EUROPE TRIP 2016 : BARCELONA CITY DAY 1
MOREH DI KAMPUNG BHARU MALAM 26 RAMADHAN 1438H
KEMBARA RAMADHAN 1438 : TRIP SURAT THANI & KoH SAMUII
3D2N (9 JUN - 12 JUN 2017) TRIP KE SURAT THANI KOH SAMUI THAILAND
Saya nak share pengalaman saya bermusafir ke suratthani-koh samui Thailand selama 3 hari 2 malam di Bulan Ramadhan ini. Trip berdua. Ini merupakan annual Ramadhan trip dan destinasi tahun ini adalah Koh Samui Thailand. (2014 ke Medan Indonesia, 2015 ke Hong Kong, 2016 ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia)
ITINERARY
09 JUN 2017 (JUMAAT)
Flight ke Surat Thani dari KLIA2 pada jam 12.30 pm - Tiba di Suratthani Airport jam 12:30 waktu tempatan - ambil teksi menuju ke bandar surat thani - check in di hotel A3 Living - masuk bilik tidor sebab macam penat - bangun tidor bersiap nak mencari masjid sentral syrat thani - jauh juga menapak jalan kaki 1.5km dari hotel - tiba di masjid surat thani - berbuka puasa bersama penduduk tempatan - makan kuih dahulu kemudian solat maghrib, lepas maghrib baru makan nasik.. lauk style thailand lah.. sedap juga Alhamdulillah - isyak dan taraweh berjemaah - on the way balik Afka ( pemuda narathiwat kerja di Surat thani) offer nak bawa gi minum-minum - minum dan makan di tepi terminal feri surat thani - sembang sembang macam macam.. seronok sangat malam tu dapat jumpa kawan baru - afka hantar balik hotel - tidor
10 JUN 2016 (SABTU)
Bangun sahur jam 4am makan makanan yang ditapau malam tadi - kemudian bersiap subuh - checkout jam 8am sebab nak naik bas menuju terminal feri koh samui - tiket bas dan feri dah beli siap siap semalam - naik bas jam 9am - sampai terminal feri jam 10am - naik feri menuju ke koh samui jam 11 am - tiba di koh samui jam 12:30 am - ambil kereta sewa dan book terus pakej anthong marine park esok - drive menuju ke Eden bungalow area bhoput beach - checked in dan rehat seketika - jam 4pm keluar ke hin ta dan hin yai, tarikan di koh samui dengan batu berbentuk kemaluan lelaki dan wanita.. sightseeing dan ambik gambar , lepak sampai jam 6pm - cari tempat nak berbuka puasa tak jumpa makanan halal - ternampak restoran ayam goreng halal - singgah dan berbuka puasa kat situ - makan pulut ayam dan nasik campur - kemudian balik semula ke hotel untuk mandi dan solat - sebelum lsyak ke masjid Nurul salsabeel di area bhoput ni untuk isyak dan solat taraweh - cuak cari masjid macam terceruk sangat - jemaah lelaki dan perempuan dalam 11 orang sahaja - moreh ada disediakan bihun dan nasi berlauk tapi tak makan sebab macam da kenyang - berkenalan dengan jemaah baru kat sini - bergerak pulang menuju ke eden bungalow semula - berjalan jalan malam di fisherman village ala ala night market .. besar dan menarik , massaj ada di mana mana - beli souvenir - dalam jam 1am baru balik hotel dan tidor.
11 JUN 2016 (AHAD)
Bangun sahur jam 4 am - makan ayam goreng bungkus semalam waktu berbuka - solat subuh and tidor semula - check out dari eden bungalow jam 7am - drive ke terminal feri dan park kereta di sana - menaiki bot besar untuk ke Ang Thong Marine Park perjalanan sejauh 1 jam 30 minit - sampai around jam 11 am - mendaki atas bukit apa ntah untuk view yang cantik - mendaki dalam 600 meter ke atas .. bukan tinggi sangat tapi tambah pulak puasa - sampai atas memang awesome view tak sia sia naik - bergambar then turun - bersiap untuk aktiviti kayak - mandi manda di laut - ada lunch dalam kapal tapi mampu tengok je lah - then pulang semula jam 3:30pm - sampai jeti terminal around 5:30 pm -'ambil kereta dan bergerak ke hotel samui verticolor - check in dan waktu berbuka puasa hampir tiba - minum air oren dalam bilik hotel buat berbuka, solat maghrib - then gi swimming - lepas tu siap siap nak ke masjid nurul ihsan koh samui - perkampungan muslim thai , kat sini diorang cakap melayu dialek kelantan - solat isyak dan taraweh - lepas taraweh baru makan kat restoran berdekatan masjid - tapao nasi goreng dan pad thai - kemudian bergerak balik ke area hotel - jalan jalan di chaweng walking street - singgah minum kelapa, makan popia dan pad thai di restoran halal - singgah depan 7eleven beli thai pancake banana nutella - makan dan bergerak pulang ke hotel - tidor.. lewat dah tido jam 2am .. alamat terlajak lah sahur nanti ni
12 JUN 2017 (ISNIN)
Terjaga tidor orang dah azan - takde rezeki nasik goreng dan pad thai bungkus semalam buang je lah jawabnya - lepas solat subuh terus berkemas barang untuk check out - drive kereta ke jeti - pulangkan kereta dan naik feri jam 8am - jam 9:30 am sampai ke surat thani - naik bas menuju ke airport surat thani - sampai surat thani jam 11 am - check in dan flight balik KL jam 1 pm - selamat tiba di KLIA2 jam 3:35pm - TAMAT
OVERALL EXPENSES
9 jun 2017 (jumaat) - surat thani
Simcard DRAC Thailand - 300 x 2 = 600 baht
Taxi dari airport - 250 x 2 = 500 baht
Tiket feri ke koh samui - 240 x 2 = 480 baht
Makan malam - 125 x 2 = 250 baht
10 jun 2017 - koh samui
Kereta Sewa dua hari - 600 x 2 = 1200 baht
Ang thong national park - 1300 x 2 = 2600
Feri balik bas ke airport - 400 x 2 = 800
Makan berbuka pulut ayam - 100 x 2 = 200
Foot massage - 300 x 2 = 600 baht
Souvenirs fridge magnet = 200 baht
11 jun 2017 - koh samui
Family mart ais - 90 x 2 = 180 baht
Makan malam masjid - 190 x 2 = 380 baht
Minyak kereta - 125 x 2 = 250 baht
Makan chaweng - 120 x 2 =240 baht
Pancake - 50 baht
Air mineral - 14 baht
12 jun 2017 - Koh Samui- don sak
Minyak kereta - 100 x 2 = 200 baht
JUMLAH KESELURUHAN : 8,744 thai baht
Bahagi 2 orang : 4372 Thai baht = RM551.90
(Perbelanjaan ini tidak termasuk tiket flight)
TIPS & TRICKS
1) Return flight AA sila beli masa promo ya. Aku beli quite last minit so dapat tiket mahal dari biasa.
2) accomodation aku ambik yang dekat dengan masjid.. senang dapat makanan halal. Tapi sebenarnya tak senang jugak.. kena pandai cari lah.
3) pengangkutan di Koh Samui aku cadangkan korang sewa ke kereta. Senang nak bergerak ke sana ke mari. 600 thai baht sehari kalau datang ramai dah jimat.
4)banyak tempat menarik di koh samui. Better korang ambil flight direct dari Kl - Koh Samui. Jimat masa takyah naik feri bagai.
5) kalau datang bukan bulan puasa korang boleh lah makan dan minum juga atas bot ke ang thong.. trip ke ang thong ada breakfast, lunch dan minum petang onboard.
6) Jangan lupa bawak international plug sebab plug diorang jenis 2 pin.
7) internet beli je simkad DTAC. 300 thai baht jer. Senang nak update pergerakan
12) jangan lepaskan peluang makan makanan tempatan. Sempat lah bertomyam kat kedai dekat ngan masjid.
13) overall tak ramai muslim di suratthani dan koh samui.. minoriti sahaja. Makann halal macam biasa lah dekat ngan masjid. Tapi bukan di sutatthani.. dekat masjid takde pun restoran makanan halal.
14) kalau nak pakej lebih murah, travel dalam 4-5 orang so boleh share duit kereta/minyak/accomodation
15) cuaca di Koh samui adalah panas. Macam cuaca kita jugak.
16) takleh nak review banyak sangat sebab datang bulan puasa so limited sikit pergerakan kerana malam ke masjid bertaraweh.
P/S - Ini pertama kali saya jejakkan kaki di koh samui. The verdict is ok jugak lah. Akan datang lagi sebab banyak makanan tempatan tak sempat nak rasa kerana datang waktu berpuasa. Pulau yang lain pun tak sempat nak pergi juga..
Feel free to LIKE & SHARE ye.. Moga segala info yang dikongsikan akan memberi manfaat & memudahkan planning anda.
HOME COOKED DINNER ALWAYS THE BEST!
RACE REPORT : PENANG ULTRA MARATHON 2017
Sampai Penang sabtu pagi (30/09/207) jam 6am. Kerana sampai awal sempat lah ke Astaka Taman Tun Sardon untuk sarapan pagi.. rindu gila lama tak singgah sini.. makan kueytiow sup kaki ayam sri buana, makan sandwich ketam dan kuih serabai. After breakfast gerak ke Grand Swis hotel di Georgetown jumpa Fandi Galaticos, Hisham Ibni Thalib dan zailie. Depa ajak aku breakfast di Transfer road pula. Makan roti bakar telur goyang. Roti canai kuah darah. Kat sini ramai runners dikesan iaitu Mohd Azmi, Rudy Irwan, Omaysi Adot (Iman Syahril Mohamed), Ahmad Fadhil, razif dan ada lah beberapa lagi tak metioned kat sini.
After sarapan terus ke REPC di Padang Kota Lama, meet and greet lagi ngan fellow runners. Lepas REPC Hisham ajak naik bukit bendera kejap. Layan kan ajer lah. Seram pulak bila tengok bukit bendera yang curam. Naik ngan train ok lagi. Kalau naik ngan kaki sendiri mahu ingat lah.. yang buat PU 100 KM memang ketar lutut habis tengok penang hill ni haihh.. lepas makan ABC Viral kat astaka bukit bendera, turun balik and sedar sedar dah balik semula ke hotel jam 3pm. Kemas barang, mandi solat jam 4pm baru boleh tidor.. tu pun sekejap je sebab jam 6.30pm dah terjaga dan takleh tidor dah. Lapar. Terjah makan kat Nasi Kandar Imigresen ngan Fandi. Isi perut sebelum race malam ni jam 9pm. Sudah makan hantar dropbag kat starting point then balik hotel siap siap untuk our big race.
Nervous!
Flag off 9.00pm (Saturday 30 Sept)
Di starting point Rudy minta Vaseline. Sapu kat kaki. Aku memang suka Vaseline. Sangat lah membantu aku dalam setiap game yang aku join untuk elak melecet. Tak bersembang banyak pun dengan runners.. just meet and greet mana yang sempat. Then ada ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang kejap. After that baru flag off. Dan semua runners mula mengorak langkah! It’s gonna be a long nght for all of us. Flag off kategori 100km dan 84 km ialah pada 9pm dan kategori 50 km ialah pada jam 3am nanti.
Start line to CP1 (16.3km)
Bermula dengan baik. Maintain pace 7 jer pun di awal-awal.. lalu tepi laut area jelutong. Cuaca takde tanda tanda nak hujan pun. Ok lah tapi macam humid sangat. Lepas dapat rentak mula lajukan sikit pace - First 10 km dapat buat 1 jam. Terus rasa nak muntah sebab makan nasi kandar petang tadi. Mula rasa menyesal sebab makan banyak. Berhenti dua-tiga kali untuk Cubaan muntah tapi air je yang keluar. Never mind. Teruskan berlari dan sampai CP1 terus minum 100 plus yang sejuk. Terus rasa ok sikit perut. Ada buffer time lebih kurang 50 minit di CP1.
CP1 to CP2 (12.58km / total distance 28.88km)
Dari CP1 memang tak berhenti rehat. Awal lagi. Terus jer nak menuju ke CP2. Jalan dah ada yang mula gelap. Offroad sikit. Ada jalan raya duk tengah buat kat batu maung.. lalu belakang airport. Sempat aku singgah kat 7ELEVEN beli air kopi ubat mengantuk. Masa nak ke CP2 ni terserempak ngan Cepoi dan Sazli. Cikgu Syed pun ada. Rasa seronok dapat berlari sama sama ngan kawan-kawan. Keep them as my benchmark so aku dapat keep moving. Sampai CP2 di Shin Choon Kopitiam Teluk Kumbar dengan buffer 40 minit. So ada banyak masa lagi. Kat sini pun tak rehat lama. Just minum ais dan basahkan kepala.
CP2 to CP3 (6.5km / total distance 35.38km)
Nak menuju ke CP3 ni ada mendaki Bukit Genting dalam 3 km. Naik tu aku lari slow slow.. actually aku tak tahu camana orang boleh fast walk. Kalau aku jalan laju pun mesti lambat. Kena belajar ni.. slow jog aku baru sama ngan orang lain fast walk. What to do. Lari lah slow slow. The best part about uphill ialah lepas tu mesti aka nada downhill. So masa downhill tu lah nak tekan betul betul lari supaya compensate balik masa yang banyak habis masa naik.. Sampai CP3 di SK Genting iaitu tempat flagoff kategori 50 km. aku sampai jam 1.40 am.. buffer time ada satu jam. Masa ni sakit perut pulak so buang air dulu di tandas sekolah. 28 minit habis kat sini.. dekat jam 2.20am baru start lari balik. Masa ni peserta kategori 50 km ada yang dah sampai. Sempat aku isi air coke untuk bekal 14 km yang membosankan lepas ni. COT kat CP3 adalah pada jam 2.40am.
CP3 to CP4 (14.3km / total distance 49.68km)
Dari CP3 nak ke CP4 ini adalah laluan yang paling mental. 14 km yang lurus tapi tak tahu bila nak habis. Aku bersaing lari lari anak ngan ulwan masa ni. Then dia tinggalkan aku. Bila sorang-sorang ni memang teruskan berjalan je lah. Slow jog listen to the sound of nature. Nak pasang lagu malas. Layan perasaan. Tetiba jumpa Fandi kat depan. Dia tengah tidor kat bus stand. Aku memang mengantuk so join dia tidor. And this is the first time aku rasa Power nap aku 10 minit tu berkesan. Aku tak mengantuk dah lepas tu. Berlari sama sama ngan Fandi. Aku kejar dia. Aku ke depan dia kejar aku balik. Target nak sampai CP4 pada jam 4am sebab COT di CP4 adalah jam 5.10am. so at least ada buffer satu jam untuk salin baju dan makan. Sampai di CP4 pada jam 4.05 am. Dan kat sini lah kesilapan aku sebab membazir banyak masa. Aku gi mandi salin baju dan makan. Tapi I should do it faster lah. 50 minit masa terbazir kat sini, dan aku and fandi gerak pada jam 5am.. Risau dah sebab buffer time dah takder.. Redah je lah dulu tengok apa cerita. Kaki Alhamdulillah masa ni masih boleh bekerjasama dengan baik. Takde blister. Kat CP4 ni jumpa lah rakan rakan runners yang familiar. Semua berusaha gigih. Syabas korang!!
CP4 to CP5 (13.1km / total distance 62.78 km)
Dari CP4 nak menuju ke CP5 ini agak mencabar juga. Dah habis 50 km pertama, ini adalah permainan sebenar bagi kategori 100 km. Kena naik bukit dulu lalu air terjun titi kerrawang. Dalam perjalanan azan subuh kedengaran , iaitu azan kejutkan orang. Tapi bila menurun kat situ aku ambil peluang untuk lari non stop sampai ke CP5. Dalam hati memang risau sebab aku tahu buffer time memang takde dah. Aku dah habis kan masa kat CP4 tadi. Menyesal pun tak guna dah. Nampak empangan teluk bahang dah rasa seronok. Sebab tahu dah nak sampai CP. Sempat terserempak dengan Hisham, Fadhil dan Aziz AG sebelum sampai CP5. Fadhil tanya nak solat subuh kat mana.. aku jawab kat CP ada masjid. Sampai CP5 dengan buffer 10 minit. Minum air dan solat subuh. Tak terasa nak makan pun. Kat sini jumpa abang Shahrizan Md Haris dan abang Fakhrul Rambo yang decide untuk DNF. Teringat abang shah pesan kat aku, kalau nak habiskan jugak kategori 100km ni aku kena keep moving tak boleh berjalan dah. Sebab buffer time takde. Kalau tak akan DNF. Aku ambik pesanan dia tu dan lepas solat subuh, terus bergerak untuk ke CP seterusnya.. hari dah mula cerah. Alhamdulillah dah tak mengantuk.
CP5 to CP6 (9.77km / total distance 72.55km)
Dari CP5 ke CP6 ini adalah waktu yang paling mencabar. Mencabar dari segi cut off time di CP6. Kena sampai CP6 sebelum jam 8.40 am. Bertolak dari CP5 tadi jam 7.10am. so ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk 10km. Memang kedengaran possible tapi dengan keadaan pewai sikit sikit mender tu agak tight. Cuba lah jugak banyakkan berlari dari berjalan. Jumpa Safary juga masa ni. Then Fandi ada belakang aku. Laju lagi dia ke depan. Bila tengok jam lagi 15 minit nak Cut off time aku dah gelabah dan masa ni terus berlari selaju yang boleh. Tak laju mana pun but at least nak kejar jugak supaya tak DNF. Sempat lah aku support dan push rakan runner yang lain supaya berlari untuk tak DNF. Ada yang ikut . ada yang dah tak larat nak ikut. Bukan boleh paksa kan. Keupayaan lain lain. Ada jumpa supporter bila aku tanya jauh lagi tak CP dia kata lagi 2.5 km. tengok jam lagi 10 minit tinggal, aku dah macam putus asa sebab mustahil 2.5 km dapat buat dalam masa 10 minit. Aku berhenti kejap. Then ada suara dalam diri aku kata kenapa nak cepat mengalah? Cuba lah dulu lari mana yang terdaya. Aku tak datang ke Penang Ulta ni untuk DNF. With that aku teruskan berlari dan aku ambil keputusan yang tepat. Lagi 500 meter jer sebenarnya CP6 dan bukannya seperti yang supporter tadi kata. Phewwww lega.. Buffer time 5 minit lagi tinggal. Minum air kejap, isi dalam botol then terus gerak ke CP seterusnya.
CP6 to CP7 (7.9km / total distance 80.45km)
Menuju ke CP7 kena sampai sebelum jam 10am. Ada masa 1 jam 20 minit untuk 7.9km. that’s pretty much doable. Teruskan berjalan laju, berlari slow slow. Then stop. Jumpa epoi. Sembang sembang ngan dia. Then dia tinggalkan aku kat strait Quay. Tak larat nak kejar dia. Jumpa Imaan ngan Redz jugak. We all are a fighter. Terus berjuang. Cuaca dah mula panas. Aku lapar. Singgah beli air kopi kat 7ELEVEN strait quay mall. Masa nak meuju ke CP7 ayie pun ada datang beri support. Sampai kat CP7 rasa legaaaaa gilaaaa.. buffer time 10 minit macam tu. Panas ya Rabbi. Ambik air sejuk basahkan seluruh badan. Sebab ada perjuangan lagi getir lepas ni. PENANG HILL!!! Thanks Ahmad Azri tolong pegang head lamp dan safety vest aku. Malas dah nak angkut naik Penang hill. Sempat letak ais dalam Hydration bag. Then ajak ezam berlari sama sama naik Penang Hill. Ada 4 orang masa ni sama sama ngan aku menuju ke Penang hill.
CP7 to CP8 (7.48km / total distance 87.93km)
Dari CP7 aku menuju ke penang Botanical Garden. Laluan untuk naik ke Penang Hill atau Bahasa melayu nya Bukit Bendera. Terserempak ngan Wei Kent masa ni. Dia datang support Utara Runner MKMK yang baru sahaja naik Penang Hill jugak. Thanks a lot bro bagi Kit Kat! Bagi air 100 plus jugak. Sampai di Kaki Penang Hill siap dia tolong beri kayu kat aku untuk bantu naik atas sepanjang 5 km. sangat helpful. Kerana runners adalah bersaudara kan. Dan mimpi ngeri pun bermula. Untuk naik ke Penang Hill selepas dah habiskan distance 82 km bukan lah suatu yang kelakar.. tag long dengan Shahrul Ezam masa ni naik penang hill. Sepanjang naik terserempak lah dengan ucle uncle yang naik dan turun bukit ni.. Rileks jer Nampak. Hehe. Aku dah separuh mati dah.. terserempak ramai kawan runners yang dah mula turun – Mohdkhusaire Mohdkhalil, Afizan, Ijai, Sazli, Din, Cikgu Syed, Poh, Mathew Ezam Izudin dan yang lain lain. Bestnya tengok diorang dah turun. Tapi aku keep the positif vibe. Boleh habis ni. Teringat kata kata Cikgu Syed Syco– ‘ko naik ni sampai atas jam 12.15, jam 12.30 turun then bole sangat nak sampai CP 7 balik sebelum jam 2 pm. Memang boleh habis lahhh.. I know you can do it!!’. In a time like this, kata kata semangat macam ni sangat membantu untuk aku habiskan distance. Thanks a lot bro!! that motivation is really helpful.. sampai atas penang hill di CP8 minum 2 bijik air kelapa. Then tak rehat lama sangat ngan shahrul ezam. Kami terus turun.. sebab nak kejar masa ke next CP takut tak sempat,
CP8 to CP7 U-turn (7.49km /total distance 95.42km)
Laluan menurun dari Penang Hill adalah lebih best dari menaik. Memang sakit lutut sebab turun laju laju tapi aku mesti habikan apa yang aku dah mula kan. Alang alang sakit biarlah sakit segalanya. Biar sakit badan nanti recover dari sakit hati DNF yang tu lagi lah berkekalan lama. Huhu.. terus turun dan berlari sampai ke CP7 di gurney drive.. actually CP7 juga adalah CP9. Sampai di CP 9 ni jam 2pm, so masa ni memang dah rasa lega sangat sangat sebab aku tahu berjalan kaki pun dalam masa satu jam aku akan mampu habiskan lagi baki 5 km. ambil air mineral sejuk dan basahkan badan, kemudian terus bergerak dengan Afizan (Geng Ganu jumpa masa trip ke Iran January 2017 yang lalu.)
CP7 - Finish Line (5.05km / total distance 100.47km)
Dengan baki lagi 5 km, within masa satu jam memang rasa happy giler. Terus jer berlari lari anak dengan Afizan then stop. Sembang sembang. Sambung lari balik. Nampak Hotel E&O dah rasa seronok lain macam. Sebab aku tahu dah dekat sangat dengan finishing line. It’s all become reality now.. aku dah berusaha selayaknya so ini lah yang aku dapat.. Menuju ke Finishing line pada jam 2.35 pm, lagi 25 minit untuk Cutoff 18 Jam bagi kategori 100 km. dan itu adalah kejayaan dan pengalaman manis saya di Penang Ultra 2017!
Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan ini! Di garisan penamat ada rakan rakan menanti dan jurugambar. Tak tahu nak describe macam mana perasaan dapat habiskan. Kaki dah sakit sengal semua segala. Takde blister Alhamdulillah! Cuma aku pelik untuk event ni aku tak makan satu pun coklat atau hutan ration yang aku bawak. Banyak minum air 100 plus dan ada makan bubur jer di CP4. Tu jer. Maybe lemak dalam badan nil ah jadi sumber tenaga utama.
PENUTUP
Bagi saya pengalaman Penang Ultra 2017 ini sangat berharga dan memberi saya ruang untuk terus training dan tak ambil mudah. Memang masa register seronok jer tangan klik. Tapi kena ada komitmen lah untuk pastikan semuanya dapat di habiskan. Kepada kawan kawan yang DNF usaha lagi. Aku pun DNF masa join kategorik 84 km tahun 2014 dulu. But now boleh habiskan 100 km. selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Bila dah berusaha, Semoga Tuhan permudahkan.
Tahniah kepada semua! Semoga kita bersua lagi di lain masa.
*bercinta nak buat race report ni.. huhu.. akhirnya siap juga..

SELAMAT DATANG 2019!
Semporna, Sabah
Malaysia
Saya tak buat lagi laporan tahunan 2018. Top nine instagram pun tak up-up lagi.. entah. Tidak bersemangat untuk buat rumusan secara total lagi. Hanya menikmati dan menghayati apa ada nya di sini dengan tenang.. esok belum tentu boleh mengulangi lagi moment indah ini.
Semoga semuanya baik-baik saja ya. Mungkin tiada bunga api di malam tahun baru, and that’s exactly what i need. A break from the crowd. 😉☺️.
Selamat menyambut tahun baru 2019!
TOP NINE DARI INSTAGRAM AJIMASHAARY
2. Jubah merah Kembali untuk Kembara Ramadhan 2018. Trip ke Maldives di Bulan Puasa. Agak pelik tapi best sebab sana 98% adalah muslim. Suasana Ramadhan tu ada.. Dan dapat berbuka puasa di masjid dan solat taraweh berjemaah sama-sama dengan penduduk maldives. A trip to remember for 2018!
DUNIA BARU
HAPPY ENDING
However, you do not have to hate them. You do not have to remember their contribution to your life as anything but beautiful. Do not ruin them in your mind, do not grip until you feel resentment. Instead, love them without attachment. Love the lessons they taught you. Wish them well every single time you think about them. Miss them, but do not ache for them to come back. If the people in your life left because they were not ready to value you, or love you, or be there for you, do not wish for them back, do not ask for them to be more than they can be at the moment. Wish for them to figure themselves out. Wish for them to grow. They are on their own journey — a journey you are not a part of. And that is okay. You have to learn that that is okay.
So instead of focusing on the people who left, focus on the people in your life who have chosen to be there. Focus on the ones who stayed, on the ones who appreciate you and respect you. Focus on the people who match the love you give them, focus on the people who empower you and grow you and make your life beautiful. You are surrounded by human beings who will not shy away from the love you give. You are surrounded by human beings who know that they want you in their life, people who show you that every single day. Do not take them for granted. Do not lose touch of what you have, chasing what you no longer do.
Trust me when I say — you will miss out on beautiful things if you continue to stay rooted in all of the ways you were wronged, if you continue to let your past pull you from experiencing what the present has to offer you. Do not close yourself off to your potential. Instead, open yourself to the world, and allow for it to fill that space with the kinds of people, the kinds of moments, and the kinds of experiences that exhilarate you, that compel you — that make you love yourself, and your life, and what you have to offer, more and more each day.
Words: Bianca Sparacino
Location : Angthong Marine Park, Koh Samui
HARUSKAH AKU BERMULA KEMBALI
Salam kepada semua..
Sudah lama daerah ini aku tinggalkan. Rindu. Dan memang teringin untuk kembali. Banyak sekali kenangan manis indah pedih sedih dan jerih tersimpan di rumah ini. Sesuatu yang menjadikan aku siapa pada hari ini. Ketika aku mula membaca semula coretan lama, aku tersenyum dan adakalanya menangis sendirian. Kerana banyak perkara berlalu sebegitu saja. Masa berlalu pantas, dan kadang tanpa sempat untuk kita benar-benar menghayati sesuatu momen indah, ianya telah berlalu pergi.
Itu lah namanya kehidupan.
Baik atau buruk, seiring waktu berjalan ia akan berlalu pergi. Saat indah mahupun saat sedih pasti akan berlalu pergi. Bak kata omputeh - 'This too, shall pass!'. So tak perlu bersedih lama jika berada dalam keadaan yang tidak indah. kerana ianya tetap akan berlalu pergi. Segembira mana pun kita, saat itu jua akan berlalu pergi. Jadi apa perlu kita buat? LIVE IN THIS MOMENT. Hargailah saat ini. saat SEKARANG. NOW. Waktu sekarang yang amat bermakna kerana ianya pasti terjadi daripada kita meratapi sesuatu yang telah terjadi di waktu lalu, atau pun kita bimbangkan sesuatu yang tak pasti lagi terjadi di masa akan datang.
Jadi apa update terbaru Azim Ashaary?
Alhamdulillah Allah telah kurniakan berbagai nikmat kepada saya. Ujian datang bersilih ganti tapi setakat ini itu tidak mematahkan semangat saya untuk tetap meneruskan kehidupan dengan penuh tabah serta sabar. Hidup ini sebenarnya kita yang tentukan sama ada mahu gembira ataupun tidak. Dan apparently i choose to be HAPPY. Sometimes ada orang kata kehidupan mereka tidak gembira. kerana tidak dapat itu dan ini. Bagi saya sebenarnya BAHAGIA itu adalah PILIHAN. Kita yang memilih untuk bahagia. Jangan pernah ingat bahagia itu datang dari orang lain ataupun harta benda yang kita miliki. Mungkin kita tak punya harta dan wang yang banyak, tapi jika kita merasa cukup dengan apa yang ada maka kita akan sentiasa merasa tenteram dan aman dengan keadaan yang Allah telah takdirkan pada kita.
Kata kuncinya adalah : SYUKUR!
Bila kita syukur, Nanti Allah akan tambah lagi.
Banyak sebenarnya perkara saya nak kongsi. macam biasa lah pasal food dan travel. dua subjek utama ni memang sentiasa evergreen. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Bila buat perkara yang kita minat, kita tak akan rasa terbeban. so sharing semua maklumat ni takde masalah bagi saya. sebab memang saya suka berkongsi. tapi tak suka lah berkongsi kasih. hehehee. berkawan biar beribu, tapi berkasih biar lah satu. tak gitu hehehhee.
Ini adalah permulaan.
Inysa Allah sedikit masa lagi saya akan mula membuat hantaran hantaran baru di blogspot ini. Matlamat saya adalah untuk merekodkan kehidupan pribadi dan juga berkongsi maklumat mana yang ada. maklumlah dunia sekarang is all about digitalization dan etc etc. so kena la up to date jugak kan.
Until later folks! chow dulu buat masa ni.
Babai.