Quantcast
Channel: [A].[X].[I].[M].[U].[D]
Viewing all 170 articles
Browse latest View live

FOOD REVIEW : RESTORAN TASIK INDAH SHAH ALAM

$
0
0
Hari ini sudah mula kembali bekerja.

Hujung minggu yang baru saja berlalu berakhir dengan tragedi kemalangan. Siapa yang sangka, hanya Allah yang mengetahui..Apa yang berlaku mudah-mudahan memberi pengajaran kepada semua..sudah tertulis takdirnya begitu..Moga-moga Allah akan terus melindungi kami sekeluarga dari bala bencana..


Petang semalam setelah abang Shuk selesai dengan urusannya, Kami bergerak ke Shah Alam. kenapa ya kena pergi shah alam? susah jugak aku nak terangkan sebenarnya. Tujuannya sebab wife abang shuk ada di Shah Alam, dan hari ni diorang akan pulang ke Temerloh. Kereta Abang Shuk dah masuk workshop di Mentakab..so nanti aku akan balik ke Penang, Abang Shuk dan wifenya serta mak akan pulang ke Temerloh.Abaikan jer kalau korang tak paham sebab ni just for my record.hehe..My point here is we going to Shah Alam.


Kami menuju ke Restoran Tasik Indah Shah Alam


Restoran Tasik Indah
Address: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5510-8388


Plannya memang nak makan-makan dulu di sini sebelum berpisah..Kitorang sampai dekat pukul 5pm, which is ngam-ngam dengan waktu operasi this restaurant.Buka pada jam 5pm..Ni kali kedua aku menjejakkan kaki di Restoran ni..First time dulu masa zaman belajar di Uitm Shah Alam..6 years ago..This Restaurant under Aman Syukur Sdn. Bhd..so jangan korang risau sebab ni Restoran milik orang melayu. Bukan restoran Seafood China punya.


Kami berempat sahaja yang ada kali ini..Kak Tie, aku, Abang Shuk dan mak..Mak sekarang macam ni lah. Alhamdulillah sihat sejahtera..Duk follow up appointment dia dengan doktor di Kuantan Medical Center..Bila anak anak ada di sisi nampak sihat dan bertenaga lah mak..sebab tu nak kena selalu balik jenguk mak di kampung..setelah arwah ayah dah tiada ni..


China Tea dan Kacang sementara menunggu makanan siap di masak


Topik perbincangan basically pasal hal ehwal keluarga..bincang pasal tragedi kemalangan semalam dan juga bincang pasal hal masa arwah ayah ada..seakan baru semalam ayah pergi meninggalkan kami..sekarang dah nak masuk bulan Oktober..5 bulan berlalu sekelip mata sahaja..Alhamdulillah Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan yang muncul dengan sabar dan tabah.


pemandangan taman tasik shah alam


waktu dah dekat jam 6pm..


Meal pembuka selera : SHARK FIN SOUP WITH CRAB MEAT..sedap soup ni..memang sesuai sangat jadi appertizer..


Makan shark fin soup dengan cili jeruk.yummeh!


semangkuk kecil nasi putih


Broccoli with mushroom and scallop


Ikan Jenahak stim limau yang mantap!!


Ketam Telur Masin. yang ni sedap..boleh celen Pak Ya!


Sotong Goreng tepung cicah sos hijau


Main Meal of the day : Lobster Masak Pedas..


Mari menjamu selera..Bismillah..


Lobster yang tewas


Kenyang sangat makan macam ni 4 orang..Macam terlebih order pun ya. tapi memang puas hati lah meratah ketam telur masin dan Lobster tu..Jenahak Stim Limau tu pun memang sedap..masa dah habis makan Tokey kedai bagi complementary Aiskrim Cokelat yang sedap!!thanks!!


Another episod makan makan with my family


Jom kita balik..Thanks abang Shuk for the treat..maklum lah baru gaji kan.hehe..apa apa pun moga abang di murahkan rezeki..lepas ni giliran saya pulak belanja makan ya..Pilih la mana restoran yang best best nanti kita bawak mak lagi.


Dari Restoran Tasik Indah kami menuju ke Crystal Height


Berjumpa dulu dengan Mak Mertua dan Kak Feeza..Adam Syahmi pun ada skali..singgah solat sebentar..sebelum aku memulakan perjalanan pulang ke Penang..Terima kasih kalian sudi jemput datang rumah..lama tak jumpa ngan Adam..makin galak dan lincah.


Adam bagi kiss goodbye kat Pok Jim


Dari Crystal Height ni kami berpisah..Mereka akan pulang ke Temerloh malam ni juga dan aku akan pulang ke Penang..Alhamdulillah hujung minggu ni dapat berjumpa mak lagi dan adik beradik yang lain..semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga..Ada masa aku story kisah melawat Taman rekreasi dan Zoo Kemaman. Janagn men men Kemaman pun ada Zoo ok..hehe

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah.

IFTAR DI ANCASA HOTEL & SHOPPING RAYA JALAN TAR

$
0
0
Kisah 15 Ogos yang lalu.

Bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur sebab esok aku dah mula bercuti untuk menyambut hari raya aidilfitri..Plan berbuka puasa bersama sama dengan Cik Burn dan Che Qis untuk berbuka puasa di Hotel..macam macam hotel try cari di sekitar Kuala Lumpur tapi kebanyakkanya dah penuh..agaknya semua orang nak ambil peluang makan buffet di Hotel sebelum bulan Ramadhan berakhir..


Last-last kak Tie try telefon Hotel Ancasa di tepi Pudu Sentral masih available.so minta kak Tie reservekan tempat untuk empat orang..dari Penang aku straight ambik kak Tie di Jalan Duta, then terus menuju ke Puduraya..Jalan agak jammed tapi Alhamdulillah sampai selepas orang azan..kiranya dah berbuka tapi tak la lama sangat cik burn dan che qis menunggu. diorang tunggu di tepi tempat berbuka sebab tak tahu meja reserve yang mana satu.


Tu diaaa Reserve nama Nur Asmahwati..salah eja nama tu tapi boleh lah..


Thanks Cik Burn dan Che Qis sebab sudi berbuka puasa bersama sama kami..plan last minit sebenarnya..kebetulan diorang available so on jer lah..Cik Burn dalam Office attire lagik sama lah macam Kak Tie pun..Jom kita tengok apa yang ada di Buffet Ancasa Hotel Ni.


jom tengok makanan apa yang ada


Eye of ANCASA kata mereka..dalam bakul bulatan tu ada kuih rupanya.


antara kuih yang ada


sushi!!!


First meal aku ambik ialah Sushi dulu


Then Satay dan ayam tandoori


Nasik Goreng kampung dan Ikan Keli Goreng


Ayam Panggang!!



Kira ok jugak lah ada ayam panggang, satay, ayam tandoori dan ikan panggang..bab Kambing tu kak Tie suka bebenor lah.aku tak gemar.


Keropok lekor dan cucur udang


Ratah lauk lagi  mana yang sempat


Buah buahan pencuci mulut


DESSERTS!


Sembang-sembang lah apa yang patut..most of topic yang aku ingat kami bincang masa ni pasal event larian..ajak Cik Burn dan Cik qis masuk skali..Cik Burn akan join Rat Race dalam bulan September nanti..Good Luck!lepas ni boleh la join mana mana event larian yang lain pulak..


Terkenang masa bukak Puasa tahun 2009..aku dan Kak Tie bawak mak mai makan di Ancasa Hotel ni jugak..masa tu ayah ada di Hospital Kuala Lumpur jugak sebab dah start buat hemodialisis..Bulan puasa kali tu aku dan Kak Tie pakat pakat nak belanja mak dan ayah makan di sini..Kenangan indah tetap akan dikenang sampai bila bila..


Kami berempat!


Time nak balik terserempak dengan Ifa Raziah pulak


Ifa Raziah kata dia duta Hotel Anacasa.haha


Dari hotel Ancasa kami blah pada jam 9.26pm..sampai pukul 10pm buffetnya ada tapi masa kitirang blah dah takder orang dah pun..kami masih belum berpisah sebab nak berjalan jalan shopping raya di JALAN TAR dulu..Thanks Cik Burn dapat parking best di Opis lamanya..tahun depan bagi lah lagi..nak shopping ngan korang lah senang dapat parking.


Terserempak dengan Fuad, Member TNB masa mula mula masuk dulu..tapi dia dah resign masuk kompeni lain pulak..dia ngan wife dia..kebetulan terserempak..aku yang tegur dulu kalau tak mesti dia buat dunno jer..kawan encik Salman jugak ni..Nice to meet you bro!happy hari raya!!


Singgah masjid India untuk solat isyak dan jamak maghrib skali..orang adalah sangat ramai..ada tazkirah lepas solat tarawikh..


Then it's shopping time!


Time dekat nak raya ni memang jalan TAR adalah sangat sesak ya..nak membeli belah pun tak selesa sebab kena redah ngan ramai orang..kena berhatri hati jaga wallet dan beg tangan kang hilang naya jer..


Di pertengahan Jalan Cik Burn dan Che Qis mengundur diri..penat..cari tudung pulak tak jumpa.hehe..nice to meet both of you nanti lepas raya kita jumpa lagi ya!insya Allah..Thanks ya guys spend masa berbuka dan mai shopping teman aku dan kak Tie


Makin tengah malam makin ramai orang datang bertandang..aku ngan Kak Tie nak cari baju raya..Alhamdulillah dapat lah cari baju melayu aku dan samping sekali..siap songkok aku beli sebab tertinggal songkok di Penang..serba baru lah raya kali ni..dalam pukul 2am kami beransur pulang..

*to be continued..

BALIK KAMPUNG UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H!!

$
0
0
16 Ogos 2012

Malam tadi lepas shopping di jalan Tar, terus balik ke rumah Kak Tie..nak tido tapi better pergi join qiyammulail di Masjid Pandan Indah..dalam pukul 4.30am diorang start qiyammulail..ramainya orang duk tidor dalam masjid..Alhamdulillah ramai yang memanfaatkan malam terakhir Ramadhan daam misi mencari lailatul Qada


Kuliyyah lepas subuh


Bersahur di Kedai mamak


Dari masjid Al-Azim pandan Indah aku drop by ke Rumah Kak Leez untuk ambik kek Moist Chocolate nya..dah dua tahun aku tempah setiap kali raya..regular customer ya.tapi harga tetap lah naik sebab barang makin mahal sekarang..takper janji kek kak leez tetap sedap sepanjang zaman..sembang lama jugak ngan kak leez tentang macam macam hal..dunia blogger dan juga hal hal personal..jujur aku katakan aku senang ngan Kak Leez. sebab aku tahu dia bukan orang yang fake.She just jujur dengan dirinya sendiri and that's what make aku senang berkawan ngan dia. Thanks kak Leez for the cake!!tahun depan aku order lagi ya.


Dari Rumah Kak Leez aku ke Rumah Mok elly untuk ambik hamper raya..setiap tahun Pok Shabery pasti akan beri hamper pada ahli keluarga yang dah berkahwin..sampai sekarang aku masih tak entitle untuk dapat hamper ni..Tahun depan kalau ada rezeki Insya Allah dapat lah hamper ni satu.hehe


Nak balik beraya seminggu macam nak balik kampung sebulan..dalam perjalanan pulang abang shuk telefon mintak tolong beli durian kalau ada terjumpa..dia kata mak nak makan..so sebagai anak yang baik aku beli lah durian dan sepanjang jalan sampai ke kampung memang kereta aku bau durian lah..takper,,demi menggembirakan hati ahli keluarga..sampai kemaman ngan ngam time solat isyak dan solat tarawikh so aku berhenti solat tarawikh di masjid Sultan Ahamd Chukai Kemaman dulu sebelum meneruskan perjalan sampai ke rumah di kemasek.


Alangkah indah dan bahagia dapat sampai di rumah..anak saudara duk main buai di laman depan..abang shuk, abang jalee, ami dan faiz sedang sibuk membaiki lampu lip lap untuk hari rayua yang bakal menjelang lagi 3 hari..suasana yang aku rindui..i miss my family!


Sampai rumah salin baju then bersalam ngan mak, terus mak siap siap kan makanan apa yang ada..makanan berbuka puasa tadi..aku tak berbuka puasa secara betul lagi so memang lapar..


Mak ada masak Sayur kacang panjang masak lemak..makan pulak ngan sambal belacan dan ikan Goreng..tak ada tandingan lah ngan lauk yang aku biasa makan di Penang.hehehe.masakan ibu jugak yang paling terbaik dalam dunia..


Kek yang aku beli ngan Kak Leez ada dua bijk..sebijik bagi pada Tok wan dan sebijik lagi buat sambut besday kak Ina yang telah berlalu pada 13 Ogos..selamat ulangtahun kelahiran kak Ina..semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezek..ameen!


Bukak durian beberapa bijik..mahal durian aku beli ni..20 kg dalam rm180..tak apa lah sekali sekala beli untuk ahli keluarga sebab durian tak ada dah belah sini..aku beli kat Highway so sebab tu lah mahal..D27 rasanya jenis ni.


Adam Syahmi yang gila durian


Kerepek yang dibeli di JALAN TAR semalam.


Kuih raya ni ramai yang beri kat aku sebelum balik kampung..kepada yang beri tu terima kasih dan semoga  kalian semua di murahkan rezeki ya!!terima kasih banyak banyak.selamat hari raya maaf zahir dan batin..


Ketam Nipah 30 ekor aku beli di Penang khas untuk keluarga di kampung


bermain dengan Adam


Adam dan Nurul Nadeah Salwani


Seronok main ngan budak kecil..bila agaknya aku nak ada anak sendiri ni..insya Allah kalau di izinkan Nya..Terima kasih ya Allah sebab beri kesempatan lagi untuk aku bersama sama ahli keluarga sebelum menyambut hari raya aidilfitri tahun ini..Walaupun arwah ayah telah tiada, semoga Engkau memberi ketabahan dan kesabaran pada kami untuk melalui Aidilfitri kali ini dengan tenang..Ameen.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK!

$
0
0

28 September .. Ulangtahun kelahiran Mak..Selamat hari lahir Mak!!Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang..serta di beri keberkatan dalam hidup..walau apa berlaku kami anak anak akan tetap memberi sokongan dan akan sentiasa menyayangimu sampai syurga nanti..Insya Allah..

We LOVE you MOM!!We will always do.

RACE REPORT : SALOMON X-TRAIL RUN 10 KM @ STADIUM UPM

$
0
0


Lokasi kejadian : Universiti Putra Malaysia


Salomon X-Trail Run ni first time aku join..10 KM..and berlari offroad. trail run kan..so memang masuk dalam kawasan ladang dan jalan semua berselut.


 Nissan Navara mengekori rapat


expected 2100 orang runner for this event


Memang lencun lah kasut..tak dapat diselamatkan lagi


To the finishing line


with some of #GENGKAKILARI members yang ada


race ended at Stadium UPM 

Semua kasut sudah berselut dan basah


me, Edi and Faiez


Lets rinse our shoes!! 

Oh my kasut!!


mari basuh membasuh!


Tembikai dan Gatorade


And this is another medal for my collection..first time trial, and i like the fact that i did it again!the smell of grass, cow and the mud still fresh in my mind. Hope to join another trail run, and see you guys again in Salomon x-trail run 2013!

RACE REPORT : WE RUN KL 10 KM NIKE

$
0
0
Reason why i'm in KL this weekend : We run KL 10KM NIKE..Last year aku pun register tapi tak lari sebab clash dengan Desa Parkcity punya event..aku dan Kak Tie decide untuk ke Desa Parkcity 10 KM sebab ada medal..Nike tak provide medal.hehe. This year pun tak ada medal tapi ada Finisher Tee bagi yang dapat finish the run. Even better than medal.Baju boleh pakai. Kalau Medal buat gantung dalam rumah jer.


Thanks Faiez ambikkan racekit ni..Baju NIKE tahun ni jauh beza dengan tahun lepas..tahun lepas kaler oren..kali ni kaler Hitam dan Fluorescene..Nice jugak. Different lah.Cuma pelik sikit sebab flag off jam 5.30pm..kat Jalan Ampang pulak tu..end kat Padang merbok. Sebelum datang kat Matic Jalan Ampang sempat ke wisma OCM ambik racekit untuk Putrajaya Night Marathon Minggu depan. aku buat 42KM..Ful Marathon. My second Full Marathon. Hopefully dapat finishkan larian tu.


Sepatutnya flag off jam 5.30pm..masa kami sampai sini jam 4.30pm ramai gila dah yang beratur di starting line. sejam awal.tak sabar nak berlari gamaknya.nak kejar podium kot. Ingatkan kena berlari dalam Hujan.nasib baik masa ni hujan dah berhenti..


Faiez, Hamid, azim, Idot, Tanpa nama(tak tahu siapa.kawan idot)


Di kawasan baggage drop, ramai orang membanjiri kawasan nak letak beg dalam truck yang disediakan. tak berkenan sangat bila run event macam ni, start tempat lain habis kat tempat lain.satu hal pulak nak kena angkut barang barang ngan lori..aku pun ada drop barang. dah la tinggal wallet, kunci kereta, DSLR dan jam tangan.Banyak barangan berharga..lain kali tak mau tinggal dah. Bahaya lah.


GengKakiLari yang ada join this event ialah Faiez,aku,Zarul, zamell dan Idot,. Aizat dan Izwah tak berlari depa jadi volunteer di finishing line.


Masa nak flag off agak kelam kabut sikit. maybe sbab jalan sempit dan jumlah peserta adalah ramai..target aku untuk this larian ialah bawah 1 jam..memang aku berlari tak berhenti lah..tak larat just slowkan pace then catchup balik..cuma tak berapa seronok sebab jalan raya sempit dan ramai yang duk berjalan lenggang kangkung ala ala perarakan maulidur rasul, siap ada yang bercinta bagai hingga ganggu orang lain nak berlari..nak mencelah celah bukan senang..takpe lah maybe sebab ramai budak sekolah.tu yang jadi macam tu.aku set endomondo kat finishing line 59 minutes!tapi jam kat papan tanda dah tulis 1 jam 7 minit..maknanya 8 minit nak berasak asak masa starting point tadi. Punya lah lama..


Aizat yang jadi volunteer. Faiz rembat pisang banyak


Terjumpa Razinah Sharif


Kat belakang aku tu Izwah. Volunteer jugak #GKL


with Ford frodo.(apa nama betul ko weh??)


Masa nak beratur untuk ambik Finisher Tee keadaan pun agak kelam kabut jugak..dengan tanah berselut sebab Hujan..memag macam trail tun la pulak kasut abis kotor..aku pelik kenapa lah tak bukak booth bebanyak untuk ambik finisher tee..lama orang kena que..dah la dah masuk waktu maghrib time ni..


We did it!!Congrats semua sebab dapat Finisher Tee


Lari, lari jugak..solat maghrib jangan dilupa


Satu perkara yang aku tak berkenan pasal this event sebab Time maghrib boleh pulak duk berkonsert di tengah padang merbok tu..dengan artis jemputan..seolah tak menghormati waktu maghrib..tapi ya lah.berbagai kaum ang masuk. Hopefully yang beragama islam tu semua sempat menunaikan kewajipan bersolat maghrib di surau yang disediakan..mengenangkan hal ni rasa macam tawar hati nak join next year. Kalau buat pagi aku join. Kalau depa buat petang lagi tengok dulu lah macam mana..


Insiden berlaku masa nak claim baggage..aku hilangkan tag nombor..tak tahu tercicir kat mana..dah berdebar gila sebab dalam tu beg tu semua benda penting ada..Wallet kunci kereta DSLR semua dalam tu..keadaan pun memang kelam kabut lah masa semua orang duk nak clim baggage di Truck yang disediakan..depa main sebut jer nombor then kalau sapa sapa mengaku untuk redeem pun boleh jer ambik macam tu..Nasib aku baik sebab dari bawah boleh ternampak beg aku, so bila diorang ambik terus aku that is my bag and they just give away just like that. Alhamdulillah nasib baik..kena berhati hati next time Tak hairan lah aku dengar sampai jam 11pm banyak baggage orang tak claim, henpon ngan wallet hilang pun banyak..NIKE should do something about this next year.


First time berdiri depan papan tanda ni


Yang penting, dapat Finisher Tee yang cantik..so far training aku biasanya just 10KM..dua hari skali berlari 10 KM kalau berkesempatan..nak kuatkan kaki untuk Full Marathon di Putrajaya Next week..i didnt expect much, just want to Finish that run..After NIKE event singgah di Berjaya Times Square untuk makan malam tapi semua kedai dah tutup..so ke Bukit bintang makan Nasi Ayam Hainan..sedap gila kerabu mangganya!kalau rajin nanti aku tempek gambarnya..

Ok Race Report Done.

I;m so happy to be able to finish the race below 1 hour. Not my personal Best but below 1 Hour is good enough. Congrats to all of my fellow #GKL members that did it so well!we'll meet again in another event ya!Insya Allah.

FOOD REVIEW : NASI AYAM HAINAN CHEE MENG BUKIT BINTANG

$
0
0
Penat berlari. Lapar.

Singgah makan di Bukit Bintang. Makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng. Nama Chinese. Tapi jangan bimbang. Statusnya Halal. This restaurant bukan sekadar ada nasi ayam sahaja. ada macam macam lagi menu lain.Orang pulak ramai jer walau waktu dah mencecah jam 11pm. Weekend barangkali.

Nasi Ayam Chee Meng is proud to be certified Halal by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). Halal food is food that complies with Islamic Law or Shariah. Halal stipulates that food consumed to be hygienic, not harmful to health, free from any forbidden parts of animal origin, and free from anything regarded as filth (najis) under islamic law. In addition, meat products must be derived from animals that are permissable and slaughtered according to Islamic Law.


 since 1965 kata mereka


Roasted Chicken


Taugeh with soy sauce


Tofu Soup with crab fillet


And this is Kerabu Mangga, menu yang menjadi juara pada malam ini. seriously this kerabu mangga cukup sifat. masam nya manisnya crunchynya..memang sedap!!ratah saja sepinggan macam ni pun aku boleh abis sorang..dengan Bilis dan kacang..tak taw nak eksplain macam mana. Memang aku suka lah. 4 thumbs up!


Definitely kerabu mangga tu akan jadi reason yang cukup kuat untuk aku datang makan kat sini lagi..Banyak lagi lauk lain dalam menu yang nampak menarik. akan dicuba lain kali. Rasa nasik ayam nya pun sedap..Harga makanan kat sini slightly expensive but if you are willing to pay for a good food, why not? Selamat menjamu selera!

Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang 
 50, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

MISI MENDAKI BUKIT BROGA : MISSION ACCOMPLISHED!

$
0
0
Hujung minggu lalu.

Hari ahad yang berbahagia. Plan nak mendaki bukit broga. sekali bangun pun dah lewat..So sempat ke Halal Festival di PWTC..Last day..best halal festival sebab dapat rasa dan test macam macam makanan yang ada secara percuma. Lunch hari tu kiranya ditaja oleh Halal Festival.hehe..Dari PWTC pukul 5pm terus decide untuk memanjat Bukit Broga di Semenyih. This bukit ialah bukit yang famous. Boleh kata aku ni ketinggalan lah sebab tak pernah daki..well, better late than never right?


Mulanya aku ngan pais jer nak panjat. ajak idot. dia pun nak join. Kebetulan rumah kakak dia memang di area Semenyih so memang dekat dah ngan Broga Hills//Start mendaki pukul 6pm..mesti turun gelap lah nanti. takper. janji boleh naik jugak.


Ramai yang dah mula turun..sebab hari dah lewat


Route nya tak susah pun sebab memang this Bukit Broga adalah tumpuan utama pengunjung di hujung minggu. Kalau pagi weekend memang ramai lah yang sakan duk nak mendaki..siap ada gerai jual sarapan lagi..keliling nya takder pokok macam Bukit Tabur..ada lalang jer.


area orang gantung kasut. tak tahu apa maknanya


Plan asal nak tengok sunrise. akhirnya bertukar jadi plan tengok sunset. apa apa pun semua ciptaan Allah adalah indah indah belaka..Subhanallah..


main buaian.


ni peak 1. Masa ni masih lagi ramai orang duk melepak


hari dah mula nak gelap


sikit lagi nak sampai.kat belakang tu peak 2



Ni je lah kot part paling susah sebelum sampai ke Puncak


Akhirnya lebih kurang 35 minit sampai lah kat atas ni..tak jauh sangat..1,7KM dan 4oom jer tingginya dari aras laut..lepas ni kita pi daki gunung tok wan pulak ya..masa kitorang sampai ada sorang brader pakai baju Finisher Tee Nike semalam..ngan anak anak dia.ambik gambar apa yang patut sebelum nak turun..orang dah azan maghrib masa ni..kena turun cepat kang tak sempat nak solat.


Bukit Broga, also known as 'Bukit Lalang', after the local species of grass that grows abundantly here, is a hill in Semenyih, about 40 minutes away from Kuala Lumpur. It can be reached a short distance after the University of Nottingham, where the entrance trail starts from an oil palm estate facing a rabbit park across the road. Its easy accessibility means that there are many visitors on the weekend. As far as nature is concerned, the hill is composed mostly of lalang grass while some lower areas are covered with palm oil trees or young secondary forest. Squirrels and birds such as swifts are common sights around these parts.


Thanks pais sebab suluh jalan ngan lampu handphone. Bahaya turun time gelap..Alhamdulillah pukul 7.45pm kami selamat sampai kat bawah..then pi solat maghrib di Petronas berdekatan..Then pergi dinner di Bangsar Village 2 Restoran Canoodling (kalau rajin aku buat entri) . Then apa lagi, Balik Penang la pulak..nanti aku mai KL lagi.:)

*Right now i'm in Bangi, ada course Carbon Monitoring Monitoring Tools di TNB Research..Stay di Pullman Putrajaya malam ni..Esok baru balik Penang.

FOOD REVIEW : CANOODLING RESTAURANT @ BANGSAR VILLAGE 2, KUALA LUMPUR

$
0
0














Canoodling
 
2F-29, Second Floor, Bangsar Village II
No. 1 Jalan Telawi Satu
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur

Business Hours:
11:00am- 10:00pm daily
9.45pm (Kitchen Last Order)

PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE PHOTO EDITION

RACE REPORT : BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATAHON 2012

$
0
0
Perasaan Berdebar-debar.

Sebab ni baru kali kedua akan buat Full Marathon 42KM..aku masih ingat lagi first time buat 42KM masa Standard Chartered KL Marathon bulan Jun yang lalu..maybe tak cukup training kaki sangat sakit masa KM ke 30..so baki 12 KM lagi memang aku habiskan dengan seksa dan susah payah..takkan nak patah balik kan..waktu itu catatan masa aku ialah 5 jam 44 Minit untuk Full Marathon 42 KM..its my personal best anyway sebab tu first time buat 42 KM.


Dan pada 20 Oktober 2012.

Here i am. Back again in KL..untuk Putrajaya Night Marathon..kalau tahun lepas aku cuma berlari 10 KM untuk PNM2011..Kali ni masuk tahun 2012 terus nak buat 42 KM..training tak berapa cukup sebenarnya tapi we'll see how nanti..dah collect race kit dua minggu awal masa NIKE Run di Jalan Ampang..so hari sabtu sebelum race memang just rest di Rumah Kak Tie dan pada jam 5pm bergerak ke Putrajaya.


This is my sister, Kak Tie peneman setia untuk event berlari macam ni..Kak Tie akan buat 21 KM..God Luck to both of us..i dont know what to expect actually. in my mind cuma dua : nak finish the run dan nak perbaiki catatan masa Standard Chartered KL Marathon.


Untuk peserta Full Marathon, kami akan start awal..jam 8pm..Peserta Half Marathin jam 8.30pm..terjumpa Arman dan Encik Zul yang buat 42 KM jugak..bergambar lah dulu apa yang patut nak kasi hilang neves..ketemu aizat dan Ford jugak..Faiz takde time ni dia ke Bandung bersama wan..Rugi lah kau Faiz tak dapat Finisher Tee nanti.Haha.


i guess i'm ready enough..Glad that aku rest cukup cukup siang tadi..tanak kejadian tahun lepas berulang kembali..sebelum lari malam boleh aku duk ronda ronda buang tenaga ambik gambar di Putrajaya..hasilnya berlari 10 KM sahaja dalam keadaan yang meletihkan dan seksa jer rasanya..lesson learned.kali ni memang tidor sepanjang siang and now aku bersedia untuk beraksi.Cuma my concern is aku tak cukup makan..Carbo load tak berapa cukup. Harap depa kasi lah pisang nanti masa dalam perjalanan.


Jam 8pm, flag off untuk pesesrta Full Marathon..Untuk permulaan my strategi just go slow and maintain pace 6 minutes per KM..tanak laju laju..still got a long way to go..lupa nak bagitau gambar sepanjang race aku cilok dari Kasturie.blogspot otai marathon..aku duk fokus sangat nak habiskan larian ni sampai takder mood nak bergambar sepanjang perjalanan walaupun kamera duk ada dalam poket.Thanks kasturie for the pics!


Masih mengekalkan pace slow 6 minute sper KM


Masa ni baru dalam 6KM..tapi aku still tak berhenti..memang target aku ialah tanak berhenti sampai 21KM..achievable pulak tu..


Untuk Race kali ni memang aku bernsib baik sebab aku beli tempat letak air di Pinggang..so memang tak kalut dah nak berhenti minum air..minum air sambil berlari jer ambik air di pinggang..nak jimatkan masa memang aku tak berhenti di stesen air kecuali di KM 18 sebentar untuk isi air..target tanak berhenti sampai KM ke 21.


Masa di KM 26 rasanya depa hidang Buah Tembikai..rasa refreshing sangat dapat makan tembikai ni..dah lepas dari KM ke 21 baru aku ada berhenti henti kejap..tu pun still aku paksa kaki untuk melangkah walau makin berat dan berat dan sakit..no pain no gain kan. so keep moving je lah..


Terjumpa makhluk galah ni di KM ke 33..masa ni lah aku terserempak Kasturie..ambik gambar ni pun dengan kamera dia..


Ada air Coke!!aku minum coke kejap. Mulanya segan nak ambik tapi chinese yang offer aku tu kat ajangan alu segan kawan..minum saja alh..so aku dan kasturie ambik coke dan minum..ok what untuk tenaga segera..masa ni kaki aku sankit sakit dah..


Nampak signboard marathon 1.195 to go macam dekat..dah dekat nak sampai ni lah yang makin rasa jauh tu..sebab badan dah letih dan tak bermaya..aku terserempak jugak dengan Zarul dan dia ke depan dulu..dah sampai kot rasanya..di hujung perjalanan aku just berlari sorang sorang..takde geng yang sesuai dah.haha


span span air bertaburan


Setelah 5 jam 12 minit berlari sejauh 42KM, akhirnya aku berjaya menamatkan larian!! syukur Alhamdulillah!!my second Marathon and my timing dah improve banyak dari 5 jam 44 minit ke 5 jam 12 minit..a lot of improvement and i'm happy with that!!masa nak sampai garisan penamat nampak Inah dan idot tengah tunggu kengkawan sampai..Thanks for the support all!


Perasaan masa ni bercampur baur..Penat dan loya. Rasa nak muntah.rasa nak demam.entah kenapa tetiba aku rasa macam ni..rasa tak sihat..kaki takde ah sampai takleh berjalan..ok jer lagik..


Dan akhirnya aku muntah..satu explanation jer kata mereka sebab aku tak load kan karbo yang cukup untuk this larian..so tak dapat energy yang secukupnya..42 KM bakar lebih kurang 3000 kalori and thats equivalent macam keperluan harian dua hari seorang dewasa. Thats a lot!!and i'm so happy!!


Bersama #Gengkakilari Zarul azuan, Izman..Izman sampai lepas aku..Zarul sampai awal 5 jam 5 minit..Ok lah semua dapat lari bawah 5 jam setengah..Taniah pada semua!!next target kena buat sub5 pulak..Insya Allah..Masa ni jam dah pukul 1.30am dah..nasib baik ada kereta pinjam.Thanks tuan punya kereta!!


Another medal for my collection - 42 KM in da house!!


And most importantly dapat this Finisher Tee..Puas hati sesangat lah dapat finishkan larian tanpa injured..esoknya aku siap boleh ke Nilai lagi ngan Kak Tie beli barang skit..Cumanya perasaan lepas sampai nak muntah dan loya serta rasa nak demam, yang tu jer lah aku a bit concern. Next Full Marathon at Penang Bridge Nanti 18 November 2012 kena load kan badan dengan karbo seminggu awal..supaya ada tenaga yang cukup untuk habiskan that event.Apa apa pun aku dah nampak ada perubahan dan peningkatan untuk aku habiskan 42 KM run.i'm proud with myself jugak. Tahniah azim ashaary!you can do it.

Sekian laporan Race aku.

Jumpa lagi di lembaran akan datang.

Insya Allah.

AND THE JOURNEY BEGIN..

$
0
0

It's November 2012. 

Alhamdulillah..praise to Allah for another month to breath..my october resolution goes well, hopefully I will keep istiqamah doing it for myself..time fly so fast, and as the day goes by, may this journey bring a blessing to us. 

Insya Allah.

BAGAIKAN SAKTI. .

$
0
0
Syukur Alhamdulillah.

Atas nikmat kurniaan Allah yang tidak terhingga..masa itu semakin dekat. Bagai tidak percaya, segalanya makin pasti dan makin jelas. Aku tak mampu untuk meramalkan masa hadapan. Itu kerja Tuhan..biarlah takdir menentukan segalanya. Cuma di pihak sendiri, harus berusaha dan berdoa agar segalanya dipermudahkan..usaha dan kemudian bertawakkal, itu yang islam anjurkan.

Persediaan? 

Mental dan emosi. Fizikal dan jasmani. Rohani jangan dilupakan. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik...ini bukan kisah dongeng. Bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Maka perancangan dan persediaan rapi amatlah wajar dilakukan. Jujur aku katakan, Mungkin aku tidak mampu untuk bersedia seratus peratus tetapi mudah-mudahan segala usaha dan doa sepanjang perjalanan ini menjadi penguat untuk menempuhi hari mendatang.

Takut.

Nervous.

Gusar.

Gugup.

Teruja.

Penuh harapan.

Moga kesudahan yang baik akan jadi milik kita bersama. Insya Allah.

RUN EVENT : LIVE GREAT RUN PHOTO EDITION

$
0
0














*This event happened on 4 November 2012..after this event sempat balik ke kemasek uruskan hal yang patut then balik ke KL untuk catch bas balik ke Penang jam 12am..always like this..rushing. But i have to do what i have to do.:)

TRAVEL AND LIVING : LAOS TRIP 9 - 11 NOVEMBER 2012

$
0
0
Kali ni nak update sikit cerita pasal Trip ke Laos pada 9-11 November yang lalu.

As usual lah Trip ke Laos ni naik Air Asia..dapat tiket murah jer dalam RM120 pergi dan balik..Actually tak sure sangat why kenapa aku ke laos..just kebetulan Browse 3 bulan lepas masa air asia buat promotion and grab je lah tiket ke Laos randomly. Overall this trip ok lah bagi aku. Do something different from other trip..kali ni aku dan member yang pergi skali sewa basikal untuk pusing kota Vientiane..Dapat pengalaman baru di samping ecxercise skali..Kota Vientiane tak lah besar mana..kecik jer walaupun merupakan ibu negara Laos.


Sebelum pi ke sana Tukar dulu duit USD..kat sana mata wang nya ialah KIP..tak lau di luar ataupun negara lain. hanya sah nilai di negara Laos sahaja..urusniaga kat sana banyak jugak pakai duit USD..so tukar duit USD dulu lah..sampai Laos baru akan tukar duit KIP.


Sebelum pi Loas duk buat jugak lah research sikit sikit..nak stay kat mana dan kat mana ada makanan halal..Komuniti islam kat sana pun ada..hal hal lain redah sajalah..sebab masa cuma 3 hari dua malam so memang kami just pusing sekitar Vientiane sahaja..tak sempat nak ke Luang Prabang ataupun attraction place yang jauh.


Naik bas di KL Sentral ..dalam bas sempat lah google belajar sikit sikit bahasa Laos..susah jugak nak sebut. nanti sampai Laos baru leh dengar local laotian sebut camana..a good thing about travel , you might learn something new about other country especially budaya dan jugak language. Bear in mind Language is quite a barrier in Laos because they didnt speak english well..but still boleh di fahami and they are willing to help.


Sebelum departure lepak kat starbuck kejap ..Flight awal pagi jam 7.35am..so kul 5am dah ada di airport takut kena tinggal flight. hehe..seat tak penuh pun..sampai Laos dalam jam 9.10am waktu tempatan. masa di Laos beza satu jam awal dari kita macam Thailand..pukul 10.10am lah waktu malaysia kami sampai..penerbangan memakan masa 2 jam 30 minit macam tu.


Dalam flight order makan nasik ayam dan tengok cerita Eat Pray Love lakonan Julia Robert.. i love this Movie sebab cerita pasal travel..Travel makan ke Itali, berdoa di India dan akhirnya mencari cinta di Bali..Nice movie adaptasi dari Novel..suatu hari nanti moga aku akkan sampai juga ke Kota Itali. Insya Allah jika panjang umur.


WELCOME TO LAOS!!


Sampai di Laos Tukar duit dulu di airport..tukar siap siap takut nanti tak tau mana nak cari money changer. Tukar duit USD ke KIP..Lepas da siap tukar duit naik van yang diseiakan oleh pihak Leuxay Hotel menuju ke Hotel dan Checked ini..Lepas dah berehat terus sewa basikal dari pihak Hotel dan memulakan misi menjelajah Laos.Below are the itinerary for Day 1


DAY 1 (FRIDAY) – 9 NOVEMBER 2012 - DAY 1

-Departure from KUL  at 0745 and arrive in Vientiane(VTE) Wattay Airport at 0910am
- transfer to hotel for check in. 

 
Sewa basikal dari pihak Hotel 20,000 Kip sehari
-Afternoon visit Morning Market (Talaat Sao), known for its superior silk weaving, metal work, and woodcarving 


Morning market at Vientiane
 

souvenir at Morning market

-Visit Black Stupa

-then continue visit Vat Sisaket, the oldest original temple in Vientiane. Built in 1818, Vat Sisaket is the sole survivor of an invasion in 1828. Vat Sisaket features remarkable frescoes and 6,840 Buddha images. 
 

Vat sisaket

-Nearby is Ho Phra Keo, once the royal temple of Lao monarchy. Built in 1565, Ho Phra Keo has been used as a museum since 1970 and contains some of the finest Buddhist sculptures and artifacts in the country. The main structure originally housed the famous Emerald Buddha that now resides in Bangkok’s Wat Phra Keo. 

 
Museum Hor Phra Keo

-Stroll along the banks of the Mekong River at sunset. 


Dataran depan Mekong River


Chan Anou Vang Statue


Sunset at Mekong River

-Dinner at Fatima Restaurant..Halal.Tepi Mekong River banyak makanan Halal restaurant.


Makan makanan Laos..Pedas!!!


Aiskrim nak kasi hilang pedas


Government Building at Night

-Then sempat singgah Night Market di sepanjang sungai Mekong and then naik basikal terus balik ke Hotel..bermalam dan berakhir lah hari pertama.Penat tapi best!


DAY 2 (SATURDAY)- 10 NOVEMBER 2012 – DAY 2

-Breakfast at hotel.after breakfast swimming.


MORNING IN LAOS


Nice swimming pool!at Leuxay Hotel Laos
 

swimming under water
 

sabaidee!!(Means Hello in Laos)
 
                          
 Having Good time swimming here

-Visit Lao National Museumwas founded as the national museum highlighting not only the revolution of the 1970s but also the pre-history and is located in a French colonial building. This museum, which was originally built in 1925 as the French governor’s residence, presents the history of Laos, highlighting the Laotian people’s struggle to free the country from foreign occupiers and imperialist forces. It is located on Samsenthai road, opposite the Cultural Hall.

 
Laos National Cultural Hall
 

In front of Laos National Museum

 The one and only Franchise company in Laos

- One of the most photographed images of Vientiane is Patousay, the victory gate also known as Anousavari. Constructed in 1958, its architecture is inspired by the Arc of Triumph in Paris. 


 Girang!!
 

Patouxay Building

-Another famous Vientiane landmark is the That Luang Stupa. King Setthathirath built this great sacred stupa in 1566. Its central structure is 45 meters tall and echoes the curving lines of an elongated lotus. The original stupa was said to contain relics of Lord Buddha. 
 

That Luang Stupa

-Then excursion directly to Buddha Park, located 24 km south of Vientiane, and take a look at the impressive Friendship Bridge.


Tuk tuk in Laos..naik ni ke Buddha Park 24 KM from Bandar Laos


Just patung Budha jer banyak di Buddha Park

-Balik dari Buddha Park dah malam..terus ke area mekong river untuk makan malam di Noor Indian Restaurant
Makan nasi Goreng dan kerabu salad. sedap!!kopi laos terbaik!

-shopping at Night market


silk in Laos

-Supper paratha(Roti Canai) di Nazim Restoran. Restoran Halal di Laos


-Overnight at Hotel


swimming pool at night


Waktu solat di Laos


DAY 3 (SUNDAY) – 11 NOVEMBER 2012 – DAY 3

-Breakfast at Hotel

 Sarapan makan buah


Checked out dari Hotel


Last chance souvenir shopping at Wattay Airport


Having a cup of coffe before balik ke Malaysia


Makan sandwich atas Flight sambil layan cerita devil wears prada


Beli passport Leather air asia..passport aku takder sarung


Arrive at Kuala Lumpur pada jam 1.30pm..Selamat Tinggal Laos!!overall bagi aku trip ni interesting..different from other place aku pergi..attraction not so much sebab banyak temple sahaja..maybe sebab naik basikal ronda kota Vientiane tu yang buat aku suka..next time kalau ke Laos lagi akan discover Luang Prabang pulak..Tanks travel mate ku Faiz turut serta travel sama sama..bertemu lagi di lembaran akan datang.

Nak update panjang panjang tak tahu lah bila. setakat ni dlu lah aku cerita.

Salam bertemu lagi.

Adios!


FOOD REVIEW : RESTORAN SHARIN LOW @ CYBERJAYA

$
0
0

Kisahnya malam tadi nak ke Putrajaya untuk berlari. Persediaan untuk Penang Bridge International Marathon minggu depan. tapi Hujan. so bila hujan aktiviti yang paling sesuai dibuat ialah makan.dalam fikiran nak makan Nasi Arab di Restoran Saba Cyberjaya. sekali pergi ayam dah habis..tinggal kambing. aku tak makan kambing. so beralih la pulak ke Restoran berdekatan iaitu Chinese Muslim Restaurant , Restoran Sharin Low Seafood


Seafood Soup..ala ala shark fin soup. Sedap!!


Sotong Sambal yang sedap!


Ketam Telur Masin..tak menjadi sangat..lebih prefer yang Pak Ya jugak


Kerapu Stim Limau ..Ok lah..sedap


Nasik putih


Overall makanan kat sini sedap.selamat mencuba ya..Restoran Sharin Low ni banyak cawangan nya..yang di Cyberjaya baru jer bukak dua hari masa aku datang makan ni.

Restoran Sharin Low
Suite 4801-0-8, CBD Perdana, 
Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya

BALIK KAMPUNG SEKETIKA SEMPENA CUTI DEEPAVALI

$
0
0

Sempena cuti Deepavali aku balik ke kampung halaman seketika..Lebuhraya Pantai Timur amatlah lengang..siap boleh baring atas jalan..aku masih ingat last month masa balik cuti Raya haji..jammed bukan main lagi LPT..8 jam baru sampai KL..Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan kali ini..Ramai orang dah bercuti awal sebab Deepavali berselang seli dengan cuti awal Muharram.


Sampai Kemaman aku terus cari satar..lama tak merasa makan satar..tapi tempat satar aku beli ni tak berapa sedap..pedas gila sebab cili padinya seketul seketul diorang letak..lepas ni tak mau beli dah kat makcik ni.


Keropok lekor pun aku beli kat tenmpat yang sama..tak berapa menjadi jugak..aku beli sebab macan kesian kat makcik tepi jalan tu taker orang nak singgah..now i know why takder orang menyinggah kat makcik tu..memang tak berapa sedap.selesai beli keropok lekor terus aku ke pejabat agama ada urisan nak diselesaikan then terus balik ke rumah..


Sampai Rumah adik da dan Zul ada..lama tak jumpa diorang..lama tak jumpa Shifa dan Solehah..Alhamdulillah dapat bertemu jugak walaupun seketika cuma sebab diorang dah siap siap nak balik ke Terengganu.


 Kak Ija pun ada..anak murid dia siap datang rumah sebab nak makan tengahari


Selamat jalan shifa dan solehah!!nanti kita jumpa lagi ya


Dah sampai Kemasek, Ganu kita kena lah makan ikan singgang..lauk faveret mak dulu kini dan selamanya..makan Ikan Singgang, Ikan Goreng ngan Budu memang perghhh..takleh lawan lah lauk lain.lauk macam ni jer pun boleh buat aku bertambah nasik dua tiga kali..bila balik kampung susah sikit nak pantang makan. sebab bukan selalu pun balik. Penat mak masak..tak baik tak makan.


Sempat lah bawak mak ke Kemaman bayar Cukai pintu..then terus ke Hospital kemaman sebab nak ubah tarikh temujanji mak ke tarikh lain..Masuk Hospital Kemaman banyak kenangan menjelma..dulu duk bawak ayah buat hemodialisis kat sini..tak apa lah..kenangan lalu untuk dikenang semoga menjadi kenangan manis  buat kami semua.Mak sekarang pun duk ken abuat check up selalu..sebab dalam buah pinggang mak ada Cys..aku pun tak tahu camana kondisi sebenar tapi sekarang doktor duk pantau lah..ya Allah kau panjang kan lah umur ibu ku..dan sejahtera kan lah kesihatan ibuku..Ameen.


Dari Hospital ke Pantai selamat kejap cari barang barang dapur..then beli buah sikit di Pasar Kemaman..Mahal buah kat Kemaman ni..kalau kat Chow Kit lagi murah..beli buah macam ni memang teringat sangat pada arwah ayah..arwah ayah memang suka makan buah..Al-Fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh arwah ayah.


Time makan malam aku rasa nak buat nasi Goreng..lama dah aku tak masuk dapur sebenarnya..sekali sekala goreng nasik..masa ni kat Rumah abang jalee dan keluarganya ada..Kak Ina pun ada baru sampai dari Dungun. Meriah la jugak dengan kerenah anak anak sedara yang makin membesar..


Mak duk buat Cekodok Pisang..Mimi yang goreng..sedap cekodok tapi aku takut nak makan banyak..Minyak banyak tu..kena serap ngan tisu bebetul baru berani nak makan..sambil makan sambil lah sembang sembang terutamanya hal mendirikan masjid..banyak perkara nak kena setelkan.


Abdul Qayyum yang comel!!


kak Ina ada buat majlis naik rumah pada 16 November nanti..Maaf kak Ina saya tak dapat nak hadirkan diri..Penang Bridge International Marathon hujung minggu ni..so tak ke mana lah..just tunggu kak tie dan kawan kawan datang bertandang ke rumah..malam ni tidur lewat juga..bersembang dan akhirnya sama sama tidur di ruang tamu bersama mak dan mimi..

*to be continued.

BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI DEEPAVALI PART 2

$
0
0
Pagi yang cerah..

Selesai solat subuh pagi tu aku memang sudah berhajat untuk menziuarahi pusara arwah ayah..dekat 6 bulan sudah berlalu sejak ayah pergi buat selama lamanya menghadap illahi.sejujurnya tiada hari yang berlalu dalam hidup aku sekarang tanpa aku teringat pada arwah ayah..ianya peristiwa besar. kehilangan ayah yang ,erupakan tunggak keluarga kami ialah perkara besar. kepada kawan-kawan yang telah melalui situasi ini pasti akan lebih faham dan mengerti apa yang aku maksudkan.


Aku ke Kubur ayah bersama mak dan abang Jali..ini kali kedua mak menziarahi pusara arwah ayah..kali pertama sewaktu Hari Raya Aidiladha pada Bulan Oktober yang lalu..Mak Tabah. itu aku tahu. waau ternampak riak kesedihan tapi elemen sabar dan redha sentiasa terbenam di dada mak. siapa tak sedih bila kehilangan seorang peneman dari dulu dan kini tinggal bersendiri..Alhamdulillah kini keadaan semakin pulih dan kami sentiasa akan kenang arwah ayah dalam setiap doa yang kami titipkan..Kubur arwah ayah bersih..petanda ada orang selalu datang menjenguk..Alhamdulillah..aku macam ni lah, bila ada peluang sahaja balik ke kampung baru dapat menziarahi pusara arwah ayah..


Daripada pusara arwah ayah kami ke Maahad Tahfiz Muqarrabin di Kerteh, Sekolah Along dan Ika..aku akan pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Penang pada hari ini..kebetulan Ika perlu ke Kuala Lumpur untuk urusan berjumpa doktor bersama Kak Tie.so datang untuk Ambik Ika lah ni.alang alang ambil ika berjumpa dengan Along sekali. Dah besar panjang dah anak dara Kak Tie yang sorang ni. dah boleh kahwin dah pun..Masa. Sangat lah pantas berlalu.


Bawa Along dan Ika bersarapan pagi bersama sama..makan Roti bakar dan Kuih Bom. Makan Nasi lemak. makan Laksam..Rindu pada makanan pantai timur..kat Penang ada jugak cuma bila dah balik kampung ni suasana nya sedikit berbeza..tempat jatuh lagi dikenang.


Nur Aniqah akak Ika, anak Kak Tie yang paling Bongsu..mengalami masalah pemanjangan kaki yang tidak seimbang sebab sebelah kaki patah masa kecil..masa zaman Ika baby lagi..so sekarang nak kena sentiasa follow up dengan Doktor dan akan di buat minor operation untuk sambung tulang supaya pembesaran tulang nya berlaku secara normal. aku pun tak sure penerangan aku ni betul ker tidak tapi lebih kurang cenggini lah overall situasinya. tak paham? takpe. Janji keluarga kami yang faham cukup lah.


Balik rumah dalam peti ada Ikan kembung segar..Kali ni mak tak buat keropok lekor. Sagu takder di rumah..so mak just buat Ikan Goreng celup tepung sebagai bekalan untuk aku pulang ke Penang..sempat makan tengahari bersama sama dengan keluarga sebelum aku memulakan perjalanan pada jam 2pm..


Bergambar dengan Qiadah dan Qayyum..adik beradik yang sangat lah seiras mukanya..Qayyum dah kurang tembam dari dulu sebab dah mula aktif berjalan..suka tengok Qiadah duk bergurau dengan Qayyum..anak abang jalee dan Kak La.


Kak Ina pun ada di Kemasek waktu ni..Dapatlah berjumpa dan bersembang panjang malam tadi..hari ni kak Ina dan Nurul akan Pulang ke Dungun dan aku pula akan ke Penang..Cuti Deepavali is Over..and its time to say Goodbye..selamat tinggal mak..ada masa nanti saya balik lagi..sednag berdebar debar menanti hari untuk my family turun ke Penang..atas satu urusan yang penting. (Muka mak kepanasana..Cuaca panas terik)


This is Pantai Kemasek..Pantai depan area rumah..dah jarang datang..aku tengok orang luar ramai juga yang datang bertandang..actually pantai ni tak lah lawa sangat..Biasa Biasa jer..but still its a nice place to hangout petang petang or pagi..ada tempat rekreasi untuk anak anak kecil.Orang dewasa pun boleh.


Sampai di Kuala Lumpur jam 5.30pm..di Plaza Tol Gombak berjumpa kenalan lama yang pesan untuk aku beli keropok lekor..Anum. Thanks Anum for the Durian Krepe..sekarang ni trend pulak dah orang duk suka makan Durian krepe walaupun mende ni dah lama ada dalam pasaran..Nice jugak rasanya..Thanks Anum. Until we meet again..And sempat juga aku jumpa Kak Leez dan Abang Saufi untuk hantar keropok lekor jugak..wahhh kalau buat bisnes boleh maju neh..delivery percuma di area lembah klang.


Ikan Kembung Celup tepung mak bagi bekal. Selesai urusan delivery ketopok lekor dan sata terus aku ke rumah kak Tie untuk hantar Ika. Mimi pun ada ikut sekali sempena cuti sekolah ni..kami makan lah ikan goreng celup tepung ni..sedap! terima kasih mak! we will always love you. Always and Forever. Hanya Allah mampu membalas jasa-jasa mak pada kami semua.


Kak Tie duk sibuk buat Cupcake kat dapur. sebab nak balas pemberian jiran depan rumah. Jiran depan Rumah kak Tie orang India, so sambut deepavali dan ada lah beri sikit makanan..Cupcake sebagai serangan balas lah..dapat 5 bijik kak Tie bagi untuk bawak bekal ke Penang..Thanks kakak ku!!Love you so much!!


Dari rumah Kak Tie aku tak terus balik ke Penang..sempat singgah di IKEA dulu sebab ada a few things aku nak carik..Thanks Faiz teman aku datang ke IKEA..


Aku suka datang ke IKEA. maybe sebab aku suka tengok showroom yang dibuat..suka dengan idea idea yang simple tapi nampak kemas dan elegen..alang alang dah selalu datang ke IKEA aku apply membership terus. Boleh dapat Diskaun later for some selected item. dapat juga minum kopi percuma nanti bila ke cafe Ikea..after beli barang barang apa yang patut kami Dinner di Restoran Wahida Tomyam, which is that place dulu ialah Restoran Vichuda..bila tanya depa kata tukar nama sahaja tapi rasa makanan still sama.

And then the journey to Penang begin..bertolak pukul 12am..sampai Penang awal pagi dan sempat rehat sebentar di rumah dan terus ke Opis..

Rutin harian sebagai pekerja marhaen bermula semula hari ini..

SALAM MAAL HIJRAH 1434 HIJRAH !!

$
0
0
DOA AWAL TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

'SALAM MAALHIJRAH BUAT SEMUA'

AKTIVITI DI HARI CUTI UMUM AWAL MUHARRAM 1434H

$
0
0
Salam Maal Hijrah buat kawan-kawan semua..

Semoga Tahun yang lalu memberikan kita banyak pengajaran dan semoga tahun ini lebih memberikan erti..semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..Cuti hari ni just lepak di rumah, pagi sempat berlari 5KM di sengai Derhaka Seberang Jaya..Then balik rumah untuk rest.


Sarapan pagi pun makan Bijirin dan VSOY sahaja..konon nak jaga makan lah sekarang..tapi memang kena macam tu. kita makin tua makin menurun metabolism badan. so kalau kita makin berumur dan makan seperti biasa, kena lebihkan exercise supaua kadar kalori dalam badan seimbang. ok sorry sebab merepek pasal kalori. i know this is something you guys dont want to hear.so lets move on to other topic ya.


Sempena cuti ni aku ambik kesempatan unuk kemas rumah. Hujung minggu ni ada tetamu nak datang sebab Penang Bridge International Marathon just around the corner..aku tak prepare apa sangat pun untuk that Marathon..lari 42KM lagi!! my third time doing a Marathon. Mohon Allah permudahkan..so this is my crib..baru nak masuk setahun duk rumah ni..Besar. Perlukan suri rumah segera. Ada orang sudi tak?


ni area meja makan..


ni area depan ruang tamu. Kena cari karpet besar sikit lah. karpet tu kecik sangat


Time tengahari memang lapar gila. sebab pagi makan bijirin jer. terus menyinggah di AEON Bandar Perda sebab tekak teringin nak makan Tomyam di Black Canyon Restaurant..aku suka Tomyam kat sini..harga pulak affordable jer. so jom kita makan !!


Mana cukup makan Tomyam jer..siap ngan Nasik and lauk lauk lain..overall makanan kat Black Canyon ni terbaik!saya mesti pilih..setel lunch aku jalan jalan sekitar AEON bandar Perdadulu..Then balik rumah sampai maghrib..lepas solat maghrib sempat pergi gym di Queensbay Mall..makan tetap makan..workout dan exercise kena buat juga.


Lepas abis Gym rasa nak makan. Thanks cik LJ temankan aku makan di Secret Recipe.


English Breakfast Tea


First time makan Sheperd Pie di Secret Recipe. Not bad lah rasanya tapi aku lagi prefer yang Dave Deli punya..Lepas Dinner kami membawa haluan masing masing..Banyak perkara nak di setelkan kali ini..a bit busy. Mohon Allah permudahkan.

Mudah-mudahan.

Insya Allah.
Viewing all 170 articles
Browse latest View live