Aziz tu tak boleh pakai dah. Dah nyanyuk. Berundur lah dari arena politik".

Aku rasa geram. Dan tercabar. Bilamana orang islam sendiri boleh cakap macam tu. Seolah olah tak ada sensitivity sebagai orang islam. Aku balas:

"Pakcik, saya nak pakcik faham satu perkara. Dalam islam, tak ada perkara seumpama itu iaitu memisahkan politik dan agama. Itu yang kerajaan BN dah pupuk dari dulu, sekularisma - memisahkan urusan dunia dengan urusan agama. Seolah olah agama itu hanya layak dibahaskan di masjid dan surau semata-mata sedangkan konsep islam itu syumul. Apa guna pakcik pergi ke masjid tiap tiap waktu sembahyang kalau bila bab politik tak boleh bercampur dengan agama? Nabi Muhammad sendiri menjadi contoh pentadbir yang baik tanpa mengorbankan nilai yang ada dalam islam. Bila agama ditolak dari politik maka sebab itu lah berlaku nya rasuah berleluasa, salah guna kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat untuk kroni krono, kerana dari awal lagi pentadbiran negara itu tidak berlandaskan syariat islam yang sebenarnya. Lagi satu, pakcik nak kata pada Tuan Guru kami tu nyanyuk, yang nyanyuk itu lah hafal al quran 30 juzuk. Yang nyanyuk itu lah hidup dalam keadaan zuhud. Yang nyanyuk itu lah tahu dan dalami ilmu agama dalam menghabiskan sisa hidup yang Allah masih beri kepada beliau. Pakcik dan pemimpin pakcik bagaimana? "

Pakcik tu balas : hang ni mana nak taw apa,asa peristiwa 13 mei dulu pun hang tak lahir lagi bla bla bla bla bla bla ( banyak lagi pakcik tu duk bercakap tapi takde kena mengena dengan point yang aku cuba sampaikan)

Dan tiba-tiba telefon aku ada panggilan dari opis. Hal kerja. Terima kasih Allah sebab selamatkan aku dari perbualan yang takkan berakhir bila seseorang tu dah terlalu taksub dengan perjuangan yang dibawa tanpa menilai mana satu syariat Allah yang sebenar.

Seperti kata imam syafie -"aku memang tak akan pernah menang berdebat dengan orang jahil kerana orang jahil tak akan pernah faham landasan ilmu".

Sekian Renungan untuk malam ini.

Fikir-fikirkan lah.

Undi itu kewajipan sebagai umat islam dalam menentukan hala tuju negara.

Dan ingatlah setiap undi yang kita beri akan dipersoalkan di hadapan Allah s.wt di akhirat kelak.

Dunia bukan matlamat, akhirat itu matlamat sebenar kita.

Wallahualam.

P/S : Selamat mengundi parti yang memperjuangkan islam esok. Allahuakbar!

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU!!

$
0
0
Kami 9 beradik dibesarkan oleh mak dan ayah yang masing-masing merupakan seorang cikgu. Daripada saya kecil banyak kali bertukar sekolah kerana ayah kerap ditukarkan ke sekolah lain apabila ayah dinaikkan pangkat.

Daripada cikgu sekolah menengah, kepada penolong kanan, kemudian pengetua, seterusnya pegawai pendidikan daerah kemaman dan akhir sekali sebelum ayah bersara beliau merupakan pengarah maktab perguruan sultan mizan di besut. Mak pula senang dengan hanya menjadi guru di sekolah rendah sampai lah pencen.

Pendek kata, pendidikan merupakan tunjang dan asas kekuatan sepanjang kami adik beradik membesar. Sehinggakan apabila saya tamat spm, sementara menanti keputusan keluar saya sempat menjadi guru sementara di sekolah pendidikan khas (kanak kanak kurang upaya) dan juga sebuah sekolah rendah biasa apabila cuti semester semasa masih menuntut di uitm.

Seronok rupanya menjadi cikgu.

Pengalaman saya mengajar walaupun sekejap sekurangnya membuka mata dan minda saya bahawa profession sebagai seorang guru bukan semudah yang disangka. Ada kepuasan tersendiri yang dikecapi tetapi tetap punya cabaran yang mendatang. Saya mula berfikir secara halus bahawa guru lah sebenarnya yang menjadi pembentuk minda dan pemikiran generasi kecil untuk kesejahteraan hidup di masa akan datang.

Syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan dalam merasa susah payah dan penat seorang guru. Sekurangnya saya punya idea dan tetap meletakkan proffesion guru di tempat tertinggi dalam membentuk kemajuan anak bangsa. Mungkin tidak ada rezeki saya untuk menjadi cikgu walaupun punya minat mendalam.(jujur saya katakan jika saya tidak bekerja di kedudukan sekarang kemungkinan besar saya ialah seorang guru, dengan izin Allah).

Kepada semua guru dan pendidik, teruskan kerja murni. Teruskan perjuangan. Kerana negara memerlukan lebih banyak warga pendidik yang professional dan berdedikasi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru/pendidik yang telah mendidik dan memberikan pelajaran yang secukupnya dari saya kecil hingga lah ke menara gading. Terima kasih yang tidak terhingga, Terutamanya untuk dua guru paling utama di hati saya, mak dan ayah.

Selamat hari guru.

Untuk arwah ayah yang sentiasa dalam doa saya,
Untuk Mak yang saya tetap akan sayang sampai bila-bila.
Untuk isteri saya juga seorang pensyarah,
Untuk semua guru-guru dan pendidik di seluruh dunia.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian.

Ameen.

KISAH BERBUKA PUASA 18 RAMADHAN 1434H

$
0
0
18 Ramadhan 1434H

Sebelum waktu berbuka puasa tadi, keadaan kecoh di dapur. Masing-masing sibuk dengan tugas tersendiri. Mak sediakan kerisik. Aku dan wife buat kuih buah melaka, puteri mandi dan popiah goreng. Kak tie sibuk siang ikan. Ami sediakan rempah untuk bakar ikan. Faiz tak sudah-sudah dengan kuih cheese tart nya. Kak ija dan adik da sibuk ke sana ke mari sediakan masam pedas ikan tenggiri, singgang ikan aya, kerabu mangga, ulaman budu dan tempoyak. Zul mengupas durian sambil diperhatikan anak-anak kecil di sekeliling. Abang jalee dan kak la pula berperanan sediakan air untuk berbuka. Air soya dan sirap selasih tersedia rapi. Setengah jam sebelum waktu berbuka, kak ina sampai membawa telur masin. Pendek kata, semua ada kerjasama dan tugas tersendiri. How I wish abang shuk dan isteri juga ada bersama. Untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa bersama keluarga.

Masuk waktu maghrib, semua sudah ber sedia di meja makan. Itu lah satu perkara yang paling penting arwah ayah terapkan dari dulu. Kebersamaan bersama. Makan berjemaah sangat penting. Kerana di situ kasih sayang sesama ahli keluarga dapat di perkukuhkan lagi. Alhamdulillah syukur sangat dengan rezeki dari Allah. Orang kata, walau kita makan makanan 5 star hotel sekalipun apa lah ertinya jika makan berseorangan. Walau hanya makan nasi kosong dan ikan masin, ianya jauh lebih memberikan erti dan kasih sayang jika dikongsi bersama ahli keluarga tercinta. Benar sekali kan?

Selesai waktu berbuka, kami solat maghrib berjemaah. Sementara menanti waktu isyak, bertazkirah dengan mak dan berdiskusi soal hal agama. Dan apabila isyak menjelma, terus saja kami melansungkan isyak dan selesaikan solat taraweh bersama-sama.

Tradisi.

Itu lah tradisi di bulan Ramadhan. Bagi keluarga kami. Yang arwah ayah sudah tetapkan dari dulu. Berjemaah sangat penting dalam semua perkara. Waktu makan sekalipun, jangan makan sehingga semua orang sudah berada di meja makan. Sama juga halnya sebelum solat. Seboleh mungkin arwah ayah akan mempastikan semua ahli keluarga cukup terlebih dahulu.

Barangkali,

Nun jauh di atas sana, arwah ayah sedang tersenyum. Tersenyum melihat gelagat anak-anak yang masih mampu teruskan tradisi dari dulu. Tersenyum melihat anak-anak tiada telagah, berusaha menjaga mak yang semakin di mamah usia sebaik baiknya. Barangkali. Barangkali arwah ayah tenang di alam sana.

Atas zat dan kemuliaan Mu ya Allah, Kau satukan lah hati kami adik beradik sehingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat tempuhi hidup tanpa bercakaran dan bermusuh-musuhan. Satukan hati kami mudah-mudahan semua cabaran dan rintangan yang kami lalui dapat ditempuhi dengan redha dan sabar. Dan peliharakan lah arwah ayah dan peliharakan lah mak semoga kesudahan yang baik akan jadi milik kami semua.

Ameen.

ALLAH IS THE BEST PLANNER

$
0
0
We missed the flight to hong kong today. Flight from KUL - HK by AirAsia at 1.55 pm.

It's supposed to be my birthday trip. Planned this for a year already. But, the best planner has planned it this way.

Allah tak izin untuk kami pergi ke sana.

My wife did apologise to me because she think she caused this. But i said to her, don't blame yourself my dear. It's not your fault to fall sick. Nobody
's fault. It's a fate. We must have faith and always think positive.

Teringat kata-kata mak pada saya, apa sahaja yang Allah buat pada makhluk nya pasti bersebab. Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah tersembunyi. Lambat atau cepat, pasti kita akan ketemu juga hikmahnya.

Kita hanya mampu merancang. Pada kuasa Allah jua lah yang jadi penentu segalanya. Kita cuma makhkuk, lemah dan kerdil. Serta tak ada pengetahuan tentang ilmu Allah. Apa-apa sahaja yang Allah takdir kan, sebagai hamba kita kena redha dan berlapang dada.

Dear my wife, we might plan another trip later. This is not the end of the world. Insya Allah ada rezeki nanti kita boleh ke mana-mana sahaja tempat yang kita suka.

So here we are, still on this hospital bed. Watching cartoon at TV3. 

Happy Saturday everyone!

HIJRAH

$
0
0
7 Tahun lepas.

Waktu itu aku masih budak. Masih mentah. 24 Julai 2006. Terima surat tawaran bekerja dan ditempatkan di Gelugor Pulau Pinang. Dapat surat dan terbang menaiki Air Asia ke penang. Oleh kerana beli tiket on the spot harga tiket RM240. Terima aksih Kak Tie hantarkan aku ke LCCT. Fikiran kosong. Maklum lah Fresh Graduate. Tak punya pengalaman bekerja di bidang ini.

Pulau Pinang? Asing bagi aku. Tiada saudara mara. Tiada kenalan rapat. Dulu masa kecil ada lah datang berjalan-jalan dengan keluarga naik feri. Tapi untuk menetap seperti suatu yang canggung. Tiada pilihan lain, Makanya aku mengungsi dan mula mencipta tapak sendiri di sini. Waktu awal di Penang boleh kata tiap-tiap minggu aku akan turun ke Kuala Lumpur. Sebab kawan-kawan ramai di sana. kalau tak ke Kuala Lumpur pun aku akan balik kampung.

1 Tahun.
2 Tahun.
3 Tahun.

Masuk tahun ketiga di Penang, aku sudah mula selesa. Penang menjadi suatu tempat yang aku suka. Benar sekali kata orang, Tak kenal maka tak cinta. Secara jujur aku lebih menyukai Penang dari Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Di sini aku dapati lebih tenang. Dan semuanya ada. Paling best bab makanan nya lah. Semua makanannya sedap. Dan aku mula serasi bergaul dengan orang penang. Baik-baik. senang berkomunikasi. Perlahan-lahan rasa sayang itu mekar. Suasana di tempat kerja pun sangat mendamaikan jiwa. Tiada masalah.

4 Tahun.
5 Tahun.
6 Tahun.

Tahun kelima dan keenam di Penang, (2010/2011) banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. Mula belajar menjadi seorang Boss. Mula berjinak dalam bidang larian. (i love running so much!) Mula berkenal-kenalan dengan orang Penang secara dekat (yang Alhamdulillah sudah menjadi isteri aku sekarang). Kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah dan Madinah. (Bersama keluarga). Dan tahun keenam di Penang menyaksikan satu peristiwa paling sedih dalam hidup aku. Ayah dijemput menghadap Illahi.(Al-Fatihah). Tapi hidup mesti terus. Pasti ada hikmah di sebalik setiap dugaan mendatang. dan sejak arwah ayah meninggal, aku sangat berimpian untuk kerja di tempat sendiri. dekat dengan keluarga. paling penting dekat dengan mak. Benar mak masih ada adik beradik lain di sisi. Tapi mana bahagian aku? dalam munajat dan doa aku titipkan agar Allah tunjukkan jalan dan beri kemudahan agar aku dapat pulang bekerja dekat dengan mak. dekat dengan keluarga.

7 Tahun.

Aku terima surat arahan pertukaran ke Paka, Kemaman Terengganu. Terima surat pada 4 September 2013. wahh. Aku kira ini hadiah ulangtahun kelahiran aku yang jatuh pada 6 September. Alhamdulillah! Tapi aku perlu melapor diri pada 9 September 2013. Short notice. dan aku tidak bersedia. sebab sedang runsing wife masuk wad kerana denggi. dan kami ada plan untu ke Hong Kong pada 7 September yang lalu. Semuanya seperti berlaku dalam waktu yang sama. Suka dan duka bersilih ganti. Aku minta penangguhan sehingga 24 September untuk menyelesaikan apa yang patut di tempat kerja Penang sebelum berpindah ke sana. Walau apa pun, bersyukur dapat berpindah ke Paka. Seperti Allah makbulkan doa Hamba Nya yang meminta-minta.

Alhamdulillah.
**********************************************

Hari ini merupakan hari terakhir saya bertugas di Penang. Mulai minggu depan sudah berada di Paka, Kemaman Terengganu. Penang tetap akan menjadi tempat kesukaanku. Keluarga belah mertua ada di sini. Jadi memang akan selalu datang ke Utara. Kepada sang isteri jangan bimbang dan runsing. Saya tak akan lupa. Pulau Pinang ialah tempat saya menjadi dewasa. Tempat jatuh bangun saya dalam meniti arus kedewasaan.

Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di sini.

Mohon maaf atas segala salah dan silap. Ada kesempatan kita pasti akan bertemu lagi. Doakan saya di tempat baru.

Insya Allah.

FACEBOOK ADALAH HAK MILIK INDIVIDU

$
0
0
Kalau dulu, orang kampung suka bila tiap-tiap petang menziarahi kawan-kawan dan duduk bersembang di beranda. Dan pasti tidak lari daripada bercakap pasal hal orang lain. Minah, kiah, timah dan jah akan sibuk bercakap menjaja cerita pasal jiran yang ada skandal, ketua kampung yang kahwin 3, anak leman jiran sebelah rumah yang kahwin lari kat siam, hatta kisah kucing persian betina kak pah anak imam masjid yang bunting dirogol kucing jantan jalanan pun boleh jadi topik perbualan. Seronok. Bila bercakap dan menjaja cerita orang lain. Seakan puas bila boleh mulakan bicara dengan 'ehhhh jah, ko tahu tak.. aku malas lah nak kata nanti akan jadi mengumpat..tapi ni hakikat..anak pak maun tu bla bla bla bla..' nampak? Tak nak mengumpat tapi semua yang keluar adalah umpatan dan caci maki semata.

Bila maghrib menjelma, baru masing-masing akan bergegas pulang. Tu pun setelah dijerkah oleh laki sendiri. Masakan tidak marah, laki baru pulang dari bendang membawa anak baru balik dari sekolah dan pintu rumah terbuka luas tapi tiada penghuni. Baru terkocoh-kocoh minah, kiah, timah dan jah yang rancak bersidang bertempiaran pulang ke sarang. Terkedek-kedek membawa body yang sudah tidak ada shape. Maka cerita lain yang tidak sempat habis bercerita petang tadi, di kiv dahulu dan pasti akan bersambung esok. Dan begitulah kitaran seterusnya.

Itu dulu.

Zaman di mana Internet seperti makhluk asing yang cuba menyelinap masuk ke dalam rumah orang kampung. Zaman di mana facebook, Twitter, instagram dan semua laman sosial yang seangkatan dengannya seperti satu yang sukar untuk diterjemahkan. Zaman di mana semua berita hanya lah surat khabar dan television semata. Percaya bulat-bulat semua berita dari sumber itu tanpa ada usul periksa.ya, Itu dulu.

Bila y2k menjelma.

Minah, kiah, timah dan jah sudah advance. Dipaksanya laki masing-masing subscribe wifi dari TM. Atau service provider yang lain. Tak kisah. Janji ada line internet. Mula lah mereka terkial-kial membuat akaun facebook, Twitter dan lain lain. Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak bertemu di beranda lagi. Kalau dulu waktu mengumpat hanya lah dari jam 6-7pm, sekarang boleh dikatakan all the time! Cuma Tolak waktu tidur, makan, waktu melayan anak anak dan tolak waktu melayan suami di ranjang. Masa-masa lain terus digunakan untuk terus menjaja cerita picisan pasal orang lain dan umpat-mengumpat terus jadi amalan. Bagi mereka, lebih banyak kisah dan isu boleh dijaja kerana ramai kawan-kawan keliling sudah mula berjinak jinak dengan Facebook. Asal ada yang tak kena pasti mahu dijadikan isu. Bukan apa, seronok bercerita pasal orang lain. Feelingnya masih sama seperti di beranda, cuma kali ini tukar pada nama yang lebih canggih-wall Facebook.

Tamat.

Tidak minat untuk saya terus huraikan satu persatu apa yang bakal berlaku pada minah, timah, kiah dan jah. Anda boleh buat kesimpulan sendiri. Nama sekadar penyedap cerita.tidak ada kaitan antara yang hidup dan mati. Juga bukan saya nak tekankan perempuan sahaja yang suka menjaja cerita orang lain. Bukan. Jangan salah faham. Lelaki pun ada. Nama cuma sekadar penyeri cerpen Pendek saya. Tak puas hati sila duduk dalam gua, jangan main Facebook. Yang penting anda dapat point saya.

Tunggu ya kau orang. Belum habis di sini. Panjang lagi aku nak tulis ni.

Ada seorang member di facebook, unfriend aku semalam. Ok to be honest aku tak pernah peduli pun pasal jumlah friend, sapa unfriend, sapa yang block, sapa yang hide. Aku tak pernah peduli. Lantak kau orang. Itu pilihan masing masing. aku berfacebook bukan nak kejar like dan komen banyak. Nanti aku terangkan kenapa aku berfacebook. (Atau dengan bahasa orang yang tak puas hati dengan aku, berfacebook dengan aktif.)

Kau nak unfriend aku, takda hal. Bukan aku paksa kau baca apa yang aku post di sini. Ini laman peribadi. Dan dalam laman ini, aku pilih apa yang aku nak hidangkan pada semua. Dan most of them aku selalu hidangkan dengan makanan yang meleleh air liuq mami bedah duk tengok gambaq.terus lapaq rasa nak jilat skrin telefon pintar. Itu depa kata, bukan aku kata. Maaf nooo mami bedah. Nanti aku belanja laksa janggus. The point is, here, in facebookland, aku yang pilih apa yang aku nak share pada friend list di sini.

Aku tak ada masalah ko nak unfriend aku. Tapi aku ada sedikit masalah bila ko dah la unfriend aku, kemudian kau jaja cerita tak puas hati pasal aku di wall orang lain. Yang mana orang lain tu pun ada dalam friend list aku. Allah maha kuasa. Aku terbuka post tu dan aku baca semua yang ko kata kat aku. Nampak? Bahlul jugak bila ko ingat aku tak boleh baca. Jangan lupa ramai mata-mata memerhati disini. Kau ingat aku tak ada spy? Haha.

Ok takpe. Aku berminat juga nak tahu apa yang dia tak puas hati sangat. Kot-kot salah dari pihak aku. Lebih kurang dalam komen tu, orang ini tak puas hati sebab aku asyik update facebook setiap masa, setiap jam, setiap hari tanpa henti katanya. Semua benda nak cerita macam aku ni takde kerja lain. Dan ada beberapa lagi tuduhan yang tidak berasas yang tak perlu aku cerita kan di sini. Buang karan sahaja. Tapi the whole argument nampaknya orang ni macam not satisfied with the life that I lived now.

Funny.

Kau tak suka tak apa. Tapi tak perlu nak mengata. Kau ada pilihan. Tak suka just UNFRIEND. Tak suka, jangan baca. HIDE. BLOCK. Banyak lagi alternatif kau boleh buat selain talk bad about others di belakang. Ini lah dia nya suku sakat minah, kiah, timah dan jah di zaman kini yang asyik nak ber pum pang pum pang di wall facebook tanpa tahu cerita hujubg pangkal. Kesian kamu. Sebab terlibat dengan puak puak beranda itu.

Ini kanvas maya aku.

Maka aku berhak untuk mencorakkan semahunya. Ikut kreativiti dan citarasa aku sendiri. Ya betul. Aku tidak sempurna. Banyak juga khilaf. Tapi aku banyak terima teguran dan cuba perbaiki. Untuk menegur bukan caranya dengan bercakap belakang. Itu cuma mewujudkan kebencian.bukan kesefahaman. Maka di laman ini aku cuba untuk jadikan wadah perkongsian maklumat. Azim Ashaary style. Jujur dan sumpah, aku cuba berkongsi sesuatu yang mana tahu boleh jadi manfaat pada semua.

Aku blogger. Masih. Cuma sudah malas update.

Zaman blog dulu, aku suka bercerita kisah hidup aku. Dan banyak berkongsi maklumat pasal travel dan makan makan. Di mana tempat menarik. Di mana nak makan sedap. Apa tips tips kalau nak ke tempat yang pernah aku lawati. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih terima emel ada yang meminta tips dan guidance. Tak kurang juga yang minta untuk aku syorkan tempat makan. Zaman blog merupakan zaman indah. Ramai bertemu kawan kawan. Banyak konflik. Drama. Love. Life. And so on. Tapi itulah perkara yang menjadikan aku dewasa seperti hari ini.

Kemudian bila tiba zaman Facebook, Twitter dan instagram, blogspot semakin dilupakan. Ramai blogger beralih arah dan mula share travel tips dan tempat makan sedap hanya melalui facebook dan instagram sahaja. Lebih pantas dan live update. Termasuk aku. Dan itu lah apa yang aku cuba share dengan kawan-kawan semua. Niat aku cuma satu - untuk berkongsi maklumat. Itu sahaja. Tak pernah aku fikir untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah dengan aktiviti yang aku jalankan. Ada bezanya berkongsi dan ingin menunjuk. Anda boleh nilai sendiri. Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di sini, tak sampai 50% apa yang aku share menggambarkan hidup aku yang sebenar. Aku memilih untuk share perkara baik dan perkara yang aku rasa perlu. Perkara yang mungkin bermanfaat pada sesetengah orang. Sisi hidup aku yang sulit, yang diskrit biar saja aku simpan sendiri. Tak perlu meraung raung di sini merintih sebab itu akan memberi impak negatif pada orang lain. Korang tahu ke kalau ada perkara yang sukar diungkap dengan kata-kata dalam hidup aku? Mesti lah tak sebab aku memilih untuk tidak share di sini. My point is - aku masih tahu batas batas dan limit yang perlu dan tidak perlu. Aku bukan bodoh untuk menilai. Cuma kamu yang kadang-kadamg dangkal dan cenderung membuat penilaian menggunakan emosi dan bukan akal. Maka salah siapa? Masih salah aku kah jika apa yang aku coretkan di sini tidak memenuhi selera kamu? Think about it.

Feel free to leave if you uncomfortable with what I'm trying to share in this page. I didn't ask you to stay. Buka minda dan berlapang dada. Cuba cari sesuatu yang positif dalam hidup orang lain. Bila kita asyik memandang perkara negatif, tidak ada perkara baik yang mampu menutupi perkara negatif itu. Bersyukur lah dengan apa yang kita miliki. Bila konsep syukur tidak ada dalam diri, maka sebab itu lah kita akan terus rasa iri dan cemburu pada orang yang lebih daripada kita. I know you got what I mean.

Our life is our choice. And now I choose to wrote this to justify myself. Sebenarnya aku tak perlu pun menjelaskan semua ini. Biar Allah sahaja tentukan. Allah tahu niat kita di sudut hati yang terdalam.Tapi sebagai iktibar apa salahnya. Sebab siapalah kita untuk menilai orang lain?

Aku dan kamu. Kita bukan tuhan.

Cuma Hamba-Nya.

KISAH AZIM ASHAARY & ISTERI : BULAN MADU DI KEPULAUAN BALI, INDONESIA

$
0
0
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu."

 (An-Nisa': 1)

Kisah Bulan Madu.

18 Januari 2013 - 21 Januari 2013.

Selesai majlis pada 12 January 2013 di SetiaPearl Island Grand Ballroom Bayan Lepas Pulau Pinang..13 January 2013 memberi ruang pada keluarga ku untuk pulang ke Kampung halaman. 14 January 2013 kami mengadakan sessi bergambar outdoor di Botanical Garden, Padang Kota Lama dan di sekitar E&O Hotel Penang..15 dan 16 January 2013 aku sudah mula bekerja, dan pada 17 January 2013 bertolak ke Kuala Lumpur untuk trip bulan Madu.


Terima kasih pada Kak tie yang menghantar aku dan isteri ke LCCT..ada sedkit kesilapan teknikal sedikit sebenarnya pada waktu ini. Long story cut short, Alhamdulillah kami berdua selamat sampai ke Bali pada 18 january 2013.Apa yang berlaku jadi simpanan memori antara kami bertiga. heheee..

DAY 1 : 18 JANUARY 2013 : THE ARRIVAL


I LOVE YOU. YES I REALLY DO.


Sampai di Bali kami disambut oleh pak supir yang di hired. terus ke hotel dan makan malam dengan makanan yang dibeli atas flight. well you know Bali agak susah nak cari makanan yang betul betul halal so tak nak menyusahkan diri tu yang tapau makanan siap siap..Untuk trip kali ni agak berbeza dari trip yang sebelumnya. Of course its a big different. i'm going with my wife. and aku guna agent terus. malas nak plan dan study. just bayar pakej yang ada. and i want to enjoy our honeymoon as much as we can.


Checked in selama 3 malam ini di Yulia Beach Inn Hotel.


Suasananya agak menarik. Ok dah ni untuk kami. Romantik. Selesai makan malam kami siap siap untuk keluar jalan jalan di Pekan Kuta. This is my second time in Bali actually. tapi tu dulu back then in 2009. datang dengan kawan kawan. kali ni datang dengan isteri.


Tempat pertama kami tuju ialah Matahari supermarket..cari selipar untuk my wife..ada selipar senang sikit nak jalan jalan di pantai..Matahari supermarket ni macam macam ada..souvenirs pun banyak..but our tujuan tak lah nak shopping sangat. more to leisure and take this opportunity to get to know each other more.:)


salah sebuah restoran yang nice di pekan kuta bali



found this somewhere


jalan jalan di Starbucks dan Hard Rock Shop



bought this latest design Hard Rock Bali Shirt for Rp350,000


angin kuat di Pantai Kuta, Bali


i heard that KFC in Bali is Halal..and i can see ramai muslim yang makan kat sini..when i ask my friend yang kerja di kedutaan Jakarta Indonesia they said yes it is. memang halal KFC di Bali Indonesia ni. so beli satu paket KFC bawak balik hotel. Plan nak makan tapi rasa macam kenyang. postponed to sarapanm pagi esok sahaja lah..dari KFC ni kami jalan kaki balik ke Hotel dan just berehat rehat and bersembang..Good night my love. end of day 1.

DAY 2 : 19 JANUARY 2013 : 

 Hari kedua di bumi Bali.

Pagi yang cerah. Alhamdulillah cuaca adalah baik pada pagi ini. awal pagi usai solat subuh kami terus bersiap siap sebab banyak agenda yang telah direncanakan oleh our tourist guide. apa cerita pun kami sarapan pagi dulu pada jam 8am.


Makan pagi termasuk sekali dengan penginapan yang di sediakan. tapi paham paham sahaja lah. order yang patut macam roti dan buah.


US


makan KFC yang ditapau malam tadi


Selesai sarapan pagi Mbak Wayan (our tourist guide) dan Made (our supir) dah sedia menanti di lobi hotel..Kalau ikut tentatif program sampai ke malam..so we had our own tourist guide and our own supir as well as spacious avanza for both of us to get through the day.


Tempat pertama yang kami tuju untuk hari ini ialah menikmati tarian Barong. Dulu sempat tengok Tarian Kecak sahaja.tarian barong ni pun ada sejarah nya yang tersendiri..ada lah watak wataknya yang berlakon. entah. aku tak minat sangat. just enjoy the show with my wife and thats it. datang tempat orang kena lah belajar memahami budaya orang lain.


Selesai menikmati persembahan tarian barong, kami terus saja ke tempat pembuatan perak..just tengok tengok saja..tak beli pun.


Dari tempat pembuatan perak kami menuju ke tempat lukisan. as ususal aku pencinta lukisan abstrak..kat rumah banyak lukisan dari various country yang aku pernah pergi. kali ini tambah lagi beli dua lukisan untuk koleksi.


Menikmati makan tengahari di Kintamani. pemandangan Gunung Batur yang sungguh indah. Subhanallah!


Gunung Batur merupakan sebuah gunung berapi aktif di Kecamatan Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali, Indonesia. Terletak di barat laut Gunung Agung, gunung ini memiliki kaldera berukuran 13,8 x 10 km dan merupakan salah satu yang terbesar dan terindah di dunia (van Bemmelen, 1949). Pematang kaldera tingginya berkisar antara 1267 m - 2152 m (puncak G. Abang). Di dalam kaldera I terbentuk kaldera II yang berbentuk melingkar dengan garis tengah lebih kurang 7 km. Dasar kaldera II terletak antara 120 - 300 m lebih rendah dari Undak Kintamani (dasar Kaldera I). Di dalam kaldera tersebut terdapat danau yang berbentuk bulan sabit yang menempati bagian tenggara yang panjangnya sekitar 7,5 km, lebar maksimum 2,5 km, kelilingnya sekitar 22 km dan luasnya sekitar 16 km2 yang yang dinamakan Danau Batur. Kaldera Gunung Batur diperkirakan terbentuk akibat dua letusan besar, 29.300 dan 20.150 tahun yang lalu


Di kintamani ni Restoran Halal untuk orang islam banyak disediakan. so tak lah ragu ragu untuk makan. Konsep makan secara buffet.. selesai makan tengahari aku dan wife solat jamak asar dan zuhur di surau yang disediakan di bawah restoran sebelum meneruskan perjalan ke ladang kopi.


Di ladang Kopi kami bertemu dengan Mas Hadi dan Mbak Yuni dari Jakarta. mereka juga berhanimun kali ke 18. hehee..nice to meet both of you!so hilarious dan friendly..insya Allah kalau kami ke Jakarta akan contact sama kalian berdua. Insya Allah.


Nenek tengah goreng bijik kopi
 

Kopi Luwak yang terkenal di Bali Indonesia. Kopi dari Najis Musang. ada percanggahan pendapat pasal hukum minum kopi luwak. tapi sudah ada kesepakatan mengatakan kopi luwak halal diminum. tapi nak ngan tak nak jer lah. aku tak lalu nak rasa. Mas hadi sanggup bayar untuk minum tapi dia tak habiskan sebab dia tak suka..bersembang dengan pemandu pelancong diorang sungguh seronok..


My wife with Mbak Wayan di Pura Tirta Empul, sebuah kuil di Bali yang ada Holy water.(Mengikut kepercayaan Hindu). Kali ni baru aku tahu yang Hindu di Bali ada 4 nama depan. Wayan, made, nyoman, ketut. Mngikut urutan anak yang lahir dalam keluarga mereka. anak pertama wayan, anak kedua made, anak ketiga Nyoman, dan anak keempat Ketut. begitulah yang lebih kurang Mbak Wayan cerita pada kami. Good Info!


Pura Tirta Empul ni ada holy water macam di belakang kami tu. ada lah a few people yang duk mandi. khasiatnya adalah aku tak tahu. sebab ni kepercayaam Hindu. sebelah Pura ni juga ada sebuah istana soekarno atas bukit. scenery cantik di sini.


Dari pura tirta empul kami ke Goa Gajah. ingatkan apa lah yang best kat sini. sekali masuk dalam gua tu adalah seketul gajah duk ada kat tengah tengah gua. kecik jer. Tuhan depa lah tu. kalau tak mai kat sini pun takper. sekadar untuk ambik gambar jer lah..dari Goa Gajah ni kami bergerak ke tempat Photoshoot. nak bergambar pulak??


Dalam pakej Honeymoon yang aku ambik ni ada sekali pakej pakaian adat tradisi perkahwinan di Bali..diorang siap tangkap gambar dan hantar that foto to our hotel 10 keping dan juga cd soft copy..Nice jugak..pengalaman baru ni pakai pakaian adat tradisi perkahwinan di Bali.
Selesai bergambar perut pun sudah lapar dan hari mula gelap..kami meneruskan perjalanan ke Jinbaran Bay..sepanjang perjalanan hujan lebat turun..tak ada can nak tengok sunset di Jinbaran bay. tak apa lah dapat makan seafood di sini pun dah cukup.


Oleh kerana hujan masih belum berhenti masa kami tiba di sini so tak dapatlah nak makan tepi laut sambil dengar bunyi ombak..makan kat dalam restoran jer lah..candle light dinner. janji romantik. hehe..Alhamdulillah kenyang makan malam ni..selesai makan malam terus our driver, Made hantar balik ke Hotel.


Selesai mandi aku rasa nak ke Starbucks berhampiran di pekan kuta..My wife tak larat so dia tunggu di bilik saja..beli kopi apa yang patut dan bawak balik ke bilik.


Beli juga gelas ni untuk tambah dalam my collection..masing masing dah penat so lepas minum lebih kurang its time to sleep..:). sleep jer ye. tak buat apa apa. eh tapi kalau buat apa apa pun apa salahnya. dah suami isteri kan. hehee. kidding ya. :)

DAY 3 : 20 JANUARY 2013 :

Hari ketiga, pagi pagi aku just round round kawasan Yulia Beach inn..ada swimming pool dan taman yang cantik. actually one thing about bali yang aku notice budget hotel yang disediakan mesti nice dan banyak kemudahan disediakan. banyak pilihan untuk tempat tinggal di bali kalau korang search di internet. harga sangat berpatutan.


Our breakfast


Pagi tu aku dikejutkan dengan berita my Uncle kena serangan jantung di Bali. Kebetulan Pok LLi ada trip company ke Bali..kena heart attack dan dimasukkan ke hospital sana..pagi ni dah keluar wad dan balik ke Hotel..so lepas sarapan pagi aku dan wife bergegas ke Hotel yang pok li menginap dan jumpa dia..Alhamdulillah nampak dia ok pulak..Risau apa apa jadi di Negara Orang. Kos perubatan mesti adalah mahal..sama sama lah kita jaga kesihatan agar badan lebih sihat..


aktiviti untuk hari ini kami akan meneroka aktiviti air di Pantai Sanur..ada a few watersports yg di cadangkan..sampai jer kat sini dah ada orang tunggu untuk pilih apa watersports yang di minati..kami just ambik untuk melawat turtle island sahaja.


Di turtle island ni ada pusat penternakan penyu..banyak penyu yang ada dari pelbagai peringkat umur..yang kecik diorang tak bagi sentuh..yang aku pegang ni umur dalam 40 tahun..panjang jangka hayat penyu ni ya..berat nak mengangkatnya.


senyum jer lah.kami di turtle island.:)


Kat turtle island ni jugak ada bermacam macam haiwan..dah macam mini zoo pulak dah..just find out my wife takutkan ular dan reptilia seumpamanya..tu lah orang kata honeymoon ni masa untuk berkenal kenalan..baru tahu sikit demi sikit perkara yang kita tak pernah tahu masa tengah berkawan dulu..so enjoy ourself di Turtle island ni.


ramai juga orang yang keep coming


Minum air kelapa. sharing is caring!


Lepas balik dari turtle island kitorang main satu watersport namanya flying fish..kena duduk dalam tempat yang disediakan di belakang bot dan akan melayang.quite scary dan tak fun actually. saj anak merasa..baik main jet ski lagi bagus. tapi kami tak main pun. pose pose jer macam naik jet ski padahal tak pun. hehehee


Cantik Pantai Sanur ni


Dari pantai sanur kami terus menuju ke Garuda wisnu kencana untuk makan tengahari di sana..nasib baik siap siap bawak baju persalinan so terus mandi dan salin baju di pantai sanur tadi..

makan tengahari buffet style


Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (bahasa Inggris: Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkat GWK, adalah sebuah taman wisata di bagian selatan pulau Bali. Taman wisata ini terletak di tanjung Nusa Dua, Kabupaten Badung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar, ibu kota provinsi Bali. Di areal taman budaya ini, direncanakan akan didirikan sebuah landmark atau maskot Bali, yakni patung berukuran raksasa Dewa Wisnu yang sedang menunggangi tunggangannya, Garuda, setinggi 12 meter


Perhentian seterusnya ialah di Uluwatu temple, tempat yang memang terkenal dengan scenery nya yang breath taking..dulu tahun 2009 dah datang sini dengan kawan kawan..kali ini datang dengan isteri pula..my wife seronok tengok scenery yang sangat cantik di Uluwatu.


Tapi hati hati sebab di Pura uluwatu ni monyet adalah sangat banyak..tiba tiba monyet ni melompat ke belakang Mbak Wayan, Our Tourist Guide. terkejut seketika..patut lah ramai yang bawak kayu supaya dapat usir monyet yang berkeliaran ni..nasib baik tak jadi apa apa pada mbak wayan..jadi nasihat saya pada kawan kawan sekelian jangan pakai spek ataupun bawak beg berjuntai.. sia sia kena rompak dengan monyet nya nanti.

Pura yang terletak di ujung barat daya pulau Bali di atas anjungan batu karang yang terjal dan tinggi serta menjorok ke laut ini merupakan Pura Sad Kayangan yang dipercaya oleh orang Hindu sebagai penyangga dari 9 mata angin. Pura ini pada mulanya digunakan menjadi tempat memuja seorang pendeta suci dari abad ke-11 bernama Empu Kuturan. Ia menurunkan ajaran Desa Adat dengan segala aturannya. Pura ini juga dipakai untuk memuja pendeta suci berikutnya, yaitu Dang Hyang Nirartha, yang datang ke Bali pada akhir tahun 1550 dan mengakhiri perjalanan sucinya dengan apa yang dinamakan Moksah atau Ngeluhur di tempat ini. Kata inilah yang menjadi asal nama Pura Luhur Uluwatu


Dulu masa datang pura Uluwatu akan tunggu sampai matahari terbenam dan melihat kecak dance.. tapi kerana ada agenda lain yang lebih mustahak kami teruskan perjalanan ke tempat seterusnya..kami di bawa melawat pantai dream land.Ombak di pantai ni sangat lah besar.. memang sesuai untuk bermain luncur air.. singgah sekejap jer sebab nak kejar sunset cruise pula.. kemuncak makan malam hari ini.

Pantai Dreamland adalah sebuah tempat pariwisata yang terletak di sebelah selatan Bali di daerah bernama Pecatu. Pantai Dreamland dikelilingi oleh tebing-tebing yang menjulang tinggi, dan dikelilingi batu karang yang lumayan besar di sekitar pantai. Lokasi pantai ini berada dalam kompleks Bali Pecatu Graha (Kuta Golf Link Resort) yaitu sekitar 30 menit dari pantai Kuta.
Pantai Dreamland sendiri hampir mirip dengan pantai Kuta. Pasir putih dan celah karang yang terjal menjadi pemandangan yang begitu memikat mata untuk dipandang. Lokasi berpasir putih bersih di pantai sempit tepat di bawah dinding karang curam cocok untuk menikmati matahari tenggelam atau sekedar menyaksikan atraksi para peselancar. Ombaknya yang tinggi dan besar banyak diminati oleh para penggemar olahraga selancar air (surfing), bahkan Dreamland sudah dijadikan semacam surfing spot baru untuk kawasan Bali.


Sesuai dengan tema bulan madu, pakej ni menyediakan pakej cruise sambil menikmati pemandangan matahari terbenam..BALI HAI CRUISES DI BENOA HARBOUR. Pakej lengkap dengan makan malam.. masa nak nak ke kapal diberi kalungan bunga oleh petugas berkenaan.. ramai jugak couple yang terlibat..


melihat matahari terbenam. always dream about this. to watch a sunrise with someone that i love. and today the dream become reality. and its all because of you.:)( Lagu latar - Flying without wings westlife)



Setelah hari mulai gelap, masuk ke dalam perut kapal untuk menikmati makan malam yang disediakan..quite ok jugak rasa makanannya..satu meja kami berdua sahaja..really enjoy the music and the ambience while we eat. cuma tak berkenan bila ada cabaret show.. so masa show tu kami keluar dari kapal dan bersembang kat atas tu..ada juga karaoke disediakan. Dalam jam 8.30pm kapal pun bertolak pulang dan kami pun menuju ke area Kuta semula.


Sampai di area Kuta siap siap mandi dan berjalan jalan di sekitar area Kuta.. takde nak buat apa dah pun.. just relaks sahaja.. jalan jalan cari souvenir. Tulisan kat atas ni terjumpa kat kedai jual T-Shirt.


yes i am


Dah penat pusing town lepak minum di hotel cafe sahaja.. sambil update instagram dan guna wifi free kat situ.. tak lama kemudian masuk bilik lah untuk rehat.. menanti hari esok, last day in Bali.. Hari ke 3 yang best. Penat. tapi puas sebab banyak aktiviti. dan kami mula mencipta keakraban sebagai suami isteri..


DAY 4 : 21 JANUARY 2013 :

Masuk hari ke 4 di Bali. Hari terakhir untuk trip bulan madu kami. untuk pagi ini aktivitinya adalah aktiviti bebas. tidak terikat dengan agen. cuma kami akan naik flight pada jam 4pm nanti.. maka di waktu pagi ini masih sempat untuk pusing pusing di pekan Kuta. apa cerita pun mari lah kita sarapan pagi dulu.. makan roti, buah dan jus yang disediakan pihak hotel. itu jer yang paling selamat dan halal untuk kami makan.


Sempat juga makan maggi habiskan stok maggi yang ada. saja lah bawak takut lapar tengah malam. kalau kat Malaysia nak makan maggi jarang sekali kan. kat sini alang alang dah bawak habiskan lah dulu mana yang tinggal. Cuaca Alhamdulillah memberansangkan pagi ini.


Bergambar di Swimming Pool Yulia Beach Inn


Dari hotel, just jalan kaki sahaja menyusuri Pantai Kuta. Pantai ni tak dibenarkan mandi sebab ombaknya kuat.. kat pantai ni banyak buat kelas mengajar luncur air. teringin jugak nak surfing tapi entah bila lah gamaknya tu. banyak sangat benda nak buat kan. well, hidup ini mesti dinikmati..


main main ombak


Masuk jenjalan dalam area Hard Rock Hotel Bali.. Hard Rock Hotel ni sangat lah cantik..swimming poolnya luas yang amat. Dulu masa zaman bujang datang Bali sempat merasa stay kat Hotel ni satu malam.. those are the day. Cerita nya pun ada dalam Blog ni kalau korang nak korek. hehe


Sisa waktu masih berbaki banyak.. kami sewa tuk tuk ke Pantai Legian. Kalau nak berjalan kaki jauh jugak.. kesian Wife aku nanti.. so saja jalan kat pantai ni. nak tengok lah cantik ker tak.



Jujur dan ikhlas saya katakan - Pantai Langkawi atau Batu feringghi lagi cantik dari Pantai Legian ni. Pantai legian seolah kotor dan tak selesa untuk berjalan jalan.. tambahan lagi dengan Anjing yang banyak.. rasanya dalam Malaysia lebih menjanjikan banyak pantai yang lagi baik daripada ini. tak apa lah. pengalaman di tempat orang.. tak semua di tempat orang indah belaka.


Dari Pantai Legian kami patah balik ke Kuta dan sambung shopping di Hard Rock Shop. nak beli Shooter Glass dan baju T-Shirt untuk wife.. sebelah Hard Rock shop pulak ada Starbucks. so lepak dulu lah minum kopi di Starbuck sementara menanti Mbak Wayan dan Mader datang menjemput di Bilik Hotel untuk ke Airport.


Minum Green tea Frappucino sambil kira duit balance yang ada. nak spare untuk Tax di airport nanti.


On the way nak balik hotel singgah Matahari Mall. Saja jalan jalan lagi tengok souvenir. Last Chance shopping. Oh sudah isnin rupanya. dan kami masih bercuti..Lusa baru masuk kerja semula..


sudah bersiap sedia untuk ke Airport Ngurah Rai


Terima kasih Mbak Wayan dan Mader atas layanan mesra sepanjang Trip Bulan Madu Kami..semoga berbahagia sentiasa dengan keluarga masing masing.. Pohon doaya ya agar kami pun akan kecapi bahagia..


Lunch dulu makan di Burger King Airport


Maka berakhirlah sudah bulan madu kami di Bali selama 4 hari 3 malam. yang pasti meninggalkan kenangan manis buat kami berdua. bertolak pulang dalam jam 4pm..sampai di LCCT kak tie tolong fetch di sana. Terima kasih kak Tie atas pertolongan. Lain feel nya bila berjalan dengan isteri berbanding berjalan dengan kawan kawan..apa ap apun Alhamdulillah syukur kami berdua selamat pergi dan selamat pulang.


Ini hanyalah satu permulaan yang baru buat kami berdua. Dalam usaha untuk meniti alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu dipelajari dan titik kesefahaman perlu di cari.. Semoga Allah permudahkan jalan buat kami berdua dalam meniti kehidupan berumahtangga. Aku maklum pasti akan ada badai datang melanda, dugaan dan cabaran pasti akan kunjung tiba. sebab selagi mana kita bergelar manusia selagi itulah kita tak akan pernah menjadi sempurna. Kena selalu berdoa pada Allah supaya memberi jalan keluar bagi setiiap permasalahan yang ada. 

 Sebab Doa itu senjata orang mukmin.

Akhir kalam, doakan kami menempuh kehidupan yang lebih baik selepas ini. Insya Allah.

''Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.''

Surah Ar-Ruum Ayat 21

SEBUAH KETENANGAN

$
0
0

24 oktober 2013.

Hari ini genap sebulan saya di sini. Sebulan. Dan itu sudah cukup untuk saya ber eksperimentasi dan membiasakan diri di tempat kerja baru. It's not that hard because this is where I coming from anyway. Suasana tempat kerja di sini berbeda  dari yang terdahulu. Lebih friendly dan kurang formal. Mungkin kerana budaya berbeza. Dan rata-rata bercakap loghat yang sama. Maka jurang antara satu sama lain lebih rapat. Hubungan antara saya dan boss serta subordinate juga quite ok. For now. Moga bertahan sampai bila-bila. Sekurangnya itu apa yang saya rasakan sekarang.


Di sini lebih tenang.


Tidak perlu bersesak atas jambatan pulau pinang untuk ke tempat kerja. Tidak perlu habiskan masa hampir 45 minit di atas jalan raya untuk ke pejabat. Jarak kuarters ke stesen sini tidak sampai 10 minit perjalanan. Cukup jimat, insya Allah. sedang berfikir untuk membeli basikal sebagai tunggangan ke tempat kerja. Environmental friendly dan dapat exercise sekali di pagi hari.


Bercakap pasal jimat, di sini tiada shopping mall yang gah. Yang ada cuma lah Mesra Mall Kemasek. Berbanding di Penang banyak shopping mall yang tersohor seperti queensbay mall, gurney plaza, gurney paragon etc. Maka nafsu membeli belah lebih terkawal kerana outlet di Mesra Mall tiada yang menarik bagi saya. Mungkin ada. Tapi tak banyak pilihan. Syukur juga. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit lantas bagaimana kita mahu bersyukur dengan yang banyak? Tunggu jika ke KL atau ke rumah mertua di Penang, mungkin baru nafsu shopping menjelma.


Jujurnya agak mati kutu pada dua minggu pertama di sini. Tiada tempat ingin dituju. Sudah bosan asyik mengusung kereta ke mesra mall. Bila malam hanya ada beberapa kedai makan yang tersedia. Tiada kedai mamak 24 jam. Tiada lagi nasi kandar sedap.Tiada lagi char kueytiow, mee udang, samosa sedap, mee sotong padang kota, pasembur dan yang sewaktu denganya. Tapi apa kurang nya nasi minyak, nasi dagang, laksam, laksa kuah putih terengganu keropok lekor dan satar.. sama hebat dan sedap. Battle of food takkan berkesudahan sebab lain negeri lain lah signature dish nya. Bertuah sungguh bumi Malaysia kita. Yang paling ketara di sini budaya nya bukan budaya makan di luar. Kebanyakannya memilih untuk makan di rumah. Rata-rata rakan kerja saya sebegitu. And it's a good thing. Tak perlu membazir sangat makan di luar saban waktu.


Masa untuk diri sendiri.


7 tahun di Penang, sudah saya pergunakan untuk melebihkan waktu untuk diri sendiri. Keluarga jauh di Kemaman Terengganu. Ada kesempatan menjenguk orang tua,  baru nampak batang hidung. Selebihnya semua aktiviti untuk diri sendiri dan bersama kawan-kawan. Busy dengan travel dan join running event serta aktiviti alin. Mungkin Tak salah. Cuma kadang-kadang priority nampak tidak kepada keluarga sendiri. Tidak kepada ayah dan mak. Dan di situ lah kesilapan sebenar. Bila ayah sakit baru mula buka mata. Dan sekarang ayah sudah tidak ada, cuma mak yang tinggal di dunia. Semoga arwah ayah tenang di alam sana.. maafkan saya ayah sebab tidak sempat untuk balas jasa ayah dengan sebenar benarnya.. Allah sudah tarik kesempatan itu.


Sebagai anak, kadang kita tidak sedar yang kedua ibu bapa semakin di mamah usia. Kita semakin sibuk dan tidak mempedulikan mereka sangat kerana ada komitmen lain. Kita semakin buta dan ibu bapa semakin tua. Maka kesempatan yang ada pergunakan lah sebaiknya sebelum nanti kita yang berputih mata. Sebelum mereka pergi dijemput illahi dan kita pula akan meratap hiba. Masa yang sudah berlalu tidak dapat ditebus kembali. Bermula lah dari sekarang untuk tunjukkan pada mereka yang kita care dan concern. Itu pun sudah memadai buat kedua ibu bapa kita.


Alhamdulillah,  Allah beri peluang pada saya untuk pulang bekerja di sini. Di kampung halaman sendiri. Tempat saya dilahirkan dengan penuh susah payah oleh mak. Tempat kebanyakan ahli keluarga saya berkumpul. Tempat yang penuh dengan rasa cinta, Pengorbanan dan kasih sayang. Acuan dari arwah ayah yang membentuk keluarga kami seperti hari ini. Terima kasih Allah. Atas kesempatan ini. Atas kesempatan untuk bersama keluarga. dan paling penting dapat tengok-tengok kan mak yang sudah mula tidak berapa sihat sekarang. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan pada mak untuk mengharungi hari bersama anak-anak nya di sisi. 

Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan,

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.

(QS. Al-Israa: 23-24)

Dugaan dan cabaran pasti bersilih ganti. Pengagihan masa yang baik untuk semua pihak amatlah penting. But that's the whole point here right? You can't always get what you want. Allah akan beri kepada kita apa yang kita perlu dan kadang-kadang bukan apa yang kita mahu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Saya sentiasa percaya itu.


Untuk tahun-tahun seterusnya di sini,  moga Allah sentiasa beri semangat dan kekuatan untuk saya tabah mendatangi hari walau penuh rajau dan onak duri.


*membilang waktu. Waktu kapan sang isteri akan pulang ke sini bersama suami. Sebab tempat paling baik buat isteri adalah di sisi suami.. bukan berjauhan sebegini.



-Selesa dengan ruang pejabat baru saya di sini. Ada bilik sendiri dan lebih selesa untuk berkreativiti.-

RACE REPORT : BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2013 - HALF MARATHON 21 KM

$
0
0
Mari membuat race report.

BSN PNM 2013 - 19 OKTOBER 2013

Since sekarang aku dah transfer kerja kat area Paka, maka hari ahad adalah waktu bekerja.. selepas ni mana mana running event kena select yang best best jer lah. sebab nak kea aplly cuti since banyak running event biasanya diadakan pada hari ahad. jarang ada hari sabtu.. takpe lah. thats the price i have to pay. Allah tak bagi semua yang kita nak. Allah akan bagi apa yang kita perlu. 


Maka bersempena dengan BSN Putrajaya Night Marathon yang di adakan pada hari sabtu malam maka gigih lah aku turun untuk berlari mengejar mimpi. sampai area Putrajaya dalam jam 5pm. berkejaran dari Terengganu sebenarnya hantar wife naik flight jam  3.45pm. nasib baik tak kena tinggal flight. so dari LCCT aku ke Putrajaya. Makan dahulu di Kenny Rogers Alamanda dan ambik BIB untuk lari malam ni. Thanks Pak Meon for the BIB. aku tak register this run. Pakai BIB org lain. actually salah sebenarnya pakai BIB orang tapi since aku takkan dapat nya menang this race, so why bother, janji dapat finisher Tee. ambik 21 KM sahaja.


 As usual, tempat permulaan di Palace Of Justice.

Sebelum lari sembahyang dulu lah apa cerita pun. ke masjid Besi berdekatan dan kat situ berjumpa lah ramai muka muka regular yang duk join event ni. Alhamdulillah seronok berjumpa dengan kawan kawan.. kalau hari biasa bila nak berjumpa entah. tumpang event event macam ni lah nak bersua muka dan bertanya kan khabar.


Selesai solat dan bersalin pakaian terus aku ke garisan permulaan. Untuk Full Marathon peserta dah dilepaskan jam 8pm.. teringat last year aku buat Full Marathon dalam event ni.. my Personal Best pulak tu 5 jam 4 minit. this year tak register FM pun.. takpe insya Allah cuba lagi tahun depan..


Tempat berkumpul untuk peserta Half Marathon 21km


Jam 8.30pm peserta untuk half Marathon flag off. maka bertempiaranlah semua peserta lari demi mencarikekuqatan dalam diri masing masing untuk menghabiskan larian 21KM.. masa ni hujan baru nak berhenti. actually masa tengah berlari pun memang hujan rintik rintik.. tapi nasib baik tak lebat.. aku memang prefer berlari malam.. cuma malam ni aku tak berapa nak larat. mana nak larat kalau tak training betul betul.. firrst 10 KM jer aku bboleh maintain pace bawah 6 minit per km. pastu hancur ke laut. Timing last jadi 2 jam 32 minit. worst timing ever for HM. takper, janji habis kan.


Masa 3km yang last terserempak dengan pakcik azuan. kenapa pakcik? tengok bib nya ya kategori mana. hehe. gurau jer ya azuan. thanks lah pace sama sama ngan aku sampai ke Finishing line.. we made it again..yeahhhhh..


Finisher Tee 21km and Medal


Oh ya, lupa nak cakap kak tie pun ada sama lari 21km malam ni.. jangan tak percaya ya kak tie sekarang dah glowing.. makin kurus sekarang.. Lepas ni makin laju lah berlari.. tahniah kakak ku dapat habiskan larian!! Tahniah juga pada encik sepul dan encik Burn!! ni geng yang sempat bersama ambik gambar sebelum aku balik. bukan balik Ampang ataupun Cheras. Nunnnnnn balik Kemaman sebab esok kerja. Tak boleh di amalkan selalu lah. bahaya drive sorang sorang tengah tengah malam. Next year kalau nak lari jugak aku akan apply cuti lah di hari ahad. baru ada masa nak rest.

ok dah.

Tu jer race report aku.

Bosan kan??

Tapi aku dah kembali berblog ya!!

:)
Viewing all 170 articles
Browse latest View live